SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, July 26, 2011

SEMINAR KEIBUBAPAAN PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5











OADA 16 jULAI 2011, berlangsunglah Program Seminar keibubapaan untuk ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5. Seminar berlangsung di Dewan Seri Budiman dan hadiri oleh kira-kira 70 orang penjaga . Tetamu kehormat pada hari berkenaan adalah Yb Zaiful Bahari, ADUN Chembong. Turut hadir meraikan majlis adalah Tuan pengetua, GPK 1 , GPK Hem dan rakan guru yang lain. Penceramah undangan pula ialah Tuan Hj. Mohd. Najib daripada Jempol.

Program ini berjalan sehingga jam 11. 30 pagi. pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada YB Zaiful Bahari yang sibuk sangat pada hari berkenaan , namun mampu mencari ruang waktu untuk bersama dengan warga sekolah dan ibu bapa.

Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan maklumat awal persediaan yang perlu dilakukan oleh ibubapa pelajar tingkat 3 dan 5 dalam membantu anak-anak mereka menghadapi peperiksaan nanti. Di samping itu kita berharap agar dapat bertukar maklumat terhadap kaedah membantu pelajar menghadapi peperiksaan. Ibubapa perlu memainkan peranan utama kerana sebahagian besar masa pelajar adalah bersama keluarga. Ibubapa perlu memastikan anak-anak sentiasa mengutamakan pelajaran mereka,

Walau bagaimanapun, di dalam ucapannya Tuan pengetua melahirkan rasa kurang enak beliau terhadap sambutan ibu bapa.ini kerana kalau diukur dengan jumlah sebenar pelajar tingkatan 3 dan 5, kehadiran ibu bapa pada hari berkenaan adalah terlalu rendah. Ibu bapa tidak boleh memberikan alasan masa atau tugas yang banyak, kerana semua daripada kita mempunyai masalah berkenaan, Namun , demi kepentingan pelajar, semua orang harus berkorban, Para guru telah berkorban, hadir hampir setiap hari sabtu untuk mengadakan program bersama pelajar. Sudah tibalah masanya ibu bapa perlu meluangkan masa dan bersikap sama seperti para guru. Tanggungjawab ini harus dipikul bersama dan bukan hanya diletakkan kepada guru sahaja untuk mendidik dalahkan guru jika anak-anak tidak berjayn menyaa atau bermasalah...

Namun kita harap akan ada perubahan selepas ini dan ibu bapa akan memberikan komitmen yang lebh lagi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...