Menyampaikan ceramah tentang pengurusan organisasi kepada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint, Seremban . Ia juga adalah sebagai memenuhi undangan 'boss' kolej , Encik Mohad. Hafis Shukor. Terjumpalah pula bekas anak murid saya di SMKTTJ, Norhaziqah yang telah menjadi Setiausaha majlis Perwakilan Pelajar di situ. Saya pun tumpang bangga . Ada juga anak murid saya yang menjadi orang hebat dan dapat menyumbang sesuatu kepada organisasi yang diwakilinya. Kepimpinan beliau sebenarnya memang telah terserlah semasa di sekolah lagi. Cuma mungkin disebabkan pelajar yang terlalu ramai, sukarlah juga untuk bersaing!. Namun , apabila berada di kolej dengan bilangan pelajar yang tidak begitu ramai, maka, kepimpinan beliau terserlah. Seingat saya di sekolah dahulu , beliau merupakan ketua tingkatan, ketua platon KRS dan pelbagai lagi bidang dan acara yang diceburinya. Alhamdulillah , bakat dan ilmu itu dapat digunakan semasa belajar di kolej ini.
Berbalik kepada ceramah saya ini, saya mengambil pendekatan mengurus organiasasi sebagai menjadi seorang pengadil bolasepak di dalam padang.
SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Friday, February 27, 2015
JAMUAN AKHIR TAHUN SMKTTJ DI PALMA HOTEL, SEREMBAN- 1 NOVEMBER 2014
Sekitar Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf SMKTTJ 2014 DI Palma
Hotel , Seremban pada 1 Nov 2014. Suasana yang meriah dan gembira.
Masing2 terhibur dengan persembahan dan cabutan bertuah yang banyak.
Turut diserikan dengan kehadiran ibubapa Sarana yang ramai. Persembahan
karaoke oleh guru, staf dan ibu2 Sarana yang hebat. Dengan tema colour
block , suasana amat ceria dan hebat.
Seperti biasa, sebagai sebuah sekolah yang menjadi model perlaksanaan Sarana di peringkat Kebangsaan, majlis Jamuan Akhir Tahun ini juga sentiasa melibatkan sama ibubapa dan komuniti sekolah ini. Seramai lebih daripada 10 orang ibubapa yang turut hadir sama meraikan acara tahunan ini. Melalui acara sebegini, secara tidak langsung, akan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan komuniti, khususnya para ibubapa. Melalui hubungan sebegini juga akan memudahkan kefahaman masyarakat luar khususnya ibubapa akan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan oleh para guru demi memastikan kejayaan anak-anak mereka.
Acara meriah ini tamat sekitar jam 11 malam.

PROGRAM JALINAN KASIH PPKI SMKTTJ 2014- PORT DICKSON
Program Jalinana Kasih PPKI ini adalah merupakan acara tahunan dan kemuncak kepada segala aktiviti yang dirancang oleh unit Pendidikan Khas SMKTTJ .
Program yang dijalankan di sebuah resort di Port Dickson ini melibatkan ibubapa, guru dan para pelajar. Mereka semua di tempatkan di resort ini
sejak daripada hari sabtu dan ahad.
Perasmian program yang dijalankan pada malam hai Sabtu disempurnakan oleh YDP PIBG, Dato Muhamad Nordin. Saya hanya sempat sampai di resort berkenaan selepas jam 11 malam terus daripada Pekan, Pahang kerana menghadiri Forum Sarana, anjuran PPD Pekan., Pahang.
Pelbagai acara diaturkan terutamanya yang melibatkan ibubapa mereka dan para guru. Untuk tambah menceriakan lagi majlis, Saudara Eby Yus telah sudi untuk bersama-sama para pelajar dan mengendalikan juga acara telematch . Ternyata kehadiran beliau menambahkan kekuatan semangat kepada para pelajar ini.
Beliau juga begitu sporting dan tidak kekok untuk bersama-sama dengan para pelajar ini.

Selamat Bersara Puan Jamaliah Rahmat , Pembantu Tadbir N22, 18 Oktober 2014
Kata orang, " Bersara Itu Benar!"
Pada hari ini 18 Oktober 2014, sampailah masanya buat Pembantu Tadbir, Puan Jamaliah Rahmat meninggalkan dunia perkhidmatan awam dan menjadi orang biasa setelah berkhidmat lebih daripada 35 tahun.
Puan Jamaliah Rahmat ini tidaklah begitu rapat dengan saya . Perwatakannya yang pendiam dan jarang berurusan dengan saya ( menjaga bahagian perkhidmatan), membuatkan kami jarang berbual dan berseloroh. Cuma apabila beliau pencen dan diraikan inilah masanya , kami dapat duduk bersama dan berseloroh sedikit. Namun beliau seperti biasa tetap dengan sikapnya yang sukar ketawa dan sukar untuk bergurau!
Apapun, saya dan seluruh warga SMKTTJ mengucapkan selamat bersara kepada beliau semoga sentiasa sihat dan diberkati usianya dan berbahagian di samping keluarga.
Lawatan Benchmark Sarana UNESCO dan BHUTAN MINISTRY OF EDUCATION ke SMKTTJ.; pada hari ini, 30 Sept 2014, jam 2.30 petang.
Semua urusan lawatan dan persiapan diuruskan oleh ibu2 Sarana yang hebat ini. Taklimat Sarana telah dijalankan oleh Pn. Hjh. Siti Amrah Maulud, pengerusi Sarana Smkttj.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat perlaksanaan Sarana di SMKTTJ dan kejayaan yang dicapai. Perkongsian pèngalaman secara terus bersama ibu2 Sarana ini.

Tahniah!..Ini adalah lawatan pihak luar negara yang kedua datang ke SMKTTJ selepas Indonesia , Julai 2014 yang lalu.
Kehadiran romnbongan ini memanglah sesuatu yang amat dibanggakan. Sebagai warga SMKTTJ, pemilihan sekolah sebagai salah satu destinasi lawatan rombongan ini ke Malaysia, menunjukkan kecemerlangan yang ada di sekolah ini dan keistimewaan yang ingin dipelajari dan dikongsikan oleh dunia luar.
Ternyata, setiap ahli rombongan amat teruja dengan apa yang mereka lihat, terutamanya penglibatan ibubapa secara sepenuhnya mengendalikan majlis dan menguruskan sessi lawatan ini daripada awal hingga akhir. Ternyata situasi begini amat jarang dapat dilihat di tempat mereka dan keindahan bilik darjah dengan dekorasi indah dan bahan-bahan pembelajaran yang pelbagai hasil kreativiti dan inovasi para guru, ibubapa dan anak-anak pelajar.
Kami berharap agar ada sesuatu yang bernilai dan berharga yang dapat dipelajari oleh setiap ahli rombongan ini yang bakal mereka laksanakan sekembalinya mereka ke tabnahair mereka.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendididkan Malaysia, khususnya Dr. Hayati Ismail daripada PADU yang memberikan peluang untuk kami berkongsi idea dan pengalaman indah di SMKTTJ ini bersama warga Kementerian pendidikan Bhutan dan pihak UNESCO juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)