SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, October 22, 2012

MAJLIS GRADUASI SMKTJJ..SEJARAH TERCIPTA...18 OKTOBER 2012..INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY, NILAI

ALHAMDULILLAH... sejarah tercipta di SMK TTJ , apabila buat pertama kali di dalam sejarah penubuhan sekolah selama 11 tahun, Majlis Graduasi bagi meraikan tamat tingkatan 5 bagi seluruh pelajar tingkatan 5 dan calon SPM 2012 , berjaya diadakan. Lebih menarik, majlis ini diadakan di INTI International University , Nilai, sebagai menandakan jalinan kerjasama yang erat antara INTI dan SMKTTJ di dalam usaha meningkatkan kecemerlangan di sekolah ini. Tahniah kepada semua graduan dan terima kasih kepada INTI International University yang telah memberikan peluang untuk kita menggunakan kemudahan yang ada dan membantu menyediakan dewan dengan keperluan yang mencukupi. Tahniah kepada semua jawatankuasa majlis yang diketuai oleh Penyelaras, Puan Fadhilah Hashim dan Event manager, Puan Rosiah serta jawatankuasa lain yang telah berusaha keras menjayakan dan menjadikan majlis ini sebagai satu sejarah!
Majlis Graduasi kali ini telah menjemput tetamu istimewa sebagai Pro Censelor yang pertamanya, Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau. Tetamu lain adalah Pengurus Cosmopint Seremban, Encik Mohd. Hafis Shukor, pengurus maybank Senawang , Encik Asri Ninggal, Encik Haslin, Penolong pengarah BTN, Negeri Sembilan, naib Presiden INTI ( Student Affairs), YDP PIBG, Dato Nordin, AJK PIBG dan ibu bapa.
Majlis ini antara lain bertujuan untuk memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian para pelajar di dalam pembelajaran mereka dan sebagai suntikan semangat terakhir sebelum menduduki peperiksaan SPM , pada 5 November 2012 nanti. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan dalam suasana penuh istiadat dan meriah serta 'Glamour' seperti mana yang dinyatakan oleh YB Khairy di dalam ucapannya. Menurut beliau, inilah pengalaman kali pertama beliau paada sepanjang perkhidmatan beliau sebagai YB , sebuah sekolah mejayakan Majlis Graduasinya di dalaam suasana penuh Glamour dan hebat! Syabas ! buat semua warga sekolah yang telah memberikan sokongan dan komitmen tinggi di dalam menjadikan majlis ini sebagai suatu pengalaman bermakna buat semua , khususnya calon SPM 2012.
Sejumlah 227 graduan telah menerima sijil garaduasi daripada YB Khairy di dalam majlis ini daripada jumlah penuh seramai 256 orang. Ini sudah pastilah merupakan pencapaian yang amat memberangsangkan kerana ia merupakan pengalaman kali pertama. Rata -rata para graduaan teruja menantikan majlis ini. Ini terbukti melalui sambutan yang diberikan untuk menyertai majlis ini. Pada majlis ini juga Saudari Amirah Farzana telah dinobatkan sebagai penerima pertama anugerah pengetua di atas kecemerlangan akademik.
Walaupun pada awalnya majlis ini seakan-akan akaan ditangguhkan duisebabkan penyertaan pelajar yang sedikit, namun kita berjaya mengatasi masalah tersebut, dan akhirnya seramai 227 pelajar memberikan respon yang cukup hebat untuk menyertainya.
Sudah menjadi adat bagi sesuatu yang baru , penerimaan otrang terhadap program ini agak perlahan dan hampir mengecewakan . namun , keyakinan yang ada pada setiap AJK , membolehkan kita mengatasi masalah tersebut. Ada sebahagian ibu bapa juga yang agaak negatif pada awalnya. Ada ibu bapa yang menganggap ia merupakan kerja yang sia-sia dan mempersoalkan keperluan untuk mengadakan majlis ini. Namun , kita tetap yakin , bahawa, pada saat-saat terakhir begini suntikan semangat sebegini amat perlu. Pengalaman berada di pentas menerima sijil graduasi memberikan impak psikologi untuk para pelajar bersungguh-sungguh mengejar impian agar pada suatu hari kelak , mereka akan benar-benar berada di majlis konvokasyen sebenar di Universiti nanti.
alhamdulillah, walaupun penyertaan awal ibu bapa seramai 12 orang sahaja, namun akhirnya ramai penjaga yang hadir pada saat akhir. ternyata mereka turut teruja dengan semanagat anak-anak mereka semasa menerima sijil dan sikap mereka terhadap mencapai kecemerlangan. Ia sesuatu pengalaman yang belum pernah mereka rasai sebelum ini...
InsyaAllah, pada tahun hadapan, kita berharap agar pendapat penyertaan penuh semua pelajar dan ibu bapa. Beberapa kolej dan Universiti juga telah bersetuju untuk memberikan kemudahaan kepada kita untuk mengadakan majlis ini di tempat mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...