SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, March 30, 2011

PENILAIAN PERTANDINGAN AGRO-UTUSAN -PPKI SMK JELAI FELDA MEWAKILI SEKOLAH KITA..











Hari ini berlangsung satu lagi penilaian peringkat Kebangsaan di SMK Jelai Felda apabila PPKI sekolah kita terpilih di dalam saringan akhir di peringkat kebangsaan. Projek yang disandarkan oleh PPKI SMK Jelai Felda adalah Projek Ternakan Ikan Keli yang 100% diusahakan dan dijalankan oleh para pelajar PPKI di samping guru-guru dan kakitangan PPKI sekolah.

Dalam penilaian ini , para pelajar pendidikan khas kita telah membentangkan perlaksanaan projek dan aktiviti yang dilakukan berkaitan dengan projek tersebut. Di samping itu , para pelajar juga dinilai berdasarkan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh penilai berkaiatan aspen pemeliharaan dan penjagaan ikan berkenaan. Ternyata pelajar PPKI kita mampu menjawab soalan-soalan berkenaan . Ini menunjukkan bahawa para pelajar PPKI kita setanding dengan pelajar-pelajar arus perdana, malahan mereka telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi di dalam melaksanakan projek ini.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada PPKI sekolah ini khususnya kepada para pelajar dan guru serta kakitangan yang telah memberikan komitmen yang cukup tinggi. Sama-samalah kita doakan agar kita berolah kejayaan..

UPDATE BLOG PANITIA -PERSIAPAN PENILAIAN ANUGERAH KEPIMPINAN ICT PERINGKAT KEBANGSAAN






Agenda utama Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan ICT SMK Jelai Felda pada 28 Mac 2011 yang lalu ialah aktiviti mengemaskini semua blog panitia dan unit-unit yang ada di sekolah ini . Mesyuarat berjaya mencapai matlamatnya apabila semua panitia dan unit-unit telah mengemaskini blog masing-masing sehingga ke hari berkenaan. Pihak sekolah khususnya Jawatankuasa ICT mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru penasihat dan juga para pelajar yang berperanan sebagai admin bagi setiap blog berkenaan. Aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada persiapan sekolah menghadapi Penilaian Anugerah Kepimpinan ICT Peringkat Kebangsaan di mana Tuan Pengetua SMK Jelai Felda merupakan calon mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan tersebut sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Ucapan tahniah dan syabas juga khusus kepada penyelaras ICT sekolah Cikgu NorHaslin dan Penyelaras Bestari serta guru-guru lain dan pelajar daripada unit Briged Siber yang bertungkus lumus membuat persiapan sehingga jam 2 pagi!

Bagi blog, ternyata pihak panitia sudah boleh menyediakan blog yang menarik. Pembinaan blog ini pentik utama yang di dalam menjadi ICT di sekolah sebagai watak utama sekolah. Kita sedang menuju ke arah e-dokumentasi/ dokumentasi elektronik. Sudah pasti dengan pendokumentasian secara elektronik ini bukan sahaja kita dapat mengurangkan penggunaan ruang penyimpanan, masalah kesukaran mendapatkan maklumat secara pantas, malah ia dapat diakses secra maya di mana-mana. Sudah pasti ini akan dapat mengurangkan kos yang besar. Cuma saya mencadangkan agar kita menuju ke peringkat antarabangsa dengan menyediakan blog-blog di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau pelbagai bangsa agar ia dapat diakses di peringkat antarabangsa. Melalui usaha ini kita berharap, kita akan dapat berhubung dengan komuniti luar negara dan menjalin hubungan kerjasama atau kolaborasi antara sekolah dan agensi luar negara. Blog ini juga perlu di perkeaskan lagi dengan memastikan pelayar siber mampu membuat proses download bahan daripada blog berkenaan dan bukan sekadar membaca sahaj. Ini merupakan sebahagian daripada inovasi yang kita boleh lakukan dalam usaha melonjakkan ICT di sekolah ini.

Monday, March 28, 2011

SEKITAR SUASANA PADA HARI PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2010









HARI PENYERAHAN keputusan peperiksaan ini membawa pelbagai cerita dan suasana.. Pelbagai rasa dan pelbagai bentuk wajah yang diperlihatkan...

BAJU KOPERAT PASUKAN KOMPANG SMK JELAI FELDA..



Satu lagi pemaparan imej cemerlang yang terdapat di SMK Jelai Felda...Penyerahan Baju Koperat Pasukan Kompang SMK Jelai Felda. Upucara penyerahan telah dilakukan oleh Tuan Pengetua kepada Encik Johari , selaku jurulatih dan pengurus pasukan kompang sekolah.

Diharapkan dengan pakaian baru yang hebat ini , pasukan kompang sekolah akan terus meningkatkan latihan dan memberikan persembahan yang cemerlang. Pasukan ini juga diharapkan akan dapat menonjolkan diri di dalam masyarakat Jelai Felda ini dengan terlibat di dalam pelbagai acara yang diadakan.

Sebanyak 27 helai baju koperat ini telah diserahkan. Terima kasih kepada PIBG yang menjadi sebahagian penaja bersama-sama dengan Syarikat ArielKlasik.

TAHNIAH...SPM 2010 CEMERLANG!




TAHNIAH! .. kepada semua guru dan pelajar-pelajar khususnya pelajar SPM 2010 yang telah menyahut cabaran sekolah untuk merealisasikan"LONJAKKAN KECEMERLANGAN" sekolah sepertimana cogankata kita pada tahun 2010 yang lalu.

Peningkatan yang ditunjukkan di dalam GPS amat mengkagumkan! Pada tahun lalu kita telah mencapai GPS 6.02 berbanding pencapaian 2009 iaitu 6.81. Pencapaian ini adalah suatu peningkatan yang paling besar di kalangan sekolah-sekolah di PPD Tampin.Ternyata kita mampu bangkit daripada kekecewaan pada tahun 2009. Setelah kita berjaya meningkatkan GPS pada tahun 2008 (6.54) berbanding 2007 (6.68).

Pada tahun ini juga kita telah membuktikan strategi kita iaitu, 'melonjakkan kecemerlangan dan mengurangkan kegagalan' telah membuahkan hasil yang hebat. Kita berjaya meningkatkan GPMP dan peratus kelulusan hampir dalam semua subjek dan dengan perubahan yang besar. Peningkatan GPS dalam semua mata pelajaran hampir berjumlah 1 mata dan ada subjek yang meningkat sehingga 3 mata GPS.

Kita juga berjaya mengurangkan bilangan dan peratusan pelajar gagal minimum 50% daripada SPM 2009. Antara subjek yang menunjukkan pengurang kegagalan yang besar ialah:

Sejarah 108 (2009) kepada 55 (2010)
Bahasa Inggeris 145 (2009) kepada 77 (2010)
Pend. Islam 64 (2009) kepada 21 (2010)

Antara strategi kita yang nampak membuahkan hasil ialah dengan mengadakan kelas tambahan awal iaitu bermuala bulan Jun 2010 setiap hari sebelum waktu balik selama 1 jam bagi semua tingkatan. Objektif kelas ini adalah untuk memastikan pelajar kelas lemah mendapat bimbingan dan latihtubi sebelum tamat peperiksaan percubaan iaitu sekitar bulan september. Sukatan pelajaran yang ditamatkan seawal Julai juga memberikan ruang latihtubi yang banyak kepada pelajar. Kita juga berjaya memujuk calon-calon SPM 2010 untuk hadir ke kelas gerakgempur selepas peperiksaan percubaan.

Cuma apa yang kita berasa agak terkilan ialah, pencapaian pelajar cemerlang kita tidak begitu hebat. Sesuatu harus kita lakukan dan membuat kajian semula terutamanya dengan memikirkan program khusus buat pelajar cemerlang kita. Saya yakin semua guru di SMK Jelai Felda mempunyai idea ke arah penyelesaian masalah tersebut.

Apapun tahniah buat semua. Teruskanlah usaha gigih anda. Sesungguhnya anda telah membuktikan kehebatan anda dan anda telah menjadi sebahagian daripada sejarah kecemerlangan SMK Jelai Felda...

Thursday, March 24, 2011

LAWATAN KERJA PPD TAMPIN KE SMK JELAI FELDA












Tuan PPD Tampin , Tuan Hj. Mad Aris Azis memulakan siri lawatan kerja sempena persaraan beliau pada 4 Mei 2011 nanti dengan memilih SMK Jelai Felda sebagai sekolah pertama untuk beliau melawat. Rombongan beliau bersama 2 orang pegawai lagi telah diberikan sambutan meriah oleh pihak sekolah , bermula dengan paluan kompang oleh pelajar dari Kelab Kompang sekolah dan seterusnya menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan Kadet Polis sekolah.

Acara sambutan seterusnya diadakan di dalam Dewan Bestari sekolah dengan ucapan pengetua dan pengenalan beliau oleh pengacara majlis , Cikgu Mohamad Zain, yang antara lain mengimbas kembali detik ketika Tuan PPD menjadi pengetua di SMK Jelai Felda pada tahun 2005-2006 dahulu.

Tuan PPD sebenarnya telah banyak berjasa ke arah pembangunan fizikal dan akademik di sekolah ini. Bantuan dan sokongan sentiasa diberikan kepada sekolah ini, menunjukkan betapa rapat dan dekatnya sekolah ini di hati beliau. Bagi pihak sekolah , kita merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa dan keperihatinan beliau kepada kemajuan sekolah ini.

Antara jasa yang besar yang disumbangkan oleh beliau dalam bidang akademik ialah perlaksanaan program Lonjakan Saujana PPD Tampin yang telah memberikan hasil yang cemerlang. Di dalam SPM 2010, PPD Tampin meningkatkan pencapaian gred purata daripada 6.01 kepada 5.77 dengan bilangan mencatat straight A's seramai 15 orang berbanding 8 orang pada 2009.

Pihak sekolah berharap agar beliau diberikan kesihatan dan ketenangan di dalam menempuh hari persaraan beliau dan terus menyumbang jasa di dalam bidang-bidang lain.
Warga SMK Jelai Felda mengucapkan "SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH BANYAK TUAN!

Tuesday, March 15, 2011

KEGIGIHAN PASUKAN KAWAT KAKI KADET POLIS SMK JELAI FELDA...






AMAT MENGAGUMKAN....

Itulah kata-kata yang dapat saya luahkan di atas komitmen dan semangat juang yang tinggi , yang ditunjukkan oleh pasukan kawat kaki Kadet Polis sekolah ini yang sanggup datang berlatih pada hampir setiap petang, selama lebih dari 3 minggu! Apa yang lebih mengagumkan saya ialah kesungguhan mereka untuk hadir berlatih pada petang hari cuti persekolahan ini , pada setiap petang dari jam 3 petang hingga 5.30 petang...Semalam...lebih hebat...mereka terus berlatih di dalam hujan lebat dan meneruskannya sehingga jam 5. 45 petang...TAHNIAH!

Semangat dan kesungguhan beginilah yang sepatutnya ada pada setiap pelajar dan warga SMK Jelai Felda. Untuk berjaya, perlu ada keinginan yang kuat, komitmen yang tinggi dan pengorbanan yang hebat! Tidak semua orang mampu melakukan perkara yang mereka lakukan ini. Kita yakin, jika semangat ini diteruskan secara konsisten, sudah pasti, pada tahun ini mereka akan berjaya membawa pulang kejuaraan!

Tidak lupa kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada 3 orang bekas pelajar sekolah ini yang sudi menjadi jurulatih pasukan sekolah pada setiap hari...Ternyata mereka telah dapat menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan anggota pasukan. inilah salah satu usaha kolaborasi hebat antara sekolah dan bekas pelajar dalam usaha mencipta kecemerlangan. Kita mengalu-alukan sumbangan setiap pihak , khusunya bekas pelajar di dalam membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian dan mencipta kecemerlangan.

Kita juga berharap, agar disiplin, kesungguhan dan pengorbanan ini akan dapat diterapkan di dalam bidang pelajaran. Ambil semangat juang yang hebat ini untuk kita salurkan ke dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah. Kita yakin, semua pelajar dan warga sekolah mampu melakukannya!Ayuh! Kita kuatkan tekad dan azam untuk membuktikan kehebatan kita di dalam bidang akademik di samping kita perkukuhkan dan pertahankan kecemerlangan sedia ada kita di dalam bidang-bidang lain..

TAHNIAH ..kepada pasukan kawad kaki sekolah...'ANDA MEMANG HEBAT'

INGAT! Untuk berjaya...hanya ada 3 patah perkataan...

S = SEBUT
B = BUAT
A = AMAL...

MENDEPANI SATU TANGGUNGJAWAB....INSYAALLAH





ALHAMDULILLAH....dan InsyaAllah kita akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin....

Tahniah kepada semua warga SMK Jelai Felda di atas komitmen dan kerjasama anda...

Kepada guru-guru dan staf yang yakin dengan usaha kita memartabatkan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kita pada setiap masa.

Tahniah, khusus buat Jawatankuasa Pembangunan ICT sekolah, di bawah Encik NurHaslin yang telah berusaha dengan komitmen dan kepercayaan yang tinggi bahawa kita boleh berjaya!

Tahniah juga kepada NGO dan badan tertentu yang membantu kita ke tahap ini khusus buat Encik Muhammad daripada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid, Malaysia..

Dengan Motto 'ICT...murah ...mudah ...dan boleh pergi lebih jauh....kita mampu melonjakkan nama SMK Jelai Felda ke tahap tertinggi...

Monday, March 14, 2011

Tugas hakiki dan KPI antara elemen penilaian baru

KUCHING, 14 Mac — Sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai 1 Julai ini akan menilai semua penjawat awam berdasarkan jenis perkhidmatan dan tugas hakiki masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata di bawah format baru itu, calon juga akan dinilai berdasarkan kompetensi dan elemen Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu berkenaan.

“Sistem penilaian baru ini tidak seperti konsep ‘seragam untuk semua’ yang digubal serta digunakan oleh semua jabatan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Anggota Perkhidmatan Awam dan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang dalam peringkat pengolahan format baru itu dengan mendapatkan input dan maklum balas dari Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Katanya proses menggubal format baru itu sedang berjalan lancar dan yakin kaedah baru penilaian penjawat awam dapat dilaksanakan dengan lebih teratur mulai 1 Julai ini.

“Sejajar dengan usaha kerajaan mentransformasikan perkhidmatan awam, kami perlu mengenali struktur kompleks perkhidmatan awam. Kita perlu semua jenis pendekatan bagi menyesuaikan keunikan perkhidmatan yang sedia ada,” katanya.

Perjumpaan itu dihadiri oleh lebih 2,000 penjawat awam dari jabatan dan badan berkanun peringkat persekutuan dan negeri.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Yahaya Basimin.

Ujian PTK, yang diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Nov 2002, mengundang pelbagai kontroversi dan persoalan kerana dikatakan ramai penjawat awam yang berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, mengumumkan pemansuhan PTK dan digantikan dengan sistem penilaian baru yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam. — Bernama

KOMEN:

Diharapkan penilaian ini akan benar-benar dapar memikirkan kepelbagaian bidang tugas setiap kakitangan di pelbagai jabatan kerajaan dan kemahiran dan pengalaman yang ada di kalangan kakitangan kerajaan. Semoga kekecewaan terhadap PTK, terutama di kalangan kakitangan yang senior dan berpengalaman tidak berterusan...

SELAMAT BERCUTI.....






SELAMAT BERCUTI....buat semua warga SMK Jelai Felda.....

Khusus buat guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam mendidik anak-anak di sekolah ini. Gunakanlah masa cuti ini untuk bersama-sama keluarga setelah saban hari meninggalkan keluarga dan mengutamakan kerjaya di sekolah ini. Pengorbanan para guru sekolah ini amat-amat dihargai.

Namun , ada di antara guru-guru ini yang terpaksa mengorbankan beberapa hari daripada cuti mereka semata-mata untuk hadir bertugas di sekolah dan mengadakan kelas tuisyen di bawah program lonjakan Saujana. Program ini berjalan setiap hari pada sepanjang cuti sekolah ini dengan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Rata-rata didapati sambutan para pelajar untuk kelas ini amat memuaskan. Ini menunjukkan tahap kesedaran akan kepentingan membuat persiapan untuk peperiksaan semakin mendalam di hati para pelajar. Saya difahamkan semua jadual untuk masa cuti ini penuh dibooking oleh para guru untuk mengadakan kelas tambahan.

Bagi pelajar, kita berharap , ambillah semangat dan kesungguhan para guru ini dalam mendidik anda dengan menghadiri kelas-kelas yang diadakan. Kehadiran para guru ini adalah atas dasar sukarela dan memikirkan kecemerlangan para pelajar sekelian. Para guru telah sanggup mengorbankan masa cuti dan masa rehat bersama keluarga dengan lebih mengutamakan para pelajar.

Bagi para pelajar Tingkatan 3 dan 5, menjelang April nanti akan ada peperiksaan pertengahan tahun setara bagi seluruh PPD Tampin di dalam Program Lonjakan Saujana Daerah Tampin. Keputusan ujian ini nanti akan memberikan gambaran dan imej sebenar kita berbanding pelajar di sekolah-sekolah lain di sekitar Tampin. Kita pastinya tidak lagi dapat menggunakan alasan sebagai pelajar Felda, untuk mengelak diri daripada dibandingkan pencapaian kita dengan pelajar di sekolah lain , yang bukan di kalangan sekolah Felda. Persaingan masa kini amat ketat dan semakin mencabar. Kita harus yakin, kedudukan geografi tidak memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan sesaorang. Apa yang lebih penting ialah semangat untuk mencabar imej lama yang lemah dan membuktikan kita juga punya maruah dan kemampuan untuk berjaya seperti pelajar-pelajar lain. Kejayaan adalah milik semua! Kejayaan bukan milik orang tertentu. Yang pasti:Kejayaan adalah milik orang yang HEBAT. Orang yang bersungguh-sungguh dan mampu menghadapi segala bentuk cabaran dan punyai keinginan tinggi untuk berjaya . Buktikan, KITA MEMANG HEBAT...

Para pelajar juga perlulah menjaga keselamatan diri dan cubalah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang merugikan diri sendiri. Dalam kehidupan kita ini sebenarnya ada banyak perkara baik berbanding perkara buruk yang boleh kita lakukan. Malahan untuk melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah adalah lebih mudah berbanding untuk melakukan perkara buruk dan merugikan. Perkara baik yang akan kita lakukan sentiasa akan mendapat bantuan dan sokongan daripada orang lain, berbanding perkara buruk yang akan sentiasa dipantau dan dihalang daripada melakukannya. Sentiasalah utamakan pelajaran, kerana pelajaranlah yang mengubah nasib kita dan generasi kita.

Kita juga perlu sentiaasa mengekalkan kecemerlangan kita. Sekolah kita bakal menerima pelawat luar untuk tujuan benchmarking pada bulan Mei hingga hujung tahun nanti. Antaranya ialah Lawatan penanda Aras Peserta Kursus Pengurusan ICT Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 4 Mei 2011, SMK Bahau pada 7 Mei 2011 dan juga Peserta PPKI Daerah Tampin.

Moga-moga kita akan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan diri dan sekolah. SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MAJU JAYA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...