SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, May 28, 2013

MENGECAT DAN MENGHIAS BILIK OPERASI PIBG/ SARANA -24 MEI 2018

Salah satu perancangan yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk merealisasikan kesepaduan hubungan antara sekoalh dan ibubapa serta komuniti di dalam Program SARANA yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan mewujudkan BILIK OPERASI PIBG/ SARANA  sekolah.

Kewujudan bilik ini adalah untuk menyediaakn kemudahan dan prasarana asas bagi ibubapa dan PIBG bergerak lebih aktif di dalam membantu pihak sekolah di dalam setiap aktiviti dan membantu pihak sekolah menyelesaika masalah yang berkaitan.

Bilik ini diuruskan dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak PIBG dan diuruskan sepenuhnya oleh ibubapa melalui program SARANA IBUBAPA.

Dengan adanya bilik ini diharapkan akan membolehkan ibubapa menjalankan aktiviti pada bila-bila masa termasuklah pada waktu malam. Pihak sekolah juga telah menyerahkan sepenuhnya segala urusan menaiktarafkan bilik ini dan penjagaan bilik ini kepada PIBG dan SARANA ( mereka juga memliki kunci masing-masing).


Dengan kedudukan bilik ini yang terletak di bahagian bawah dan berhampiran dengan pintu pagar, ia akan memudahkan mereka untuk hadir pada bila-bila masa sahaja.

                 Menurut mereka, bilik ini akan berkonsepkan pejabat bagi membolehkan mereka menjalankan kerja di dalam keadaan yang selesa dan santai.

Diharapkan, pelaksanaan SARANA di sekolah ini akan terus berkembang dan akan menjadi contoh terbaik penglibatan ibubapa di dalam membantu sekolah di negara ini.

Tahniah dan syabas ! diucapkan kepada jawatankuasa SARANA IBUBAPA sekolah di atas komitmen dan kesungguhan mereka ini.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...