Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG kali ke 32 , SMK Senawang pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj. Azam Bin Hamzah, pada 29 Fenbuari 2020 yang lalu.
Pada tahun ini , kehadiran para penjaga juga adalah tidak ramai. mungkin ia berpunca daripada kesibukan ibubapa yang terpaksa menghadiri majlis perkahwinan yang banyak pada setiap hari hujung minggu. Walaupun begitu, majlis tetap berjalan dengan lancar dan tamat di dalam tempoh masa yang dijangkakan.
Mesyuarat pada kali ini juga berjalan dengan lancar. Para ibubapa telah bersetuju untuk melantik semula kesemua AJK asal dengan sebulat suara. Hanya AJK yang telah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri dan tidak menghadiri sebarang mesyuarat sahaja yang digugurkan. Permilihan AJK berlansung cukut pantas dan tanpa sebarang masalah.
Suatu perkara yang pasti, saya melihat keseluruhan para ibubapa telah menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang jitu terhadap pengurusan sekolah di dalam membimbing dan membantu kejayaan anak-anak mereka di dalaam bidang pelajaran, sahsiah dan kokurikulum. Mereka memberikan sokongan padu kepada setiap usaha pihak sekolah untuk memastikan keselamatan, keselesaan , kejayaan akademik dan disiplin anak -anak mereka yang baik, sebaik mereka keluar daripada sekolah ini.
Mereka juga telah melahirkan rasa kagum dan terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha para guru yang sanggup bekorban masa dan tenaga mengadakan kelas -kelas tuisyen secara percuma pada hampir setiap hari serta pada hujung minggu. program-program sekolah , terutamanya yang berkaitan dengan akademik , sangat menarik minat dan kekaguman mereka.
Sebenarnya , inilah yang diperlukan oleh sesebuah sekolah untuk maju. ibubapa perlu memberikan sokongan, kepercayaan dan yakin terhadap setiap usaha sekolah di dalam memberikan didikan yang sempurna kepada para pelajar.
Diharapkan agar SMK Senawang akan terus cemerlang dan dapayt mencipta kejayaandi dalam setiap aspek.
Bicara Seorang Pengetua
SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, March 23, 2020
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH , 26 JANUARI 2020
Setelah ditangguhkan selama seminggu, akhirnya Merentas Desa peringkat Sekolah telah dilaksanakan pada 26 MAC 2020 yang lalu.
Pada tahun ini , sambutan yang diberikan oleh para pelajar amat memberangsangkan. Hampir 95 peratus pelajar telah hadir dan melibatkan diri di dalam merentas desa ini.
Pertandingan yang dibahagikan kepada 3 kategori ini, telah dijalankan pada hari rabu, bersempena hari kokurikulum, bermula pada jam 8 pagi dan merangkumi laluan sejauh 6 kilometer dan 8 kilometer, melalui lalui dibeberapa jalan utama dan jalan taman di sekitar sekolah ini.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya mencapai kejayaan di dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Tahniah juga kepada mereka yang tidak beroleh kejayaan , namun telah hadir dan turur berlari dengan penuh semangat.
Tahniah juga kepada guru -guru dan para pelajar yang telah bertugas di dalam pelbagai jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memastikan kelancaran progaram pada hari ini.
Saya juga telah megambil kesempatan untuk turut sama berlari sejauh 6 kilometer bagi memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain. Rasa seronok juga dapat berlari bersama-sama pelajar ini. Dapat juga menunjukkan skil larian lagi kepada mereka.
Bagi pihak sekolah , saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota polis dari Balai polis Senawang dan IPD Seremban, khususnya unit trafik yang telah membantu mengawal lalulintas dan keselamatan peserta pada sepanjang tempoh program berlangsung. Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan dan perkara yang tidak baik berlaku pada sepanjang tempoh tersebut.
Pertandingan Merentas Desa ini terpaksa diadakan lebih awal, kerana untuk mempersiapkan pasukan ke peringkat daerah dan negeri yang berlangsung awal bulan Mac. Ia juga untuk memberi peluang kepada pihak JPNS bersedia untuk menjadi tuan rumah MSSM pada bulan April ini.
Kejohanan ini dapat disempurnakan sebelum jam 11.30 pagi, dengan acara penyampaian hadiah yang diadakan di Dataran Perhimpunan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh tuan Pengetua.

PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA KANTIN MAC 2020
Program Keceriaan Kantin Sekolah bermula lagi pada tahun ini. pada kali ini , pertandingan meja bermaklumat telah dibahagikan mengikut panitia masing-masing dan mereka menggunakan peruntukkan panitia masing -masing .
Ini adalah merupakan salah satu pembaharuan yang kita lakukan pada tahun ini, berbanding pada tahun 2019 yang lalu.
Pada tahun lalu, pihak sekolah telah menyediakan dana khas , dan mengagihkannya kepada semua panitia untuk mereka bersiap sedia dengan membeli barangan hiasan, mengikut kreativiti dan idea mereka sendiri.
Pertandingan ini telah dimulakan sejak sebelum cuti semester yang pertama dahulu dan akan disambung semula, sebaik saja sekolah di buka semula setelah perintah kawalan pergerakan akibat penularan Covid 19 ini.
Pada tahun ini juga , hadiah-hadiah istimewa akan diberikan kepada para pemenang.
Hadiah Pertama adalah sebanyak RM100.00
Kedua sebanyak RM80.00
Ketiga sebanyak RM60.00
Para pemenang juga akan mendapat hadiah sampingan istimewa iaitu, jamuan makan tengahari yang disumbangkan oleh pihak kantin
Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk:
1. Menyediakan persekitaran berilmu di dalam kawasan sekolah
2.Melahirkan idea serta menyerlahkan kreativiti setiap ahli panitia .
3. Melahirkan sikap kerjasama dan teamwork di kalangan ahli panitia
4. melahirkan rasa cinta dan bangga terhadap sekolahdi kalangan setiap warga SEMSE.
Pihak Jawatankuasa Kantin sebenarnya telah berhasrat untuk memasuki pertandinga Kantin terbaik di peringkat Daerah dan Negeri /JPNNS
Aktiviti menghias meja bermaklumat ini telah dikukan bersama antara guru -guru dan para pelajar. Saya kagum dengan kesungguhan mereka. Ada di kalangan mereka ini yang terus hadir ke sekolah semasa cuti persekolahan ini menyiapkan hiasan ini.
Saya ingin merayu kepada para pelajar agar dapat menjaga meja ini dengan tidak merosakkannya atau meletakkan beg di atasnya agar tidak rosak. Pihak guru dan panitia telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjadikan persekitaran sekolah ita ceria dan cantik. Maka menjadi tanggungjawab para pelajar untuk memberikan kerjasama agar tidak merosakkannya.
Untuk tujuan pengawasan , pihak Jawatankuasa kantin telah menubuhkan Unit Kafetaria , khusus untuk membantu para guru di dalam aspek pengawasan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha murni setiap ahli panitia dan Jawatankuasa Kantin yang telah mengambil inisiatif ini.

BATIK RASMI SEMSE 2020.. CANTIK , MENAWAN!!
Tahun 2020 ini, SEMSE berimej baru!!
Batik Rasmi Sekolah bagi semua guru, staf sokongan adalah menjadi penyeri permulaan tahun baharu ini.
Warna yang garang, ceria dan cantik memberikan gambaran kesungguhan dan semangat yang kuat di dalam diri setiap warga sekolah untuk terus mencipta kejayaan dan mengangkat nama baik SEMSE di dalam setiap aspek.
Pengurusan batik ini telah diserahkan kepada pihak Kelab Guru dan Staf (KGK) dengan dibantu oleh Koperasi Sekolah. Pihak koperasi sekolah telah dilantik menguruskan pembayaran baju-baju ini bagi pihak warga sekolah. Guru-guru dan KGK akan membuat bayaran terus kepada Koperasi dengan sedikit bayaran perkhidmatan yang dikenakan.
Dengan warna yang ceria, cantik dan harga yang sangat berpatutan, ia pasti mendapat sambutan hangat daripada setiap guru dan staf.
Bersamalah kita menyokong usaha Kelab Guru dan Staf ini dengan memberikan komitmen kita. Kejayaan kita menjayakan projek ini akan membuktikan komitmen dan kerjasama padu di antara kita semua..
SEMSE...KITA MEMANG HEBAT!!

Subscribe to:
Posts (Atom)