SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, May 28, 2014

Internet..oh..Internet

Tahap internet Malaysia ,124 dunia,Vietnam pun 18.4Mbps.

Internet macam siput.Menurut kajian yang dilakukan Ookla,Malaysia berada dikedudukan 124 di dunia.Tahap jalur lebar Malaysia pada tahap 5.63 Mbps.

Dalam laporan itu,Malaysia diatasi Veitnam dan Kemboja. Negara Vietnam  kelajuan pindah turun 18.4 Mbps.Sementara itu Kemboja ,5.8Mbps.

Malaysia 12 kali lebih teruk berbanding Singapura 68.71Mbps dan Hong Kong 80.46Mbps.
Negara kita jauh ketinggalan dengan negara Madagascar yang memounyai kelajuan purata pindah turun 13Mbps




Terbaca maklumat ini di dalam internet. Tidak pasti ia benar-benar- betul atau salah.  Sebab memang banyak maklumat di internet ini yang betul dan tidak begitu betul . Kadang-kadang ia memerlukan penelitian yang lebih untuk memastikan kebenarannya.

Namun, walau bagaimanapun, realiti yang berlaku , mungkin benar.

Di Malaysia ini memang banyak pembekal internet. Pelbagai nama dan pelbagai tawaran hebat yang diberikan melalui iklan atau promosi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat ini. Kebanyakannya menumpukan kepada betapa lajunya capaian internet yang dibekalkan.

Namun sebagai rakyat negara ini yang telah begitu lama didedahkan dengan Telekom Malaysia, pilihan produk TM ini tetap menjadi keutamaan. Mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan dan ia memang dahulunya merupakan syarikat "kerajaan'.

Bermula dengan streamyx, UNIFI dan ada pula streamyx extra dan pelbagai lagi. Daripada kelajuan sekitar  1mb , ia bertambah-tambah laju sehingga 5mbps, 10mbps, dan sehingga 20mbps... Mungkin ada lagi yang lebih laju , yang mungkin saya tidak pasti lagi...

Pada masa UNIFI dilancarkan, kita semua war-war  dengan  tahap jalur lebar 5. Khabarnya ia amat laju. Mudah untuk 'download' bahan atau video tanpa sangkut-sangkut. Maka ramailah yang bertukar ke UNIFI untuk merasai kelajuan itu. Antaranya , termasuklah saya. Itupun setelah seringkali didesak oleh anak-anak..

Namun , selang beberapa lama melanggan perkhidmatan UNIFI ini, ia dirasakan semakin perlahan dan semakin sukar..Segala cerita yang dikhabarkan dahulu, tidak seperti apa yang diterima sekarang ini.

Saya teringatlah semasa saya berkunjung ke Korea Selatan pada tahun 2011 dahulu dalam rangka lawatan melihat sistem pendidikan di Korea terutamanya yang menggunakan internet sebagai media nya. Ternyata sesuatu yang  memeranjatkan!..

Kelajuan internet di sekolah-sekolah di Korea Selatan ialah 100mbps!. Di rumah pula dikhabarkan sehingga 150mbps...

Namun apabila terbaca artikel di atas ini , bila mana Malaysia tertinggal di bawah negara-negara yang ternyata lebih mundur dan kurang maju berbanding Malaysia, saya pun tertanya-tanya ..Mengapa?

Tidak hairanlah, apabila sistem kemasukan markah secara online di dalam PBS tempohari , menjadi rungutan dan kekacauan paling hebat bagi para guru. Bukan setakat internetnya perlahan, malah 'jammed' .. Sangat sedih apabila terbaca di dalam facebook guru -guru sekolah saya yang memaklumkan 'cubaan' untuk memasuki sistem:

'jam 10 malam...cuba masuk..tak boleh jugak...

jam 3 pagi sekarang...cuba masuk lagi...bilalah boleh masuk ni...cuba lagi  subuh nanti

jam 5.30 pagi...masih tak boleh masuk...Tolonglah.....





Thursday, May 22, 2014

SAMBUTAN HARI GURU SMKTTJ 2014

16 Mei  pada  setiap tahun adalah antara tarikh yang dinanti-natikan oleh para guru dan para pelajar seluruh sekolah di Malaysia.

Bagi para guru , 16 Mei adalah Hari Guru yang telah dimasukkan di dalam kalender sekolah dan kementerian sebagai hari sambutan dan perayaan yang dibenarkan untuk diraikan oleh seluruh warga sekolah. Walaupun secara tegasnya , tiada sebarang arahan untuk diadakan sebarang majlis khusus selain pembacaan ikrar, membaca utusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan atau Menteri Pendidikan Malaysia. Aktiviti selanjutnya , terserah kepada sekolah untuk  mengurusakan dan memikirkannya.


Namun Perayaan Hari Guru 2014 bagi SMKTTJ pada tahun ini, ia adalah sesuatu yang amat istimewa. Ia juga mencatat satu sejarah baru di dalam pengertian sambutan hari guru selama ini.

Hari Guru SMKTTJ 2014, telah diuruskan dan dikendalikan secara sepenuhnya oleh para pelajar, ibubapa dan komuniti di samping sedikit peranan yang dimainkan oleh kelab guru!

Sambutan pada tahun ini, benar-benar membawa konsep hari guru  adalah hari di mana para guru diraikan oleh para ibubapa, pelajar , staf dan komuniti. Ia secara terus telah mengubah senario dan konsep sambutan hari guru selama ini, yang mana ia diraikan dan disambut sendiri oleh para guru. Segala-galanya dilakukan oleh guru. Pendek kata, guru syok sendiri!

Dengan aktiviti dan perjalanan sambutan ini diambilalih oleh pihak-pihak tadi, para guru adalah menjadi tetamu istimewa yang diraikan dan diutamakan. Semuanya diatur dan diuruskan oleh para ibubapa, pelajar dan staf serta komuniti.

Bermula dengan membuat persiapan memnyediakan makanan, tempat jamuan, menentukan menu dan tempahan makanan, menyediakan hadiah dan cenderahati, menguruskan permainan, menjadi pengacara ,dan menghiburkan para guru dijamuan makan dengan dendangan lagu juga, diuruskan oleh mereka. Gabungan tenaga mereka di dalam mengendalikan majlis  ini, merupakan sesuatu yang mengkagumkan, walaupun ini merupakan penglibatan mereka buat kali pertama.

Persembahan pelajar pada waktu pagi , melalui nyanyian dan gimik sambutan serta sketsa yang diadakan, amat -amat menarik perhatian. Ia secara tidak langsung memaparkan kreativiti dan kesungguhan para pelajar untuk menghiburkan para guru di samping menghargai jasa dan sumbangan guru.

Gimik sambutan hari guru pada tahun ini juga amat kreatif dan mengujakan. Begitulah para pelajar! Jika mereka ini dapat dididik menggunakan kemahiran dan kreativiti mereka , hasilnya tentu mengkagumkan!

Sessi permainan juga memperlihatkan suatu pembaharuan pada tahun ini , apabila pertandingan bolasepak dan bola jaring dipertandingkan antara guru, gelajar dan penjaga. Penyertaan dan kesanggupan para ibubapa dan beberapa ahli komuniti bersama memeriahkan acara permainan ini, mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan yang sedia terjalin antara mereka. Selain menghiburkan, menjadi  medan untuk menonjolkan bakat para guru , ibubapa serta komuniti.

Pada tengaharinya , para guru diraikan dengan jamuan makan oleh PIBG. Keseluruhan majlis dikendalikan oleh ibubapa yang hadir. Merekalah yang menempah makanan, menjadi pengacara, pembaca doa dan seterusnya menghiburkan para guru dengan dendangan lagu secara karaoke..

Persembahan diselang-selikan dengan cabutan bertuah yang diilham dan diusahakan oleh para ibubapa ini.

Tersentuh hati melihatkan komitmen dan sumbangan mereka di dalam memastikan majli sambutan ini berjalan dengan baik dan kepuasan kepada para guru pada hari istimewa mereka ini. Walhal ia tidaklah menjadi tanggungjawab dan tugas para  ibubapa ini untuk meraikan guru-guru . Kesanggupan dan komitmen mereka bukan setakat menguruskan majlis namun meninggalkan rumah dengan tanggungjawab terhadap anak-anak dan suami dan hadir ke sekolah untuk meraikan para guru!



Saya yakin, ia datang daripada hati mereka yang sangat ikhlas semata-mata untuk membantu sekolah dan meraikan para guru sebagai tanda terima kasih mereka terhadap jasa guru yang telah mendidik anak-anak mereka. Kesabaran mereka melayan kerenah guru-guru amat dihargai dan boleh diberikan kepujiaan!



Sesungguhnya, majlis sambutan pada hari ini telah mencipta sejarah! Sejarah kerjasama dan komitmen ibubapa, pelajar , staf dan komuniti di dalam menjayakan program sekolah dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada para guru..


Tahniah dan syabas!




LAWATAN BENCHMARKING IAB, 21 MEI 2014 KE PROGRAM SARANA SMKTTJ.

 Sekitar lawatan rombongan IAB dalam program Benchmarking Sarana di SMKTTJ semalam, 21 Mei 2014.



Anggota rombongan terdiri daripada 38 orang pengetua yang merupakan peserta kursus program di IAB, Nilai dan 4 orang pensyarah.
Kehadiran mereka pada jam 9.30 pagi disambut oleh pentadbir dan ibubapa Sarana PIBG . Mereka berada di kawasan sekolah sehingga jam 4.30 petang.
 Aturcara lawatan mereka dimulai dengan sessi bergambar dan taklimat oleh Tuan Pengetua. Seterusnya, sessi lawatan ke kelas dan persekitaran sekolah
Sebelum berehat untuk makan tengahari dan solat zohor bersama-sama para pelajar dan warga sekolah.
 Sessi dialog bersama pengetua dan para ibubapa bermula pada jam 2 .00 petang sehingga hampir jam 3.30 petang. Pertanyaan banyak tertumpu kepada usaha sekolah di dalam menarik penglibatan ibubapa dan komuniti, swasta dan NGO di dalam menyertai program sekolah. pertanyaan tentang apa yang mendorong ibubapa tertarik untuk melibatkan diri dengan aktiviti sekolah secara sukarela dan sama-sama menjayakan Sarana banyak ditujukan terus kepada ibubapa yang hadir
Alhamdulillah, rasanya semua ahli rombongan telah berpuashati dan berjaya mencapai objektif lawatan terutamanya di dalam kajian mengenai perhubungan luar sekolah.


Seperkara yang menarik di dalam lawatan ini ialah komitmen yang ditunjukkan oleh para ibubapa di dalam menjayakan program ini. Di samping beberapa guru dan pentadbir sekolah, ibubapa melakukan hampir semua tugasan dengan cemerlang. komitmen dan kesungguhan mereka membantu sejak jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang amat-amat mengkagumkan. Tahniah dan syabas!.
Penglibatan ibubapa di dalam  menjayakan program-program lawatan Benchmarking di sekolah ini sudah sampai ke tahap yang amat membanggakan.

Kini dengan bilangan kehadiran lawatan ke sekolah ini yang semakjn hari semakin banyak, komitmen ibubapa ini sangat-sangat diperlukan. tambahan lagi kebanyakan lawatan kini diadakan pada hari persekolahan dan hari cuti. Ketika guru-guru sibuk  mengajar di dalam kelas pada hari-hari persekolahan dan sibuk pula bercuti ketika musim cuti, ibubapa inilah yang menguruskan segala urusan berkaitan lawatan.
 Bermula dengan acara sambutan , menjadi penyambut tetamu, menjadi pengacara, pembaca doa, memesan makanan, menguruskan bilik mesyuarat untuk taklimat, menyusun bahan-bahan dokumentasi, menghidang makanan, mengemaskan meja selepas jamuan , menguruskan cenderahati, mengambil gambar dan segalanya diuruskan oleh mereka.
 Semakin hari, beban tugas yang dahulunya digalas oleh guru-guru kini diambilalih oleh ibubapa. Mereka juga sudah setanding guru-guru di dalam menguruskan lawatan ini.

 Dengan pengalaman menguruskan lawatan sejak hujung tahun 2013 yang lalu, mereka semakin mahir dan tidak lagi kekok di dalam mengendalikan apa jua majlis.




Inilah manfaat Sarana sepertimana yang menjadi slogan Sarana di sekolah ini iaitu, SARANA MEMBUKA RUANG MENCIPTA PELUANG..






Sunday, May 18, 2014

AUGERAH PIBG CEMERLANG KEBANGSAAN-KEGEMBIRAAN DIKONGSI BERSAMA...

KEGEMBIRAAN sebilangan ibubapa dan guru yang menyaksikan sendiri SMKTTJ dianugerahkan sebagai Johan PIBG Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor  dikongsikan bersama seluruh warga sekolah di Dataran Cendiakawan  SMKTTJ pada 21 April 2014 yang lalu.
Pada hari ini, Piala Kejuaraan  dan hadiah iringan yang dimenangi oleh SMKTTJ dipamerkan ke hadapan seluruh warga sekolah dan ibubapa untuk dikongsikan kegembiraan menjadi juara hasil kerjasama semua pihak dan seluruh warga sekolah.

Pada pagi ini juga seluruh jawatakuasa Sarana dan jawatankuasa persiapan Penilaian PIBG Cemerlang Sekolah hadir.

Acara pada hari tersebut bermula dengan ucapan YDP PIBG, tang Berbahagia Dato Mohd. Nordin Mohammad yang mengimbas kembali detik kejayaan kita dan kerjasama yang telah  membawa kepada kejayaan tersebut.

Acara diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan seluruh warga sekolah khususnya jawatankuasa Sarana dan persiapan Penilaian PIBG Cemerlang. Segala usaha dan penat lelah serta pengorbanan terbayar dengan pencapaian yang amat menakjubkan ini.!

Seterusnya, Piala Kemenangan dan hadiah Iringan berupa cek bernilai RM3000.00 di bawa ke pentas dan dipamerkan kepada semua warga sekolah. Kegembiraan jelas terpapar pada wajah semua warga sekolah.
kegembiraan dikongsi bersama seluruh ibubapa yang hadir dan turut dijemput naik ke pentas untuk bergambar.

Kenangan indah dan hebat ini turut dirakamkan oleh krew Utusan Malaysia yang hadir untuk membuat liputan.

Pelbagai aksi dan paparan kegembiraan dapat dilihat daripada kumpulan-kumpulan setiap warga sekolah dan ibubapa yang bergilir-gilir bergambar dengan piala kemenangan.  Daripada kumpulan guru-guru sehinggalah ibubapa yang bergambar gembira bersama anak-anak mereka pada hari itu.

Sesungguhnya kejayaan SMKTTJ ini amat manis dan amat hebat!

Fakta membuktikan:


1. Penyertaan di dalam pertandingan ini adalah KALI PERTAMA  sejak sekolah dibuka.

2. SMKTTJ/ PIBG memenangi kejuaraan peringkat daerah, negeri  dan kebangsaan buat pertama kali dalam sejarah.

3. Pencapaian ini adalah satu sejarah bagi JPNS kerana ia merupakan pencapaian tertinggi sekolah di negeri sembilan.

4. Penyertaan ke dalam pertandingan ini hanya diputuskan pada saat akhir iaitu 2 minggu sebelum pertandingan daerah Seremban berlangsung.

5. SMKTTJ merupakan satu-satunya sekolah yang memenuhi tema pertandingan tahun ini iaitu berkaitan dengan Sarana  iaitu Elemen 9 di dalam PPPM.

6. Penglibatan ibubapa di dalam sessi pembentangan bersama sebahagian guru  merupakan fenomena baru di dalam hubungan dan kerjasama antara sekolah dan ibubapa, komuniti dan swasta.

7. SMKTTJ menampilkan seluruh element di dalam Elemen 9 , PPPM iaitu melibatkan kersama ibubapa, komuniti, swasta , NGO, Agensi awam  di dalam penilaian di peringkat kebangsaan.


Sesungguhnya kejayaan ini sepatutnya dijadikan pembakar semangat untuk seluruh warga sekolah meningkatkan kecemerlangan di dalam pelbagai bidang.

Sesuai dengan slogan kecemerlangan sekolah pada tahun ini iaitu, CIPTA KEJAYAAN.

Melalui slogan ini setiap warga dan seluruh rakan SMKTTJ diajak untuk sama-sama mencipta kejayaan di dalam setiap bidang.

Kejayaan PIBG Cemerlang ini merupakan satu permulaan dan menifestasi daripada hasrat tersebut.. Satu kejayaan telah dicipta! Kita mahukan kejayaan di dalam setiap bidang dan cipta kejayaan sebanyak mungkin...Kejayaan yang hebat!

Buat ibubapa yang sama-sama memberikan komitmen sehingga mencapai kejayaan ini , terima kasih yang mampu saya ucapkan dan semoga tuan/ puan diberikan keberkatan dan kekuatan untuk terus bersama dengan sekolah untuk kita terus mencipta kejayaan. Anda Memang Hebat!

Kita telah sama -sama bekorban, mencurah tenaga , idea, masa dan perit jerih serta cabaran serta melalui pelbagai tanggapan negatif sebahagian daripada kita dan komuniti yang memberikan kita keyakinan berjaya yang amat sedikit dan tipis. Namun dengan keyakinan yang sedikit dan tipis itulah kita gabungkan dengan kesungguhan dan komitmen serta cita-cita tinggi untuk menjulang nama sekolah . Akhirnya, kita buktikan bahawa kita mampu berjaya!

InsyaAllah, kita ada perancangan lain untuk terus mencipta kejayaan. Kuatkanlah semangat semuanya dan kita tidak akan berhenti , MENCIPTA KEJAYAAN...


LAWATAN PENANDA ARAS SARANA PPD MARAN 7 MEI 2014 KE SMKTTJ




















TERIMA KASIH BALAI POLIS SENAWANG...SUMBANGAN KEK HARI GURU 2014..



TERIMA KASIH ...

Pagi jumaat 16 Mei 2014, hanyalah hari biasa di SMKTTJ. Walaupun Hari Guru disambut secara rasminya pada hari ini, namun bagi SMKTTJ ia hanyalah hari biasa sahaja. Ini kerana majlis sambutannya telah ditangguhkan ke hari Isnin 19 Mei 2014, memandangkan masa yang singkat bagi mengadakan sambutan dan perayaan .

 Ini kerana sambutan Hari Guru SMKTTJ 2014 pada tahun ini adalah sesuatu yang amat bermakna. Sambutan Hari Guru pada kali ini akan diraikan oleh ibubapa/ pibg / pelajar dan staf sekolah !

Namun , hari Jumaat 16 Mei 2014 tetap menjadi hari yang sangat bermakna dengan kehadiran beberapa anggota daripada Balai Polis Senawang yang secara mengejutkan menghadiahkan sepotong kek coklat yang sangat enak sempenan sambutan Hari Guru SKTTJ....
Hanya lafaz kesyukuran dan ucapan teerima kasih yang dapat diucapkan di atas keperihatinan seluruh warga Balai polis Senawang, khususnya Ketua Balai Polis Senawang, Tuan Cif Inspektor Jusman Ahmad . Tambah teruja lagi apabila warga Balai Polis Senawang menjadi ahli komuniti Sarana yang pertama mengucapkan Selamat Hari Guru dan menghantarkan hadiah yang istimewa ini.
"TERIMA KASIH TUAN DAN SELURUH WARGA BALAI POLIS SENAWANG"

Turut hadir pada pagi itu ialah Puan Azlin dan Puan Zurina yang merupakan AJK Sarana sekolah yang datang untuk membincangkan persiapan Sambutan Hari Guru SMKTTJ.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...