SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, October 23, 2018

TIPS PENGURUSAN SEKOLAH BERASASKAN PENGADILAN BOLA SEPAK

Saya akan berkongsikan beberapa tips penguruusan sekolah berdasarkan kepengadilan bola sepak . Saya mengandaikan menguruskan sebuah organisasi atau sekolah sama seperti kita menguruskan dan mengadili perlawanan bola sepak . Perbincangan ini akan berasaskan kepada beberapa prinsip dan tatacra seseorang pengadil mengendalikan perlawanan bola sepak.

TIPS 1: HUKUM PEMAIN APABILA KITA JELAS MELIHAT KESALAHAN YANG DILAKUKAN.

DI dalam perlawanan bola sepak , pengadil hanya akan meniupkan wisel untuk menandakan sesuatu kesalahan telah dilakukan hanya apabila dia jelas apa kesalahannya, siapa pelakunya dan kepada siapa dilakukan.Jika kita tidak jelas, kita tidak boleh menghukum pemain tersebut. Ada ketikanya, pemain lain akan menyampaikan maklumat tersebut sedangkan kita tidak melihatnya. Sesaorang pengadil hendaklah mengambil maklum maklumat tersebut dan perhatikan pemain yang dimaksudkan melakukan kesalahan tersebut dan apabila benar-benar didapati dia melakukannya sekali lagi, maka kita akan hukum dengan hukuman yang setimpal sebagai kesalahan yang berulang. Selalunya kesalahan sebegini akan dihukum dengan kad kuning.

Di dalam pentadbiran organasasi juga akan berlaku perkara yang sama. Kita tidak boleh menghukum perkara yang kita tiada bukti jelas atau sekadar mendengar maklumat daripada orang lain. Kadang-kala maklumat seperti ini  berkemungkinan bersifat tidak tepat atau fitnah semata-mata. Justeru itu, kita tidak boleh terburu-buru mengambil tindakan. Sebaliknya, siasat dengan rapi kecuali jika kesalahan itu berlaku secara terang-terangan atau di depan mata. Hukumlah kesalahan ini dengan hukuman yang setimpal terutamanya jika kesalahan itu berat dan menjejaskan organisasi.Ketika mengambil tindakan, mungkin kita boleh memberitahunya bahawa kita mengambil tindakan bukan bersifat emosi tetapi berdasarkan bukti  sahih yang kita ada. Secara tidak langsung , tindakan kita ini akan diterima oleh pelaku kesalahan.

Amatlah bahaya dan berisiko  jika kita bertindak hanya berdasarkan cakap-cakap dan bukan berasaskan bukti yang kukuh. Keadaan ini jika terjadi, sudah pastilah akan menimbulkan rasa kurang senang dan ketidakharmonian di dalam organiasasi.


TIPS 2: DI DALAM PADANG PERMAINAN STATUS SEMUA PEMAIN ADALAH SAMA.

Di dalam padang permainan, status semua pemain, adalah sama iaitu PEMAIN. Tidak kira siapa dan apa status dan kedudukan serta pangkatnya, ia dianggap sebagai pemain , sama seperti pemain-pemain yang lain. Layanan tetap akan diberikan sama dan boleh dihukum mengikut undang-undang yang sama. Pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat , ditinggalkan di"tepi padang".

Di dalam organisasi juga kita mesti melayan staf kita secara adil dan saksama. Tidak perlu ada 'orang bos' atau 'orang kuat bos' atau sebagainya yang kebal hukum. Prinsip 'kerja is kerja dan 'kawan is kawan', harus dipraktikkan. Jika semasa bekerja, kita hendaklahlah menguatkuasakan peraturan kerja dan semasa di luar waktu kerja , kita bolehlah melayan mereka sebagai kawan. Dalam erti kata lain, jangan campuradukkan kerja dan hubungana baik kita sebagai kawan atau keluarga. Jika ini dapat dipraktikkan , maka kita akan menjadi peminpin organisasi yang adil. Tidak ada budaya pilih kasih dan sebagainya.

Prinsip kerja sebegini juga akan memudahkan kita sebagai pentadbir untuk menjalankan tugas dengan lancar. Kita tidak akan mudah terpengaruh dengan status atau hubungan yang ada sehingga akhirnya akan menjadi penggalak kepada salahlaku dan ketidakcekapan bekerja. Kita akan berasa bebas dan yakin dengan tindakan kita.

-bersambung-








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...