SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, October 24, 2011

Keceriaan Kantin dan Ke Arah Kantin Bermaklumat





Salah satu fokus ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih , indah dan bermaklumat di sekolah adalah di kantin sekolah. Kantin sekolah yang telah berubah wajah daripada sebuah kantin yang muram, kotor dan "kosong", kini tukar menjadi lebih ceria dengan perubahan warna dan hiasa bunga yang banyak di sekeliling kantin. Keadaan ini menjadikan suasana di kantin lebih segar dan menarik.

Lanjutan itu, unit kantin sekolah telah berusaha menambahceriakan lagi suasana kantin dengan mengadakan program 'Meja Bermaklumat". Melalui program ini, setiap meja kantin akan diagihkan kepada setiap panitia untuk dihias dengan maklumat berkaitan panitia atau mata pelajaran masing-masing. Semua ini dilakukan secara pertandingan dan johan meja terbaik akan dianugerahkan pada Hari Kualiti dan Kecemerlangan Sekolah nanti.

Melalui program ini, kita berharap agar , kantin bukan sekadar tempat kita menjamu selera dalam suasana yang ceria dan indah , namun ia juga mampu memberikan kita beberapa maklumat yang berguna. Secara tidak langsung , kita berharap agar minat membaca dan mencari ilmu akan dapat diterap. namun, apa yang lebih penting ialah, usaha kita untuk menjadikan sekolah kita sebagai sebuah institusi pepmbelajaran dan dapat mengamalkan konsep pembelajaran di mana-mana sudut dan ruang sekolah ini.

Kita berharap juga agar usaha murni setiap panitia dan pelajar serta guru-guru kita ini tidak disia-siakan oleh sebilangan kecil pelajar yang mempunyai naluri pemusnah! Hargailah sumbangan dan penat lelah dan daya kreativiti mereka dan jagalah keindahan sekolah kita dengan mempertaruhkan maruah kita semua!

Bagi keceriaan kantin, sudah pasti satu perubahan besar akan dapat kita lihat menjelang cuti sekolah nanti apabila persekitaran kantin akan diperindahkan lagi dengan beberapa perangcangan yang hebat lagi...Sasaran kita pada tahun 2012, kantin SMKTTJ akan mendapat tempat Johan di peringkat Daerah seremban, sekurang-kurangnya...InsyaAllah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...