SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, April 2, 2015

PENTADBIRAN SECARA PENGADIL BOLASEPAK ( MENAGEMENT BY REFEREES WAY)

Selama lebih daripada 30 tahun berkhidmat sebagai guru dan pentadbiran sekolah serta lebih daripada 15 tahun menjadi pengadil bolasepak, saya melihat ada kesamaan yang jelas di antara mentadbir sebuah organisasi atau sekolah dengan mengadili sebuah perlawanan bolasepak.

Saya telah pernah bercerita dengan beberapa rakan akan perkara ini dan ramai daripada mereka yang tertarik dengan perkara ini. Ada yang meminta saya berkongsi pengalaman dan ilmu ini dengan beberapa guru muda sebagai persiapan mereka sebagai pentadbir pada suatu masa nanti. Ada yang meminta saya menulis menjadikan sebuah buku agar dapat dikongsi oleh semua orang.

Saya akan memulakan siri ini dengan tajuk ,"PERSIAPAN SEBAGAI PENGADIL/ PENTADBIR".

SIRI 1: KRITERIA PENGADIL / PENTADBIR YANG BAIK


Selalu orang berkata ,untuk menjadi pengadil yang baik dan hebat, sesaorang itu mesti menjadi Pengadil FIFA. FIFA di sini adalah merujuk kepada Federation of International Football Asociation atau Persekutuan Bolasepak Antarabangsa. Dalam bidan pengadilan , FIFA Referees adalah tingkat pencapaian yang tertinggi di samping pengadil bertaraf kebangsaan atau negeri.

Untuk mendapat pengiktirafan FIFA Referees, sesaorang pengadil itu mestilah adalah kebolehan dan pencapaian yang cemerlang di dalam semua aspek . Ringkasnya singkatan FIFA boleh kita rujukan kepada:

F = Fit/ Fitness
I  = Inteligent
F = Fair
A = Aplication of Law/ Adabtable

Menjadi pengadil mestilah berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuan sesaorang. Ia mesti diukur berdasarkan prestasi dan pencapaian sesaorang di dalam  mengadili perlawanan. Semakin banyak perlawanan yang diadli dan semakin tinggi tahap perlawawanan atau pertandingan yang diadili , akan menentukan kejayaan dan kelayakan sesaorang itu untuk dipilih sebagai pengadil FIFA. Ini kerana setiap perlawanan yang diadili , akan dinilai oleh penilai dan akhirnya akan diputuskan oleh sebuah jawatankuasa melantik atau menaikkan taraf sesaorang pengadil itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Sama seperti di dalam memilih sesaorang pentadbir sesebuah organisasi , perkara pertama yang perlu difikirkan ialah F yang pertama iaitu Fit/ Fitness.

1. Fit/ Fitness (Kelayakan / Kecergasan)

(a) Kelayakan

Untuk memilih pentadbir yang baik, perkara pertama yang perlu dilihat ialah kelayakan . Adakah sesaorang itu benar-benar layak untuk dijadikan ketua atau pemimpin di dalam organisasi tersebut.  Sudah pastilah semua aspek dan ciri -ciri seorang pemimpin perlu dilihat terlebih dahulu di dalam diri setiap calon sebelum tugas dan amanah yang besar ini diserahkan kepada mereka.

Seperti di dalam padang bolasepak, segala keputusan dan penentu kepada kejayaan sesuatu perlawanan itu adalah terletak di tangan pengadil. Walaupun dia mempunyai 2 atau 4 orang pembantu di dalam memabantu beliau membuat keputusan, namun kuasa untuk memberhentikan permainan atau meneruskannya adalah di tangan beliau. Hanya pengadil yang mempunyai wisel iaitu yang boleh ditiup atau tidak.

Seperti juga di dalam organisasi umpama sekolah. Pengetua mungkin mempunyai pembantu yang ramai untuk membantu beliau mentadbir sekolah. Namun, hala tuju , visi dan misi sekolah terletak di tangannya. pengetua mesti cekap dan berani membuat keputusan dan menetukan hala tuju sekolah dan bukan hanya mengikut atau bersetuju dengan segala cadangan guru-guru penolong kanan , guru -guru lain atau kehendak ibubapa yang boleh kita ibaratkan seperti penonton dan penyokong di luar padang. Seorang pengetua yang tidak berani  atau teragak-agak membuat keputusan , sudah pastinya akan menimbulkan kegusaran kepada semua pihak, sama seperti pengadil di tengah-tengah padang.

Pengalaman di dalam bidang pentadbiran , amat perlu untuk menjadikan sesaorang itu menjadi pentadbir yang hebat. Sepanjang pengalaman saya,  pengalaman yang paling berguna adalah pengalaman di dalam menguruskan 3 bidang utama di dalam pengurusan sekolah iaitu, bidang akademik, bidang hal ehwal pelajar, terutamanya disiplin dan bidang kokurikulum.  Tanpa ketiga-tiga pengalaman ini , sudah tentu akan menimbulkan masalah besar kepada sesaorang pengetua di dalam menguruskan sekolah. Inilah aspek yang paling kerap akan dihadapi dan perlu diselesaikan di sesebuah sekolah. Pengalaman di dalam bidang pengurusan disiplin juga adalah bonus utama bagi sesaorang pengetua. Ini kerana isu disiplin, kaitannya dengan ibubapa dan masyarakat adalah isu yang paling kerap timbul di sekolah dan perlu penyelesaian yang berhati-hati dan teliti.

Dalam hal ini, samalah seperti seorang pengadil di tengah padang. Kemampuan memahami undang-undang sahaja belum melayakkan sesaorang untuk menjadi pengadil yang hebat. tetapi, kemampuannya mengaplikasikan ilmu berkaitan undang-undang di dalam padang dan kawalan pemain adalah perkara utama dalam menentukan kejayaan sesebuah pertandingan atau perlawanan tersebut. Justeru itu, kelayakan dari segi ilmu atau sijil sahaja belum tentu membolehkan sesaorang itu menjadi seorang pengetua atau pentadbir yang baik. Apalagi jika  jawatan ini diperolehi hanya kerana kroni atau diminta-minta.

(b) Physical Fittness atau Keecergasan Fizikal. 

Kecergasan fizikal adalah antara faktor yang paling bagi sesaorang pentadbir.  Pentadbir yang cemerlang atau bercita-cita menjadi seorang yang cemerlang mestilah mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Kecergasan ini juga perlu meliputi ;

1. Kecergasan fizikal
2. Kecergasan minda
3. Kecergasan emosi

1. Kecergasan fizikal

Seperti seorang pengadil bertaraf tinggi di tengah padang yang perlu berlari sekitar 12 Kilometer di dalam sesuatu perlawanan, seorang pengetua juga perlu mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi untuk membolehkannya bergerak, meronda dan memantau ke seluruh kawasan sekolah serta terlibat sama di dalam pelbagai aktiviti yang banyak sama ada di dalam sekolah atau di luar sekolah yang berkaitan dengan program  komuniti .

Justeru itu, seorang pentadbir mestilah sentiasa sihat dan sentiasa cergas di dalam pergerakannya. Kecergasan pentadbir juga akan memberi motivasi serta cabaran kepada guru -guru, staf serta para pelajar untuk sentiasa cergas dan tidak bersifat malas. pentadbir mesti mempunyai jadual aktiviti fizikalnya atau setidak-tidaknya melibatkan diri di dalam aktiviti -aktiviti permainanan di sekolah bersama pelajar.

Kecergasan tubuh badan juga perlu untuk memastikan pengetua atau pentadbir mampu selalu berada di sekolah dan tidak sentiasa diganggu oleh sakit yang menyebabkan terpaksa mengambil cuti. Salah satu ciri atau syarat bagi sesebuah sekolah cemerlang adalah pengetuanya mestilah sentiasa 'boleh lihat' di sekolah.

2. Kecergasan minda

'Minda yang sihat  datangnya daripada tubuh badan yang sihat'.  Bagi seorang pentadbir atau pengetua,  perkara yang paling penting ialah kebolehan mengawal emosi serta kemampuan menyelesaikan masalah dengan segera.

Sebagai pengetua atau pentadbir, kita akan sering berhadapan dengan pelbagai masalah dan tekanan daripada pelbagai pihak. Kita juga dituntut untuk menyelesaikan semua masalah yang berkaitan dengan sekolah, pelajar, guru , ibubapa dan komuniti , dalam masa yang sesingkat mungkin.

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang baru sahaja dilantik menjadi seorang pengetua. Rakan ini bertanyakan , apakah nasihat yang boleh saya berikan untuk beliau sebagai pengetua. Saya  beritahu beliau, "kebolehan menyelesaikan masalah!"

Saya maklumkan, setiap orang yang masuk ke pejabat pengetua akan membawa masalah yang perlu diselesaikan oleh si pengetua. Mereka juga ingin agar masalah itu diselesaikan segera. Seboleh-bolehnya pada masa itu juga!. Jarang orang akan membawa berita atau hal yang mengembirakan kita. Semuanya membawa masalah yang perlu kita selesaikan.

Samalah seperti seorang pengadil bolasepak. Seorang pengadil mesti pantas membuat keputusan yang tepat , bijak dan tidak semata-mata mengikut emosi. Pengadil tidak boleh menangguhkan keputusan sehingga ke satu masa sepertimana yang dilakukan oleh seorang hakim mahkamah. Oleh itu, seorang pengadil atau pentadbir mestilah mempunyai minda yang segar, pantas dan cepat membuat keputusan. Kemahiran inilah yang perlu dan patut ada kepada seorang pentadbir .

















Wednesday, April 1, 2015

ZON NILAM DAN SUDAT BACAAN SEKOLAH & KOMUNITI SMKTTJ 2015

                                                                                                                      
Satu lagi landmark bagi SMKTTJ dalam menyambut kehadiran tahun 2015. ZON NILAM & SUDAT BACAAN SEKOLAH & KOMUNITI SMKTTJ  telah selamat dirasmikan untuk kegunaan awam pada majlis Mesyuarat Agong PIBG kali ke 14 yang diadakan pada 14 Mac 2015 yang lalu..

Tapak asal bagi zon nilam ini adalah sebuah taman bunga yang telah beberapa kjali diubahsuai dan disusun semula bunga-bungaannya. Namun saya beranggapan keadaannya tidak mencapai tahap yang diidam-idamkan dan kurang memberikan impak kepada pelajar dan warga sekolah, maka kita ambil keputusan untuk menjadikannya lokasi bagi sudut bacaan dan nilam . Ia juga berpunca daripada faktor kekurangan lokasi untuk pelajar berehat dan bersantai . Ia juga memfokuskan kepada kemudahan santai sambil menimba ilmu buat ibubapa dan komuniti yang bertandang ke sekolah.

Kerja-kerja mengubahsuai kawasan ini bermula pada awal bulan Disember 2014 yang lalu. Sebelum ini , inisiatif mendapat suntikan semangat yang kuat dangan penerimaan jubin lantai sumbangan KIMGRASS CERAMIC yang menyumbang jubin sebanyak 15 000 kaki persegi.

Ia juga terlaksana hasil inisiatif  pihak PIBG khususnya Dato Mohd Nordin  , YDP PIBG yang menyokong dan melaksanakan program ini.

Hasil perbincangann dengan beberapa unit , akhirnya kawasan ini telah dijadikan sebagai Zon Nilam, Sudut Bacaan Sekolah dan Komuniti serta Sudut Utama PPPM di peringkat sekolah..

Bagi menambah keceriaan dan keselesaan sudut ini, kami telah meletakkan 6 kerusi dan meja sumbangan Cosmopoint Seremban, Televisyen 40 inci sumbangan penjaga, 6 unit kipas dinding, Wifi Unifi, buku-buku bacaan ilmiah dan fiksyen , air yasin, 2 meja teh dan maklumat-maklumat berkaitan dengan PPPM.

Apa yang menjadi harapan sekolah ialah, sudut ini akan digunakan oleh semua warga sekolah dan komuniti dengan baik . Konsep berilmu secara santai dan selesa ini diharapkan akan meningkatkan minat terhadap budaya ilmu dan meningkatkan perasaan kasih kepada sekolah.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan sudut ini. PIBG, Sarana, PSS, Kelab Guru dan Staf serta penyumbang-penyumbang  yang budiman. Semoga SMKTTJ terus cemerlang dan menjadi peneraju kepada tradisi kecemerlangan.






Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Milik Komuniti SMKTTJ kali pertama ,13 Mac 2015



Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Milik Komuniti SMKTTJ telah mengadakan mesyuaratnya buat kali kedua  pada tahun ini pada 13 Mac 2015 yang lalu bagi membincangkan  program Minggu Pencegahan dan Pendidikan Dadah peringkat sekolah dan Perlancaran program PPDa Peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 24 April 2015 nanti.

Mesyuarat pada hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, turut menjemput wakil-wakil agensi awam dan jabatan kerajaan turut bekerjasama di dalam  menjayakan program ini.







Jawatankuasa sekolah Milik Komuniti SMKTTJ yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Ghazali Wahid, ADUN Paroi sebelum ini juga telah bekerjasama dengan PIBG dan SMKTTJ untuk menjayakan satu lagi program besar iaitu Program Larian Amal SMKTTJ yang akan diadakan pada 12 April 2015 ini yang  bertempat di KIP MART , Senawang.

Mesyuarat pada hari ini telah dihadiri oleh JPNS, PPD Seremban, Majlis Belia Negeri Sembilan, Kemas, Penjara, Polis Senawang, PIBG, Azzahara Akademi Konsultansi, Sarana , Jabatan perpaduan, Biro Tatanegara dan pihak sekolah sendiri.

Aktiviti yang dirancang pada Minggu PPDa selama 1 minggu ini mengadungi aktiviti yang pelbagai seperti:

1. Pertandingan melukis poster
2. Pertandingan esei
3. Pertandingan sudut PPDa terbaik
4. Pameran oleh agensi kerajaan dan swasta
5. Pertandingan Puisi

Majlis penutupan program pula akan diadakan pada sebelah malam pada 24 April ini dengan pengisian seperti:

a) Solat maghrib berjemaah
b) Persembahan Taranum
c) Perkongsian Pengalaman Banduan tali gantung
d) Qasidah dan Madeh
e) Forum PPDa

Majlis ini terbuka kepada semua warga sekolah dan penduduk sekitar dan diadakan pada waktu malam.

Bagi majlis ini , pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa agensi awam yang telah menyatakan persetujuan untuk menaja program ini. Diharapkan program ini akan menjadi suatu menifestasi terbaik bagi menjelaskan konsep 'Sekolah Milik Komuniti" dan Sarana ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...