Saya menerima keratan akhbar berkaitan penggunaan watsapp kelas di sebuah sekolah yang menimbulkan masalah di kalangan guru-gurunya. Ia disampaikan melalui watsapp kelas yang dihantar oleh seorang penjaga, dengan kata-katanya, "harap-harap tidak berlaku di sekolah kita".
Saya melihat, kata-kata penjaga ini merupakan suatu menifestasi kesedaran dan kefahaman yang jitu akan fungsi dan tatacara penggunaan watsapss kelas di kalangan ibubapa khususnya dan para guru amnya di SMKTTJ.
Saya yakin , tujuan utama cadangan penggunaan watsapp kelas ini adalah bertujuan amat murni. Antara tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan satu sistem saluran informasi berkaitan perkembangan kemajuan anak-anak murid dan program -program sekolah untuk menjadi panduan dan tindakan ibubapa. ia juga bertujuan mewujudkan jalinan komunikasi yang mudah dan berkesan di antara guru dan sekolah dengan ibubapa agar mereka saling mengenali dan memahami peranan masing-masing di dalam memajukan para pelajar yang merupakan anak-anak ibubapa ini dan anak murid kepada guru berkenaan.
Secara amnnya, ia memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Bagi ibubapa, mereka dapat mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah terus daripada sumber yang benar, tanpa merujuk kepada anak-anak mereka yang sering kali memberikan informasi yang bercanggah. Ibubapa tidak lagi menjadi mangsa 'penipuan' anak-anak mereka dengan maklumat-maklumat yang tidak betul. Ia juga amat menjimatkan masa dan wang ringgit ibubapa berkenaan untuk datang berjumpa guru setiap kali ingin mendapatkan maklumat atau terpaksa menelefon sekolah untuk bercakap dengan guru terbabit atau pengurusaan sekolah mengenai sesuatu hal. Kerapkali , maklumat yang diperlukan tidak dapat diperolehi dengan cara ini, disebabkan gagal bercakap dengan guru berkenaan kerana guru juga perlu mengajar dan melakukan pelbagai aktiviti lain di sekolah. Ada juga guru-guru yang memasukkan informasi -informasi penting seperti kehadiran, jadual waktu persekolahan dan senarai kerja rumah pada hari berkenaan untuk ibubapa memantau dan memastikan anak-anak menyiapkannya di rumah. Bukankah ini suatu kemudahan yang amat besar buat ibubapa?
Bagi guru pula, banyak maklumat yang diperlukan berkaitan dengan pelajar dapat diperolehi dengan segera melalui penggunaan watsapp ini. Maklumat seperti kehadiran pelajar, kesihatan pelajar atau apa sahaja mudah diperolehi dengan berhubung terus melalui watsapps kelas. Ini kerana penjaga akan dapat menerima watsapps ini di mana-mana sahaja ada capaian internet dan tidak terlalu menggangu urusan penjaga berkenaan. Ia pasti sukar diperolehi secara menelefon penjaga yang kerapkali tidak diangkat penggilannya atau di luar pejabat, mesyuarat dan sebagainya. Segala permasalahan para pelajar di dalam kelas dapat disampaikan terus kepada penjaga untuk diambil tindakan bagi pihak penjaga pula. Justeru itu, ia pastilah sesuatu yang turut memnberikan manfaat kepada guru juga.
Namun begitu, bagi memastikan penggunaan watsapps ini tidak menimbulkan masalah, semua pihak sebenarnya harus memahami dan menghayati tujuan dan manfaatnya secara jujur dan ikhlas. Bagi saya terdapat beberapa garis panduan yang perlu difahami terlebih dahulu. Antaranya ialah:
1. Ibubapa WAJIB menghargai serta menghormati usaha dan pengorbanan guru ini. Guru mengorbankan masa dan keselesaan serta menggunakan telefon mereka untuk kemudahan ibubapa.
2. Watsapp kelas ini adalah usaha murni dan khidmat sukarela guru-guru.Ia bukan suatu KEMESTIAN atau TUGAS WAJIB guru.
3. Ia hanya digunakan untuk tujuan menyampaikan maklumat berkaitan perkembangan sekolah dan kemajuan murid SAHAJA.
4. Ia bukan laman sembang bual atau tujuan mempromosi barangan atau medan untuk bertelagah atau mempersoalkan sesuatu perkara .
5. Sebarang ketidakpuasan hati terutama di kalangan penjaga , hendaklah BERJUMPA guru atau pengurusan sekolah secara berdepan.
6. Saluran maklumat daripada guru adalah tertakluk kepada keselesaan dan kelapangan guru. Perlu diingat bahawa guru mempunyai tugas hakikinya iaitu MENGAJAR dan melakukan tugas-tugas khas di sekolah.
7. Guru bukanlah telefonis yang hanya duduk menanti watsapp ibubapa dan menjawabnya dengan segera.
8. Guru-guru dan sekolah punyai HAK untuk 'remove' penjaga /ibubapa yang menyalahgunakan khidmat ini pada bila-bila masa.
9. Watsapp kelas ini hanya melibatkan sekolah (guru kelas/ guru mata pelajaran/ pengurusan/ pibg-sarana) dan IBUBAPA sahaja. PELAJAR tidak dibenarkan sama sekali.
Pengurusan sekolah tidak boleh memaksa guru-guru untuk dilibatkan di dalam watsapss kelas ini. Namun saya yakin, jika diberikan penerangan yang tepat tentang manfaat dan tujuan penggunaan watsapp ini, para guru tidak akan keberatan untuk menyertainya. Sepertimana yang kita tahu, guru-guru sentiasa punyai sikap terpuji untuk melihat kejayaan anak murid mereka dan menerima segala usaha yang menjadikan urusan mereka menjadi mudah.
Seperkara yang penting juga ialah pengurusan sekolah mestilah berusaha menyediakan kemudahan internet percuma kepada guru tanpa melibatkan guru terpaksa menggunakan data telefon mereka ketika berada di sekolah. Alhamdulillah, di SMK TTJ , pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menyediakan perkhidmatan internet Unifi berkelajuan 50Mb di samping kemudahan Yes (Ytl) .
Pengurusan sekolah juga perlu merancang penggunaan watsapps ini dengan turut terlibat secara bersama. Ia bukan hanya dapat mewujudkan rasa tanggungjawab bersama , juga sebagai sokongan dan pelindung kepada guru-guru terlibat daripada masalah yang timbul. Di SMK Taman Tuanku Jaafar ini, kita telah membahagikan guru-guru dan pengurusan ini mengikut kelas masing-masing. Contohnya:
1. Admin setiap kelas adalah guru tingkatan berkenaan.
2. Ahli terdiri dari guru-guru mata pelajaran terlibat
3. Pengurusan:
3.1 . Tingkatan 5 dan 3 -Pengetua / Ketua Bidang Bahasa
3.2 Tingkatan 4 -GPK Pentadbiran / Ketua Bidang Teknik & Vokasional
3.3 Tingkatan 2 GPK Hem / Ketua Bidang Kemanusiaan
3.4 Tingkatan 1 -GPK Petang/ Ketua Bidang Sains & Matematik
3.5 PPKI -GPK PPKI
4. 2 orang AJK PIBG/ Sarana bagi setiap tingkatan
Tujuan kita mengadakan struktur sebegini adalah untuk memastikan semua maklumat dan persoalan yang timbul di dalam setiap perkara berkaitan sekolah dan kemajuan pelajar dapat dijawab dan mengikut kapasiti setiap ahli. Sebarang isu yang tidak mampu dijawab oleh mereka yang di luar kapasiti mereka, akan dengan mudah dijawab oleh pihak lain. Umpamanya, jika guru-guru tingkatan tidak dapat menjawab isu berkaitan pengurusan sekolah, maka guru berkenaan tidak perlulah menjawabnya, kerana ia akan dijawab oleh pihak pengurusan atau pengetua. Begitu jugalah , jika timbul perkara yang berkaitan dengan peranan PIBG atau Sarana, yang akan dijawab oleh ajk yang terdapat di dalam tingkatan berkenaan.
Kaedah ini, bukan sahaja tidak membebankan para guru untuk menjawab semua perkara, malah ia juga bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat. Selain itu, semua isu yang ditimbulkan juga diketahui oleh semua pihak dan diselesaikan secara bersama. Kawalan disiplin di dalam penggunaan watsaps ini juga dapat dipantau dengan berkesan. Ibubapa juga tahu bahawa segala isu yang ditimbulkan juga sampai ke pengetahuan pengurusan sekolah untuk dipertimbangkan untuk tindakan. Pengetua dan pengurusan juga berperanan memantau sebarang kes salahguna watsapps ini dan boleh memberikan peringatan atau arahan tindakan yang perlu diambil oleh admin. Dengan ini, para guru akan terasa mereka dilindungi oleh pengurusan sekolah.
Kesimpulannya, kefahaman dan penghayatan akan fungsi dan manfaat penggunaan watsapp ini perlu pada kedua-dua belah pihak, guru/ sekolah dan ibubapa. Bagi ibubapa , anggaplah ini sebagai suatu rahmat dan sumbangan murni guru di dalam membantu mendidik anak-anak kita ke arah kecemerlangan. Banyak kemudahan yang disediakan dan masalah yang dapat diselesaikan.
Bagi guru pula, janganlah kita melihatnya sebagai suatu bebaban. Banyak juga urusan kita yang boleh kita selesaikan dengan kewujudan watsapp kelas ini. Anggaplah ia sebagai suatu pengorbanan dan amal jariah kita dan niatkanlah ia sebagai suatu ibadah yang akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Yakinlah bahawa rezeki Allah itu datang daripada pelbagai cara dan nescaya Allah akan gantikan segala pengorbanan para guru dengan keberkatan yang perkara yang jauh lebih baik.
SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Saturday, September 10, 2016
Wednesday, September 7, 2016
GOTONG -ROYONG CLASSROOM MAKEOVER YTL FROGVLE-7 SEPT 2016
Turut hadir membantu adalah guru-guru , termasuk Tuan Pengetua sendiri, Cik Khalila, Cikgu Roslan, Cikgu Roslidawati, Ustazah Rafeah, Ustazah Rahayu serta ibu-ibu Sarana dan YDP PIBG iaitu Kol Hj. Samsirudin.
Kerja-kerja mengecat pada hari ini meliputi bahagian dalam bilik darjah serta bahagian luar kelas dengan berpandukan corak warna dan susunan warna yang telah ditetapkan oleh pihak YTL sendiri.
Alhamdulillah, kerja-kerja mengecat dapat disempurnakan pada jam 5.00 petang.
Kejayaan program gotong royong ini adalah bukti kesungguhan setiap warga sekola dan ibubapa serta komuniti setempat di dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Ia juga adalah bukti kejayaan program Sarana yang begitu sinonim dengan nama SMKTTJ.
Selepas ini , kerja-kerja sentuhan terakhir terhadap bilik ini akan diadakan sebelum ia menerima kamasukkan meja dan kerusi serta alat penghawa dingin yang akan disumbangkan oleh pihak YTL sepertimana yang dijanjikan di dalam perjanjian bersama sebelum ini.
Aktara aktiviti yang akan diteruskan di bilik ini ialah: pemasangan LCD, softboard di bahagian depan dan belakang kelas, pemasangan TV atau skrin bersain 8 kaki lebar, kipas dan beberapa eksosari tambahan yang akan menjadikan bilik ini amat selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui program ini , pihak sekolah khususnya PIBG akan menampung sebahagian kos pemasangan beberapa alatan dan kemudahan tertentu dan pihak YTL pula akan menyumbangkan kerusi dan meja serta alat pendingin hawa. InsyaAllah, setelah kerja-kerja mengecat dan pemasangan softbord ini siap disempurnakan, pihak sekolah akan menerima pula kerusi dan meja tersebut. InsyaAllah juga, program memasang kerusi dan meja ini juga akan diadakan secara gotong royong..
Kewujudan bilik ini akan menyediakan ruang pembelajaran ICT yang sangan kondusif dan selesa buat para pelajar. Guru-guru sudah pasti berasa bangga kerana ini merupakan suatu lagi kemudahan canggih di dalam program ICT yang disediakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Pastinya guru-guru diharap agar dapat memanfaatkan semaksima mungkin segala kemudahan dan keselesaan yang ada di bilik ini bagi menghasilkan pembelajaran yang menyeronokan sesuai dengan pendidikan Abad ke 21 yang sering disarankan penggunaanya secara meluas. Bagi komuniti pula , bilik ini akan menjadi 'one stop centre' bagi komuniti terlibat di dalam program sekolah dan menggunakan kemudahan ini untuk kemajuan komuniti khususnya di dalam usaha menyebar luas pengetahuan dan kemahiran ICT di dalam kalangan masyarakat yang seterusnya akan membantu mengembangkan kemahiran dan pembelajaran anaka-anak mereka. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan jalinan antara sekolah dan komuniti seperti yang disarankan di dalam anjakan ke 9 PPPM iaitu Sarana Ibubapa dan Sekolah.
Pihak sekolah akan terus berusaha menjadikan SMKTTJ sebagai sebuah sekolah yang terbilang dari segi penerapan kemahiran ICT di dalam pembelajaran dan menyediakan prasarana ICT yang serba lengkap.
Penambahan capaian internet yang lebih laju dan pemasangan LCD di semua kelas adalah menjadi visi sekoalh di dalam pemodenan ICT di sekolah ini. Diharapkan dalam tempoh 5 tahun lagi, semua kelas di SMKTTJ akan dilengkapkan dengan kemudahan LCD bagi kemudahan perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 secara menyeluruh...InsyaAllah...
Thursday, March 24, 2016
Aktiviti menjaga kesihatan...Menyertai Larian 7KM di Kuala Lumpur RoadtoMarathon..12 Mac 2016
Ramai orang yang berkata bahawa antara nikmat yang paling berharga adalah nikmat sihat.
Kesihatan memang tidak dapat dibeli, malahan tidak ternilai. Tambahan pada usia sebegini, menjaga kesihatan ,sudah menjagi sesuatu yang amat perlu. Namun perlu jugadiingat agar kita melakukannya mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Tidak boleh lagi macam zaman kegemilangan masa muda dahulu..
Kini, saya cuba menyertai pelbagai aktiviti larian yang diadakan bagi menjaga kesihatan. Di samping memastikan masa bersama dengan keluarga. Kesihatan dan kebahagian terutamanya bersama keluarga memang perlu dan menjadi ramuan penting untuk memastikan kita sentiasa sihat.
Menyertai aktiviti seperti ini juga adalah sebagi suatu dorongan dan motivasi diri untuk sentiasa berlatih dan bersukan. Kalu dahulu, saya berlatih secara aktif selama 2 ke 4 jam sehari untuk menjaga kecergasan senagai pengadil bolasepak, kita saya cuba pastikan saaya akan berlatih sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Lokasi larian saya ialah di Kompleks Belia dan Sukan Paroi iaitu pada waktu malam selepas isyak. Saya terpaksa lakukannya pada waktu sebegini, kerana, inilah saja waktu lapang dan kesempatan yang ada.
Kerapkali menghabiskan waktu di pejabat sehingga lewat petang , memang sukar untuk meneruskan dengan berlatih pula di padang. Saya perlu berehat sebentar dan oleh itu, saya memilih untuk turun berlatih pada sebelah malam. Ada juga rakan-rakan yang mengatakan , berlatih pada waktu malam, tidak begitu baik, namun, apabila dibandingkan kebaikan dan keburukannya daripada tidak langsung berlatih, saya terpaksa meneruskan latihan pada waktu malam. Tambahan pula dengan cuaca panas melampau sekarang ini dan bahaya strok haba yang menakutkan, maka, saya kira malam adalah masa yang paling sesuai dan selamat.
Sebagai guru dan pentadbir sekolah yang terpaksa menghadapi cabaran pendidikan terkini yang sangat hebat, kita juga memerlukan kecergasan dan tubuh badan yang sihat untuk menghadapi suasana kerja yang mencabar. Justeru itu,

Saturday, March 12, 2016
BANGUNAN DEWAN BESAR SMKTTJ -
Alhamdulillah....berita yang menggembirakan akhirnya sampai ke hadapan mata warga sekolah dan seluruh komuniti sekitar sekolah. Penantian yang begitu lama semenjak tahun 2011, akhirnya terjawab dan terhidang kini di depan mata kita semua. Pastinyanya ia sesuatu yang amat menggembirakan buat semua. khususnya warga pendidik SMKTTJ dan juga saya sendiri.
Mengimbas kembali bermula dengan kehadiran saya di sekolah ini pada 1 April 2011 yang lalu, usaha untuk mendapatkan dewan ini adalah adalah salah satu sasaran/ visi saya yang perlu saya capai. Hal ini begitu penting sekali memandangkan sekolah ini menghadapai masalah yang besar di dalam mengadakan setiap majlis dan program akibat ketiadaan dewan yang boleh menampung bilangan pelajar yang ramai dan juga ibubapa. Denga bilangan pelajar yang mencecah hampir 1500 orang pelajar, kemudahan dewan ini menjadi sesuatu yang amat perlu. Tambah memeritkan lagia ialah apabila sekolah ini juga menghadapi masalah kekurangan bilik-bilik darjah dan terpaksa mengadalan kelas 2 sessi, iaitu pagi dan petang.
Dewan sedia ada (kelas yang dibuka menjadi dewan ) amat kecil dan mampu menampung sekiitar 100 orang sahaja pada satu-satu masa. Sementara itu, kebanyakan program dan aktiviti utama sekolah ini terpaksa dijalankan di ruang legar sekolah yang boleh menampung sekitar 200 orang sahaja. Namun ia masih tidak selesa kerana ia merupakan ruang terbuka yang mudah terganggu oleh faktor bising dan suasana tidak selesa. Ruang legar ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti terutamanya ia juga berfungsi sebagai ruang solat untuk pelajar lelaki terutama untuk solat zohor berjemaah yang dilakukan setiap hari.
Namun begitu, apa yang menjadikan kehadiran dewan ini amat penting ialah untuk mengisi ruang bagi menjalankan peperiksaan awam PT3/ SPM yang diadakan setiap tahun. Setiap tahun jugalah sebanyak 15 kelasterpaksa dicutikan setiap hari sepanjang PT3 termasuklah pelajar tingkatan 5. Hampir semua hiasan meja dan bahan -bahan pendidikan yang ditampalkan di dinding kelas terpaksa ditanggalkan kerana mengikut arahan prosedur peperiksaan.
Justeru itu, kehadiran dewan besar tertutup ini, merupakan suatu rahmat yang cukup besar bagi setiap warga sekolah ini.
Mengimbas kembali gerak kerja mendapatkan dewan ini bermula pada tahun 2011 yang lalu. Pihak sekolah telah memohon kepada KPM melalui JPNS . Namun kami dimaklumkan bahawa tiada peruntukan untuk itu.
Pada penghujung tahun 2012, sekitar November, kami didatangi oleh beberapa pegawai daripada unit pembangunan KPM yang menawarkan pembinaan dewan terbuka. Jika kami bersetuju , mereka akan mula membina dewan terbuka ini seawal januari 2013.
Namun, saya ketika itu, masih tidak berpuashati dan tetap mahukan dewan tertutup. Ketika sessi perbualan selepas tamat mesyuarat yang dihadiri oleh pihak JPNS dan PPD Seremban, saya masih menyatakan harapan saya untuk mendapatkan dewan tertutup ini. (Ketika itu hanya tinggal saya dan 2 orang pegawai daripada KPM sahaja). Saya menyatakan keengganan saya untuk menerima dewan tertutup ini kerana ia tidak menyelesaikan masalah utama saya iaitu isu peperiksaan awam PMR ndan SPM.
Saya bertanyakan pegawai berkenaan akan kemungkinan saya memperolehi dewan tertutup ini kembali , jika saya menerima dewan terbuka ini. Beliau ada menyatakan bahawa , saya hanya boleh memohon di dalam RMK 11 iaitu pada tahun 2015 -2020. Itupun jika ia diluluskan.
Memandangkan saya terlalu menginginkan dewan tertutup ini, maka saya mengambil keputusan untuk menolak daripada menerima dewan terbuka ini dan tetap mahukan dewan tertutup. Pegika itu, pegawai ini kemudiaannya terus memaklumkan kepada pegawai atasannya di KPM dengan menyatakan hasrat saya . Nasib memang menyebelahi saya ketika itu, apabila pegawai ini memaklumkan bahawa;" O.K tuan. Boss saya setuju menukar kepada dewan tertutup dan kami kena buat pelan dan permohonan semula!".
Ah!! Leganya hati ketika itu tidak terkira!
Namun , apabila masih ke tahun 2013, cerita dewan ini kembali senyap dan tiada sebarang berita yang diterima.
Memandangkan keadaan ini , Sekitar Januari 2013 , saya telah mendraf surat sokongan melalui tandatangan ibubapa untuk dihantar ke KPM. Seramai 780 orang ibubapa telah menandatangani dan memulangkan semula surat ini untuk menyatakan sokongan terhadap pembinaaan dewan ini. Surat-surat ini kemudiaannya dibinding sebanyak 3 salinan.
Saya masih ingat , ketika itu saya telah meminta YDP PIBG En. Hamid Yakob, untuk menghantar kepada YAB Perdana Menteri ketika beliau datang ke Seremban . Seterusnya tidak berapa lama kemudiaan saya meminta pula YDP PIBG yang baru, Dato Mohd. Nordin untuk menghantarkan pula surat sokongan yang tebal ini kepada YAB Timbalan Perdana Menteri .
Sejak daripada itu, kami terus berharap dan berhubung dengan peg.awai di KPM untuk memastikan pembinaan dewan ini menjadi realiti. Saya juga telah meminta Dato Hj. Mohd Nordin agar sentiasa berhubung dan bertanyakan pegawai terbabit pada setiap kali kesempatan beliau berada di Putrajaya.
Namun begitu, kerisauan dan kebimbangan akan projek ini tidak terlaksanan terus mencemaskan hati. Kejadian banjir di Kelantau dan pantai Timur khususnya pada hujung tahun 2014 benar-benar telah melahirkan kerisauan yang amat tinggi, bimbang kalau-kalau peruntukan ini digunakan untuk membantu mangsa kejadiaan tersebut. Namun saya bersyukur apabila pegawai di KPM terus meyakinkan bahawa pembinaan ini tetap tidak terjejas akibat kes berkenaan.
Sepanjang tahun2015, saya terus berhubung dengan pegawai di KPM hampir setiap bulan. Hampir setiap bulan juga malah setiap kali Dato Nordin ke Putrajaya , saya akan sentiasa memesan beliau agar terus bertanyakan perkara ini kepada pegawai terlibat.
Kerisauan yang memuncak ketika itu, terlerai sedikit apabila tender pembinaan dewan ini disiarkan di akhbar perdana.
Sehinggalah pada Januari 2016, saya terus menelefon pegawai berkenaan dan akhirnya, beliau memberitahu bahawa "Mesyuarat Serah Tapak akan diadakan adakabn pada hari Khamis ini , cikgu!".
Alhamdulillah....
Akhirnya pembinaan dewan ini bermula juga akhirnya pada sekitar 21 Januari 2016...
Kini kerja-kerja mensimen tapak "pilling' sedang giat dilakukan...
Namun saya terus juga bertanya, :
"Bolehkah disiappkan awal agar peperiksaan SPM tahun ini boleh dijalankan di dewan berkenaan!!".

Sunday, January 17, 2016
ORIENTASI TINGKATAN 1 telah bermula pada minggu ini..4 hingga 30 Januari 2016
Bagi sessi 2016 ini, SMKTTJ menerima seramai 339 orang pelajar yang akan ditempatkan di sembalan buah kelas yang merangkumi 5 kelas pada waktu pagi dan 4 kelas lagi pada waktu petang.
Pada tahun ini, bebrapa pembaharuan telah dilakukan terhadap program orientasi tingkatan 1. Bermula pada tahun ini, sessi orientasi pelajar tingkatan 1 berjalan selama 1 bulan penuh. Program pada tahun ini juga telah dibahagikan kepada 2 fasa.
Pelajar-pelajar ini pada 2 hari pertama persekolahan yang lalu, telah
dikumpulkan pada sessi petang untuk sessi taklimat dan orientasi umum.
Pada program 2 hari ini, para pelajar diberikan taklimat tentang jadual
dan perjalanan sekolah serta penyerahan buku teks kepada semua pelajar.
Pada hari ketiga dan seterusnya, pelajar telah diasingkan mengikut sessi masing-masing iaitu, sessi pagi dan petang.
Pada peringkat ini para pelajar akan mengikuti pembelajaran mengenai kemahiran-kemahiran asas di dalam setiap subjek yang akan dipelajari oleh mereka kelak. Aktiviti ini akan dilakukan secara kumpulan dan dikendalikan oleh guru mata pelajaran masing-masing dan panitia. Di samping itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan budaya sekolah, kemahiran sosial, kemahiran akhlak dan moral. Pelajar juga akan didedahkan kemahiran belajar, kemahiran membuat nota, peta I-Think , ICT , talent ID olahraga dan permainan dan sebagainya. Sepanjang tempoh orientasi ini mereka akan mengikuti jadual yang ketat , yang diselia oleh guru-guru kaunseling.
Tujuan program orientasi ini dilanjutkan selama 1 bulan adalah bagi menyediakan para pelajar dengan segala kemahiran asas bagi mereka memulakan sessi pembelajaran. Apa yang diharapkan nanti, setelah tamat orientasi ini, pelajar-pelajar telah dilengkapi dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan mereka belajar dengan lancar dan cepat. Hal ini juga akan lebih memudahkan para guru untuk mengajar dalam tempoh yang agak laju serta tidak lagi berhadapan dengan segala kesalahan dan kelemahan asas pada diri mereka. Justeru itu, adalah diharapkan suasana pemngajaran dan pembelajaran akan lebih ceria, cepat dan seronok kepada kedua-dua pihak iatu pelajar dan guru.
Dengan fokus kita ke arah lonjakan peningkatan akademik yang lebih tinggi, kita yakin para pelajar tingkatan 1 sessi 2016 ini akan mampu merealisassikan perancangan tersebut dan akan dijadikan model dan penanda aras bagi iltizam kita pada tahun ini. Ia amat bersesesuaian dengan slogan kecemerlangan kita pada tahun ini iaitu:
" BUDAYAKAN KECEMERLANGAN"

Papan Tanda Penguatkuasaan Peraturan Masuk Sekolah bagi sessi 2016...
Pembukaan sessi persekolahan tahun 2016 ini memperlihatkan penguatkuasaan tegas terhadap etika berpakaian setiap kali memasuki kawasan sekolah SMKTTJ.
Penguatkuasaan ini meliputi seluruh warga sekolah dan juga ibubapa serta orang awam yang berurusan di sekolah ini. Untuk memastikan peraturan ini dipatuhi , papan tanda baru yang lebih besar dan jelas, telah dipasang sebelum bermulanya sessi persekolahan bertarikh 4 Januari 2016 . Papan tanda ini juga dipasang di pintu pagar dalam kedudukan yang strategik yang tidak memungkinkan ia tidak dapat dilihat dengan jelas.
Pemakluman akan peraturan ini telah diwar-warkan melalui perhimpunana pagi dan watsapps kelas, PIBG dan Info Rasmi SMKTTJ.
Peraturan ini adalah bertujuan bagi mendidik seluruh warga sekolah dan orang awam agar lebih berdisiplin di dalam soal pemakaian agar kelihatan kemas dan bersopan. Ia juga bertujuan agar semua pihak menghormati sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang patuh kepada peraturan dan seterusnya menjadi rakyat yang taat. Ia juga bertujuan untuk mengajak semua pihak terutamanya para ibubapa dan komuniti , bersama-sama dengan pihak sekolah membantu mendidik anak-anak mereka dan pelajar ini ke arah menjadi pelajar yang berdisiplin. Selain ia juga bertujuan untuk membentuk imej baru SMKTTJ sesuai dengan slogan kecemerlangan ,
DISIPLIN PERTAMA
AKADEMIK UTAMA
AKHLAK ASASNYA
Pihak sekolah memahami akan ada sedikit kesukaraamanya, amatlah sukar. di dalam kalangan pelajar dan ibubapa untuk mematuhi peraturan ini. Memanglah untuk menukar sesuatu yang telah sebati di dalam sanubari ibubapa terutamanya, amatlah sukar. Namun demi kepentingan pendidikan anak-anak yang bakal mewarisi kecemerlangan negara, ia memerlukan perubahan.
Sebelum ini, pihak sekolah juga sebenarnya telah memasang papan tanda berkaitan etika pekaina ini. Namun , disebabkan saiznya kecil , mungkin menjadikan ia sukar dilihat dan dipatuhi. Adalah diharpkan dengan papan tanda bersaiz besar dan kedudukannya yang jelas mudah dilihat ini, mampu mendidik semua pihak agar patuh kepada peraturan.
Alhamdulillah, sejak beberapa tahun yang lalu, SMKTTJ telah berubah imejnya. Daripada sebuah sekolah yang mempunyai pelajar yang bermasalah disiplin kepada sekolah yang mempunyai pelajar yang baik akhlaknya. Pelajar SMKTTJ dikenali sebagai pelajar yang penuh berdisiplin dan menghormati tetamu, baik di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Justeru, dengan penambahan kepada etika berpakaian ini, ia bukan sahaja akan menjadikan pelajar SMKTTJ lebih berdisiplin, tetapi juga kelihatan segak dan kemas pada sepanjang masa. Seperti kata Tuan Pengetua; " walaupun kita hanya sebuah sekolah harian biasa dan bukannya Sekolah Berasrama Penuh, namun ia tidak menghalang sikap, pemikiran dan akhlak kita sepertimana mereka. Malah kita akan berusaha menjadi lebih baik daripada mereka".
InsyaAllah, dengan slogan kecemerlangan kita pada tahun ini , BUDAYAKAN KECEMERLANGAN, kita pasti mampu berusaha menjadi lebih baik dan disegani.
Saturday, January 16, 2016
KURSUS GURU-GURU BAHARU SMKTTJ 2016
KURSUS GURU-GURU BAHARU SMKTTJ bagi sessi 2016 telah berlangsung semalam, 16 Jan 2016 di Balai Konfrensi SMKTTJ . Kursus yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 2.00 petang ini adalah diuruskan oleh Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di bawah Puan Fadhilah Hashim ( Ketua Bidang Teknik & Vokasional)
Kursus ini melibatkan seramai 22 orang guru yang baru mendaftar masuk ke SMKTTJ bermula daripada tahun 2015 yang lalu. Ini memandangkan, pada tahun lalu, pihak sekolah tidak sempat untuk mengadakan program ini .
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru baharu tentang beberapa perkara yang melibatkan;
1. Budaya dan hala tuju sekolah,
2. ICT/ ForgVle dan Pembelajaran Abad ke 21
3. COCOSTAR/ KPI mata pelajaran
4. Perancangan strategik dan program-program akademik
5. Perancangan strategik dan program-program Hal Ehwal murid
6. Perancangan strategik dan program-program Kokurikulum
Sebagai anggota baharu di dalam organisasi sekolah, guru-guru baharu ini perlu di dedahkan dengan hala tuju dan budaya sekolah agar mereka benar-benar faham dan dapat menghayati hasrat dan cita-cita sekolah. Dalam penerangannya kepada guru-guru, Tuan pengetua menekankan peri penting setiap guru baru meningkatkan pengetahuan mereka di dalam kaedah pengajaran dan mempunyai fikiran yang betul terhadap pendidikan. pendidikan perlu dilihat secara holistik dan tidak hanya aspek akademik sahaj. Sebagai guru, kita dituntut untuk bukan hanya menyampaikan ilmu, namun juga melengkapkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran dan nilai-nilai akhlak yang membolehkan mereka menjadi insan yang berguna.
Tuan pengetua juga menekan peri pentingnya , setiap guru baharu memahami hala tuju sekolah dan bersama-sama pihak sekolah merealisasikan impian tersebut. Guru-guru tidak boleh lari atau berpaling ke arah lain. Sebaliknya mereka haruslah seia dan sekata bersama-sama pengurusan sekolah. Ibarat keretapi yang menuju ke stesyen yang dituju, semua gerabak perlulah mengikut arah yang sama dengan kepala keretapi tersebut. Jika kepala keretapi itu bergerak pantas, maka, semua gerabak mestilah juga bergerak pantas, sepantas kepala keretapi. Walau ke mana jua arah pergerakan kepala keretapi tersebut, semua gerabaknya harus mengikutinya.
Guru-guru baharu juga perlulah pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah serta pantas di dalam memahirkan diri di dalam setiap aspek keperluan sekolah. Guru-guru baharu perlulah berani menonjolkan diri dan menghasilkan idea-idea yang baik dan mampu pula merealisasikannya. Mereka tidak perlu takut di dalam melontarkan idea dan memberikan jalan penyelesaian terhadap idea tersebut. Mereka juga perlu sentiasa positif di dalam pemikiran dan tindak tanduk mereka dan tidak mudah pula dipengaruhi oleh anasir negatif .
Bagi guru-guru muda pula, mereka dinasihatkan agar sentiasa mempunyai sikap mahu belajar dan menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan tidak berkira di dalam melaksanakan tugas yang diberi. carilah peluang mendapatkan pengalaman dan tawarkan diri untuk membantu rakan-rakan kerana di situlah peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman baru. Pengalam dan ilmu ini akan menjadi amat berharga dan penting pada suatu masa kelak, terutama apabila mereka memegang jawatan sebagai pentadbir sekolah pada suatu masa nanti.
Kurus ini berakhir sekitar jam 2 petang. Walaupun, masa yang diperuntukan amat singkat, namun diharapkan agar mereka dapat menjadikan pengalaman dan ilmu yang diperolehi di dalam kursus ini akan menjadi pencetus kepada semangat dan komitmen yang kuat bagi mereka meluaskan pengetahuan demi memastikan agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. Sesuai dengan slogan kecemerlangan sekoalh pada tahun 2016 ini iaitu:
"BUDAYAKAN KECEMERLANGAN"
HARI YANG SIBUK BUAT SMKTTJ -14 JAN 2016- SEMPENA CUTI HARI KEPUTERAAN YAM TUAN BESAR N. SEMBILAN.
Tuisyen DR. Shah |
Memandangkan ketiadaan ruang masa yang mencukupi , disebabkan faktor sekolah 2 sessi, masa yang ada ini digunakan dengan sebaik mungkin.
Pada hari ini berjalannya aktiviti :
1. Latihan bola jaring di bawah bimbingan Puan Zarita dan Puan Syarifah di Gelanggang Serbaguna
2. kelas Tuisyen tingkatan 5 oleh Dr. Shah di Surau An NUr
3. kerja-kerja naiktaraf bilik Laman Cyber oleh Saudara Jimmy
4. Aktiviti mengukur semula padang dan penyediaan trek olahraga di bawah unit sukan dengan bantuan Encik Azam dari Jelai Felda
5. Beberapa pelajar tingkatan 4 mengulangkaji pelajaran di Zon Nilam/ Zon Komuniti
6. Aktiviti menceriakan kelas di kelas KRK
Semangat dan kesungguhan yang diperlihatkan oleh warga sekolah yang hebat ini , sesungguhnya suatu petanda yang amat baik bagi permulaan tahun 2016 di sekolah ini.
Saudara Jimmy |

Ulangkaji pelajaran |
Add caption |
Subscribe to:
Posts (Atom)