SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, October 28, 2019

KESIBUKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN DI HUJUNG TAHUN...

 Tahun 2019 semakin melabuhkan tirainya....bermula Serptember sehingga ke awal November adalah bulan dan minggu tersibuk buat guru-guru di SEMSE ini.

Deretan program , kursus, bengkel, kelas tambahan dan latihtubi tidak pernah berhenti. Hampir setiap hari bermula isnin hingga kembali ke isnin, guru-guru tidak membuang masa untuk mempersiapkan diri dan pelajar untuk menghadapi cabaran pendidikan yang semakin mendesak untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

 Di samping kelas tambahan dan latihtubi yang berterusan setiap hari, bengkel-bengkel khas tidak berhenti sehingga sabtu dan ahad. Pagi dan malam.

Program seperti ini telah pun bermula semenjak bulan Febuari yang lalu.

Semenjak tamatnya peperiksaan percubaan yang berlangsung sekitar bulan Ogos yang lalu, aktiviti bengkel dan latih tubi serta kelas-kelas intensif ini semakin dilipat gandakan kekerapannya dan kualitinya. Program- program khusus yang lebih berfokus kepada kelompok tertentu telah dilaksanakan dengan ketat. Program ini melibatkan kelompok seperti:

i. Pelajar cemerlang/Elit - Perkampungan Ilmu/ Enjin
ii. Pelajar gagal BM / Sejarah -Program BERUS
iii. Pelajar Sederhana / Cemerlang - Gerak Gempur
iv. Semua pelajar - Kelas Anjal
v.  Bengkel Pra Peperiksaan - Pelajar Cemerlang/ Sederhana
vi. Bengkel sebelum Cuti - Pelajar Galus/ Garus

Program Perkampungan Ilmu/ Enjin ini adalah program yang khusus untukl pelajar terbaik sasaran mencapai kelulusan minimum 6A di dalam peperiksaan SPM. Maksimum pelajarnya adalah seramai 42 orang dan minimumnya pula adalah seramai 23 orang pelajar. Program ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Pada hari Ahad, kelas akan dibimbing oleh gurtu=guru jemputan dari luar sekolah yang terdiri daripada pemeriksa kertas SPM yang hebat.
Pelajar juga disediakan dengan sarapan pagi dan makan tengahari. Kos keseluruhannya adalah sekitar RM9000.00. Tujuannya adalah untuk menaikkan GPS sekolah dan meramaikan jumlah pelajar yang  mendapat 8 A hingga ke 10 A


Program BERUS pula adalah berrfokus kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat kelulusan di dalam 2 subjek BM dan Sejarah. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam program ini akan  mengikuti latih tubi  2 subjek tersebut sepanjang hari sehingga mereka keluar daripada kegagalan. Pada tahun lalu, program ini telah berjaya mencatat kejayaan sebanyak lebih daripada 300 peratus (daripada 150 orang yang gagal dalam peperiksaan percubaan sehingga berkurangan kepada 46 orang sahaja) di dalam peperiksaan SPM sebenar

Program Gerak Gempur pula yang  mencakupi keseluruhan pelajar ( waktu PdPc) telah dimulakan sejak awal Julai iaitu sebaik tamat peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Satu jadual khusus telah disusun atur dan pelajar yang tidak menghadirinya akan diambil tindakan yang tegas.


Kelas Anjal ini telah dilaksanakan sebaik tamat peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dengan memfokuskan setiap pelajar akan menjalani latihtubi berterusan setiap hari. Kelas ini juga telah disusun mengikut bilangan waktu yang seesuai mengikut subjek. Ada subjek tertentu yang ditambah waktunya terutama bagi subjek-subjek yang kritikal dan ada juga yang dikurangkan terutamanya bagi subjek yang tidak kritikal dan telah mencapai peratusan lulus yang baik.

Program Bengkel pra Peperiksaan ini di adakan bagi kelas-kelas sederhana dan cemerlang sebagai persediaan bagi para pelajar ini menghadapi peperiksaan semuga mereka dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.  Ia diadakan mengikut waktu PdPc mereka selama tempoh seminggu.

Bagi para pelajar di kelas yang lemah pula , mereka akan mengikuti bengkel pra percutian, Tujuan utamanya adalah untuk mempersiapkan para pelajar ini agar belajar dengan tekun dan semoga budaya itu dapat juga diteruskan semasa cuti . Apa yang diharapkan adalah agar sekurang-kurangnya pelajar ini telah mendapat latihan yang mencukupi sebelum mereka menghabiskan masa mereka semasa cuti.


Di samping itu , beberapa bengkel mata pelajaran elektif juga terus diadakan bagi memantapkan perrsiapan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM ini. beberapa orang guru daripada sekolah luar telah dijemput untuk memberikan pencerahan yang lebih jitu.

 Apa yang pasti, persiapan dan kesungguhan para guru untuk mencatat peningkatan di dalam GPS dan kelulusan , amat-amat dirasakan. Ternyata mereka sangat bersemangat dan memberikan komitmen yang terbaik.

InsyaAllah saya amat yakin dengan komitmen dan kesungguhan guru -guru di SEMSE ini. Saya berdoa semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik pada peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya yakin  pengorban mereka tidak akan sia-sia.

Buat para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain di sekolah ini, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Kenangilah jasa dan penat lelah para guru ini yang mengajar dengan penuh ikhlas , tanpa sebarang bayaran tambahan , walaupun mereka menggunakan masa lapang mereka dan wang ringgit serta keringat mereka sendiri. Balaslah jasa bakti mereka dengan keputusan terbaik di dalam peperiksaan ini...InsyaAllah.



Monday, October 21, 2019

PROGRAM BANTUAN DEEPAVALI OLEH KOLEJ JSJ, SENAWANG -21 OKTOBER 2019

 Terima kasih kepada Kolej JSJ Senawang yang telah sudi menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar India di tingkatan 5 sempenana sambutan Deepavalli ini.

Kolej JSJ ini adalah salah satu agensi swasta yang sering bekerjasama dan membantu pelajar-pelajar sekolah ini terutama di dalam majlis-majlis serta memberikan pendedahan program-program TVET kepada para pelajar.

program pada pagi ini disempurnakan oleh wakil syarikat dan pihak sekolah diwakili oleh GPK Hem.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini akan menambahkan kegembiraan para pelajar ini untuk menyambut Deepavalli pada minggu hadapan.


PROGRAM KUNJUNGAN MESRA SPM YB TAUFEK BIN ABD. GHANI, EXCO BELIA & SUKAN -8 OKTOBER 2019

 ALHAMDULILLAH...

Program Kunjungan Mesra SPM 2019 dimulai pada tahun ini dengan kunjungan daripada YB Tuan Hj. Mohd. Taufek , ADUN dan EXCO Belia dan Sukan ,ke SMK Senawang , telah dilaksanakan dengan jaya dan penuh kenangan.

Prograsm yang bermula sejak jam 8.30 pagi itu turut disertai oleh Yang berusaha Tuan PPD Seremban, Pn. Hjh. Rodhiah dan Yang Berusaha Prof. Emeritus Dato Dr Murad  dari East West College.

Pada program pagi ini Yb Taufek juga telah sudi menyampaikan kit peperiksaan kepada semua calon SPM sekolah ini yang berjumlah sekitar 250 orang.  Program pada pagi ini diadakan di Surau Al Hannan.
 Program seperti ini amat-amat dialu-alukan oleh pihak sekolah. ia dapat membangkitkan kesedaran dan semangat para calon SPM agar terus berusaha dengan gigih kerana setiap orang warga sekolah dan masyarakat serta pemimpin, mengharapkan dan mendoakan kejayaan buat mereka. Sumbangan kit peperiksaan ini sekurang-kurangnya akan menjadi pendorong kenangan yang baik untuk mengiringi calon-calon ke dewan peperiksaan.


Bagi pihak sekolah dan PIBG, kami mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan YB dan para tetamu ke majlis ini.

YB Taufek ini juga seringkali hadir ke sekolah . Bukan hanya di dalam program-program yang beliau dijemput sebagai perasmi, namun juga pada masa-masa kelapangan beliau. Seharusnya semangat dan keperihatinan beliau ini menjadi inspirasi kepada kejayaan setiap pelajar sekolah ini.









SUMBANGAN SARAPAN PAGI UNTUK PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU

 Alhamdulillah...rezeki buat para pelajar yang mengikuti Program Perkampungan Ilmu  pada hari sabtu. Dua keluarga yang menyumbangkan sarapan pagi untuk pelajar di kelas anak mereka.

Terima kasih diucapkan buat

1)Mejar Badelisham & Pn Nurul Ashikin...(Nur Alya: 5UM)
2)En Mohd Faizal & Pn Azian..(Nursyazwina:5UIAM)

Terima kasih.Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan dengan kebaikan yang banyak dan kehidupan tuan/puan sekeluarga diberkati Allah.

Pihak sekolah memang amat mengalu-alukan penglibatan ibubapa di dalam menaikkan motiasi pelajar dan menjayakan setiap program sekolah. Keperihatinan dua keluarga ini diharapkan akan dapat memberikan inspirasi kepada keluarga dan ibubapa lain untuk sama-sama menyumbang kepada kejayaan sekolah.

Semoga dengan berkat sumbangan ini akan memudahkan anak-anak mereka untuk belajar dan bersiap untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.

Program Sumbangan Minuman Pagi Bagi Calon SPM , 2019

Alhamdulillah...pada tahun ini Program Sarapan Pagi bagi calon-calon SPM , masih diteruskan selama 4 hari bermula pada 14 Oktober sehingga 17 Oktober yang lalu. Pada tahun ini pengagihan minuman dan roti kepada pelajar-pelajar diuruskan dan ditaja  oleh PIBG.

Pengagihan makanan ini diketuai oleh Puan Rohani Morad dan ajk PIBG yang lain bersama-sama guru subjek  sebelum para pelajar ini memasuki dewan peperiksaan.

Antara tujuan program ini diadkan adalah untuk memberikan semangat dan kesegaran kepada para pelajar . Ada di kalangan para pelajar ini yang tidak bersarapan pagi atau tidak sempat bersarapan kerana tergesa-gesa untuk ke sekolah.

Rata -rata semua pelajar teruja dan gembira dapat menikmati hidangan makanan pada pagi hari  ini. Kita berharap agar program ini akan dapat diteruskan pada fasa kedua yang akan bermula pada 5 November  nanti. Beberapa pihak telah menyatakan kesudian untuk membantu menghulurkan sumbangan bagi menyediakan sarapan ini.


Tuesday, October 15, 2019

Program: Kunjungan Mesra SPM JPNS 2019 ✨ Tarikh: 10 Oktober 2019 (Khamis) ✨ Tempat: Surau al-Hannan SMK Senawang

Program Kunjugan Mesra SPM JPNS 2019, telah berlangsung padahari ini, 8 Oktober 2019 , bertempat di Surau Al Hannan, SMK Senawang.

Tujuan program ini diadakan oleh pihak JPNS adalah untuk memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada bakal-bakal calon SPM 2019 di dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM 2019 , yang akan bermula pada 14 -17 Oktober 2019 (fasa pertama) ini .

Pihak JPNNS telah diwakili oleh KPP Bahagian Perancangan Dasar dan PPD iaitu Tuan Hj. Rohadie Bin Salim .

Program ini bermula sekitar jam 8 pagi dan tamat pada jam11 pagi.

Di dalam ucapannya , beliau sempat menitipkan tips-tips persediaan menghadapi peperiksaan dan panduan sebelum pelajar menduduki peperiksaan tersebut. Beliau juga menyeru agar para pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan ibubapa serta mendapatkan keredhaan daripada kedua ibubapa serta para guru agar dipermudahkan segala usaha.

Majlis juga di serikan lagi dengan ucapan ringkas oleh Tuan pengetua yang mengingatkan para pelajar supaya terus berusaha sehingga tamat hari peperiksaan  serta terus berdoa agar segala hasrat akan tercapai. Tuan Pengetua mengingatkan bahawa peperiksaan SPM yang diadakan di dalam 2 sessi ini sebenarnya memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengkaji kelemahan di dalam kertas-kertas jawapan pada fasa pertama ini dan bertindak memperbaikinya pada fasa kedua ini.

Tuan Pengetua juga mengingatkan para calom SPM 2019 agar menggandakan usaha dan seterusnya mencipta kejayaan yang luar biasa agar mereka berjaya mencipta rekod pencapaian GPS sekolah yang terbaik. Mereka mampu berbuat demikian memandangkan peningkatan pencapaian yang telah mereka lakukan di dalam setiap peperiksaan sebelum ini.

Program berakhir sekitar jam 12 .00 tengahari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...