Alhamdulillah... Majlis Graduasi 2014 SMKTTJ telah selamat disempurnakan pada hari di dalam suasana yang paling hebat dan penuh tertib!
Seperti yang dinyatakan oleh VVIP kita iaitu Prof. Datuk Dr Asin Bin Dollah, TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, "Sekolah telah berjaya menganjurkan Majlis Graduasi yang cemerlang dan penuh tertib sepertimana majlis Graduasi di IPTA".
Tahniah dan sekalung penghargaan dan syabas! kepada penyelaras program iaitu Puan Faridah jaafar dan Jawatankuasa Hari Graduasi SMKTTJ kali ke 3 2014, yang telah mencipta sejarah sebagai penganjuran majlis yang paling sempurna daripada edisi-edisi sebelum ini.
Majlis telah berjalan dengan penuh disiplin, teratur dan lengkap dan sempurna. Inilah kualiti dan benchmark yang perlu dijadikan KPI bagi semua acara yang dianjurkan oleh sekolah.
Majlis Graduasi kali ke 3 2014 ini telah diadakan di Allson Klana Resort, Seremban. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang telah disempurnakan perasmiannya oleh Prof. Datuk Dr. Asin Bin Dollah, TNC hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
Turut hadir pada majlis yang gilang gemilang ini ialah Ketua sektor Akademik JPNS, iaitu Puan Radziah, Wakil PPD Seremban, Puan Noraishah, YDP PIBG , Dato Nordin Mohamad, Penasihat Sarana SMKTTJ Datin Hajah khalijah Abd. Hamid, Pengerusi Sarana, Puan Hajah Siti Amrah binti Maulud, Ajk Sarana dan PIBG serta wakil -wakil daripada MSU dan Cosmopint Seremban.
Tradisi Graduasi yang telah berjalan untuk tahun yang ke 3 telah menunjukkan tahap kesempurnaan yang tinggi. Perjalanan Graduasi dan pengurusan pada tahun ini amat baik dan sempurna. Sekalung tahniah kepada jawatankuasa graduasi yang diketuai oleh Ketua Bidang Bahasa, Puan Faridah Jaafar dan rakan-rakan yang telah menunjukkan kualiti pengurusan yang hebat.