SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, April 8, 2017

PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH ‘PROJEK BAMBOO PARK’ DENGAN KERJASAMA PIBG SMKSE DAN KOMUNITI




Projek Bamboo Park ini adalah salah satu projek di dalam Jawatankuasa Keceriaan sekolah di dalam usaha pembinaan imej atau penjenamaan semula SMK Senawang ke arah kecemerlangan . 

Bagi mengangkat semula nama sekolah ini, saya melihat perlunya satu usaha bukan sahaja untuk menceriakan dan mewujudkan suasana ceria dan cantik, namun ia juga sebagai satu usaha mewujudkan kelainan atau keunikan di sekolah ini. Seterusnya semoga usaha ini juga akan mewujudkan watak sekolah darada aspek keceriaan.

Bamboo Park ini adalah suatu idea yang saya jumpa semasa lawatan di Korea Selatan pada tahun 2011 yang lalu. Namun, mungkin agak berbeza sedikit kerana spesis buluhnya yang besar dan tinggi. 

INSYAALLAH, dengan kewujudan Bamboo Park ini nanti ia akan menjadi satu mercu tanda dan keunikan yang luasbiasa di sekolah ini. Ditambah lagi dengan sumbangan setiap warga sekolah dan komuniti, ia juga akan menjadi bukti terhadap komitmen dan kerjasama jitu bersama ke arah kecemerlangan .



1.0   PENGENALAN
Persekitaran akan membentuk budaya”. Kata-kata ini merujuk kepada pembentukan persekitaran yang selesa di dalam semua aspek , yang boleh mewujudkan suasana dan keinginan warganya untuk menimba ilmu . “Budaya” pula adalah merujuk kepada budaya ilmu yang terhasil daripada kesedaran dan keinginan dalaman yang akan melahirkan warga sekolah yang berakhlak, berilmu dan mempunyai sifat terpuji. Persekitaran ini terdiri daripada persekitaran fizikal sekolah, persekitaran pelajar dan semua warga sekolah disiplin, budaya ilmu, etika dan sebagainya. Hanya melalui persekitaran yang lengkap, selesa, ceria  serta mampu merangsang minat menimba ilmu sahajalah yang akan mampu mendorong warga sekolah belajar dan menyerap ilmu dengan mudah.
Di antara perkara di atas,  persekitaran fizikal terutamanya pewujudan taman dan pohonan serta seni taman yang cantik dan  indah , akan melahirkan suasana  selesa yang amat sesuai bagi para pelajar menimba ilmu. 

Justeru itu, pihak sekolah berhasrat untuk mewujudkan PROJEK TAMAN BULUH/ BAMBOO PARK di sekolah ini .

2.0   RASIONAL 

Projek TAMAN BULUH/ BAMBOO PARK ini diwujudkan adalah berdasarkan beberapa factor:
2.1   Buloh ini adalah pohonan yang tahan lasak dan boleh hidup lama dengan penjagaan yang minima.
2.2   Daunan buluh yang jatuh ke tanah akan dapat menahan tumbuhan liar seperti lalang dan rumput daripada tumbuh membiak. Hal ini akan dapat menjimatkan kos pengurusan rumput serta lalang yang tinggi.
2.3   Daunan buluh yang halus akan  menghasilkan desiran bunyi yang indah dan lembut apabila ditup angin. Hal ini akan mewujudkan suasana yang nyaman dan sesuai untuk pembelajarn para pelajar sekolah ini.
2.4   Penanaman buluh ini juga boleh menghasilkan pendapatan daripada rebung yang boleh dijual bagi mengisi tabung sekolah.
2.5   Pohonan buluh yang dijaga dengan baik, boleh menjadi tempat  teduhan kepada warga sekolah yang menjadi kawasan rehat santai bagi semua warga sekolah.
2.6   Ia mampu menghalang berlakunya runtuhan pada tebing yang ada di sekolah ini teritamanya ketika musim hujan.
2.7   Ia boleh menjadi satu identiti dan imej  baru bagi sekolah ini yang unik berbanding sekolah lain.
2.8   Sebagai satu inisiatif menanamkan sikap cintakan Alam Sekitar dan penglestarian sekolah
2.9   Ia menjadi mercu tanda kerjasama sekolah dan rakan Sarana di dalam membantu memajukan sekolah ini.

3.0   STRATEGI PERLAKSANAAN

Perlaksanaan PROJEK BAMBOO PARK ini adalah seperti berikut:

3.1   Projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama dan bantuan tajaan daripada  Syarikat TOTO MALAYSIA (Sdn Bhd).
3.2   Keluasan kawasan Bamboo Park ini adalah sekitar 2 ekar , meliputi seluruh kawasan lapang di kawasan sekolah ini dan kawasan tebing .
3.3   Keseluruhan pokok buluh yang diperlukan adalah sekitar 200 batang buluh .
3.4   Jenis pokok buluh yang dicadangkan untuk ditanam adalah jenis buluh hiasan yang mempunyai batang yang lurus dan dahan yang tinggi.
3.5   Kerja-kerja menanam akan dilakukan secara gotong royong yang melibatkan semua warga sekolah, ibubapa  dan Komuniti Sarana SMK Senawang.
3.6   Pengurusan dan penjagaan pokok akan diuruskan oleh pekerja pembersihan swasta sekolah, dan warga sekolah serta komuniti Sarana SMK Senawang.

3.7   Jadual Perlaksanaan Projek ini adalah:
Bil
Perkara
Tarikh
1.
Menyediakan kertaskerja
1 Mac 2017
2.
Mendapatkan sumbangan /dana membeli pokok buluh
10 Mac 2017
3.
Membeli pokok buluh
15 Mac 2017
4.
Gotong royong menyediakan lubang pokok
15 Mac 2017
5.
Menerima pokok-pokok buluh
18 Mac 2008
6.
Perasmian /Gotong royong menanam pokok buluh
1 April 2017




4.0   KEWANGAN/ PERBELANJAAN
Bil
Perkara
Kos
Tindakan
1.
Pokok buluh RM60 x 200 batang


2.
Baja RM4 x 20 beg


3.
Gotong Royong/ Perasmian


4.
Papan Tanda “Bamboo Park”




JUMLAH




5.0   PENUTUP
Kejayaan projek ini akan menjadi mercu tanda kejayaan kerjasama antara komuniti dan Swasta di dalam usaha bersama memajukan sekolah. Ia menjadi bukti kepada kejayaan program Sarana Komuniti SMK Senawang. Ia juga akan menjadi symbol berkekakalan akan bukti kerjasama hebat ini.

PROGRAM WAKAF ANJUNG KOMUNITI DI SMK SENAWANG 70450 SEREMBAN



KERTAS CADANGAN PROGRAM WAKAF ANJUNG KOMUNITI
DI SMK SENAWANG  70450  SEREMBAN

1.Pendahuluan
SMK  Senawang (SEMSE) merupakan sebuah sekolah harian di Seremban yang telah di bina pada tahun 1990. Terletak di tengah Taman Marida, Senawang, SMK Senawang telah ramai melahirkan para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik mahu pun bukan akademik. Bagi meneruskan kecemerlangan tersebut, kami warga SMK Senawang akan terus bekerja tanpa mengenal erti jemu dan berputus asa sampai bila-bila, insya Allah. Justeru para guru, kaki tangan serta ibu bapa memerlukan sokongan sama ada dari segi mental, spiritual, material, kewangan dan prasarana agar usaha ke arah kecemerlangan mendidik pelajar akan terus berlangsung. Memandangkan institusi sekolah sering dikunjungi orang ramai khususnya ibu bapa, penjaga dan pihak luar untuk pelbagai urusan, warga SEMSE bercadang untuk membina sebuah anjung yang akan menjadi tempat menungguyang selesa bagi mereka.
Bagi merealisaikan impian tersebut, pihak sekolah akan melancarkan tabung wakaf bagi mengumpul dana dan dalam masa yang sama bagi membolehkan orangramai, ibubapa, pihak korporat dan sesiapa sahaja berwakaf dan menderma. Anjungini juga akan menjadi tempat menunggu para pelajar dan sebagai tempat duduk para guru semasa perhimpunan bagi sesi pagi dan petang serta tempat mempamerkantrofi dan hadiah kecemerlang diperolehi para pelajar, guru dan sekolah sejak penubuhannya hingga kini serta akan datang.

LATAR BELAKANG PROJEK WAQAF ANJUNG KOMUNITI

Smk Senawang adalah sebuah sekolah yang telah lama. Bangunannya adalah mengikut rekabentuk lama dengan mengalami masalah kekurangan ruang.
(i)                Ruang pejabat sedia ada adalah terlalu sempit. Ruang pejabat sekolah  tiada bilik  cetakan yang luas bagi menempatkan mesin razor dangn photastat, tiada bilik stor untuk menempatkan peralatan stationary dan tiada bilik fail rasmi sekolah.  

(ii)       Ruang yang sempit ini juga menyebabkan pihak sekolah tidak dapat menempatkan kesemua pengurusan sekolah pada satu tempat yang sama ( ketika ini mereka bertaburan di blok-blok lain). Keadaan ini menyukarkan urusan pentadbiran sekolah dan tidak dapat menjaga kebajikan mereka sebagai pentadbir sekolah. 

(iii)          Sekolah ini juga tidak mempunyai ruang pameran kecemerlangan sekolah untuk dijadikan tatapan para pelajar dan ibubapa sebagai motivasi kepada mereka dan kenyakinan kepada pencapaian sekolah. Segala piala dan sijil kecemerlangan kini tersimpan di bilik dokumentasi dan pelajar serta komuniti dan penjaga tidak mempunyai akses kepada piala-piala dan sijil kecemerlangan ini. Jadi , kami berhasrat untuk meletakkan semua  piala dan sijil kecemerlangan ini di ruang anjung komuniti ini agar mereka dapat melihatnya dan menjadikan ia sebagai motivasi kecemerlangan.

(iv)       Sekolah ini juga tidak mempunyai ruang khusus bagi dijadikan tempat perjumpaan ibubapa dan komuniti dengan warga sekolah khususnya seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam Program Sarana Sekolah dan Sarana Komuniti.   Bilik guru seringkali dijadikan tempat pertemuan dan ini menimbulkan rasa kurang selesa para guru dan ibubapa dan komuniti juga.
          

Justeru itu, kami berhasrat untuk:

(i)                 memindahkan pejabat sedia ada ke bilik mesyuarat/ balai Wacana yang lebih luas.
(ii)               menempatkan bilik wacana di bilik dokumentasi (yang menjadi mengandungi piala dan sijil kecemerlangan sekolah.
(iii)             Memindahkan semua piala dan sijil pencapaian sekolah ke Anjung Komuniti yang bakal dibina dan menjadikannya sebagai Galeri Kecemerlangan Sekolah.
(iv)             Mewujudkan ruang pertempuan bagi warga sekolah bersama ibubapa dan komuniti di Anjung Komuniti .
(v)               Menjadikan Anjung Komuniti sebagai ruang santai pelajar menelaah pelajaran dengan suasana yang menyeronokkan dan selesa.
(vi)             Menjadikan Anjung Komuniti sebagai ruang guru-guru duduk semasa perhimpunan dan juga sebagai ruang pelbagai guna untuk seluruh warga sekolah.
(vii)           Mewujudkan persekitaran baru dan imej baru sesuai dengan hasrat memberikan ‘penjenamaan baru ‘ bagi SMK SENAWANG.

Justeru ini dengan wujudnya waqaf ini ia akan dapat mengatasi banyak masalah yang wujud di sekolah ini khususnya yang berkaitan dengan kelicinan dan kelancaran pengurusan sekolah.

TUJUAN:
Kertaskerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan dana melalui sumbangan orangramai, warga sekolah, dan pihak-pihak tertentu untuk menampung kos pembinaan waqaf ini.


OBJEKTIF

Anjung Komuniti  SEMSE ini berfungsi sebagai:

1.Menjadi  tempat menunggu para pelajar, ibubapa, penjaga dan orang ramai semasa di sekolah.

2.Menjadi  ruang tempat duduk  para guru  semasa perhimpunan harian.

3.Menempatkan galeri  kecemerlangan  sekolah  yang akan menempatkan  hadiah dan trofi yang dimenangi  
    warga sekolah untuk tujuan motivasi kepada para pelajar dan komuniti.

4.Memberi  peluang dan kesempatan kepada  penderma membuat amal jariah.


Justeru itu, saya memohonlah bantuan dan sumbangan para penderma yang budiman untuk menyumbang di dalam merealisasikan projek ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang ini adalah sebuah sekolah yang mempunyai bentuk dan susunan bangunan yang berbentuk lama ( berselerak). Isu yang saya dapati di sini ialah ketiadaan ruang untuk diwujudkan ruang pertemuan para ibubapa dengan anak-anak atau guru atau tempat bagi para pelajar belajar atau berehat. 

Pada masa ini, pertemuan di antara pelajar dengan guru berlaku di dalam bilik guru sahaja. Keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan di kalangan guru yang memerlukan masa untuk urusan peribadi mereka. Justeru itu , dengan adanya anjung ini akan mewujudkan ruang bagi tujuan sebegitu.

Bagi pihak sekolah, kami telah mengambil beberapa langkah perlu untuk mendapatkan dana untuk merealisasikan projek ini. Buat masa ini, pihak Tan Seri M. Kayveas, penasihat Kerajaan di Kementerian Kerjaraya sudah menjanjikan bantuan sebanyak RM10 000.00. Jumlah ini sudah tentulah masih jauh daripada keperluan sebanyak RM150 000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Lima Puluh Ribu) . 

Justeru itu, sumbanglah kepada tabung ini demi kecemerlangan Pendidikan Sekolah ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...