Sebagai salah satu daripada beberapa program ke arah peningkatan kecemerlangan Kelas KRK ialah Program Penguasaan Bahasa Inggeris Komnunikasi kepada semua pelajarnya.
Melalui ini diharapkan pelajar-pelajar KRK SMKTTJ akan mempunyai satu identiti baru iaitu 'Semua pelajar KRK boleh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan fasih.
Justeru itu satu inisiatif hebat telah diambil oleh ibubapa kelas 2UIA sendiri ( melalui program Sarana) iaitu dengan mengadakan kelas Bahasa Inggeris komunikasi pada setiap hari selasa, jam 2.30 hingga 3.30 petang.
Walaupun ia dibuka untuk para pelajar 2UIA, namun, para pelajar lain juga ditawarkan untuk menyertainya.
Program ini keseluruhannya adalah diuruskan dan dipantau oleh ibubapa pelajar sendiri di samping bantuan daripada guru kelas berkenaan. Tenaga pengajarnya juga adalah daripada ahli komuniti Taman Tuanku Jaafar.
Para pelajar dikenakan sedikit bayaran yang berpatutan sebagai yuran bagi kelas komunikasi ini. Rata-rata para pelajar yang ditemui amat berpuashati dan seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas ini.
kejayaan program ini juga adalah gambaran kehebatan dan keberkesanan program Sarana yang dijalankan di sekolah ini. Syabas! buat semua guru dan ibubapa yang terlibat...
SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Sunday, March 9, 2014
LAWATAN BENCHMARKING SK DANGI & SK SENALING KE SARANA SMKTTJ- 8 MAC 2014
SK Dang dan SK Senaling , Kuala Pilah menjadi sekolah rendah pertama di negeri ini yang datang berkunjung di dalam siri program Lawatan penandaArasan sekolah berkenaan.
Hampir seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, ibubapa dan AJK PIBG kedua-dua sekolah berkenaan telah hadir .
Kesampaian mereka pada kira-kira jam 9 pagi, telah disambut Tuan pengetua, YDP PIBG, guru dan beberapa orang ibubapa SMKTTJ.
Taklimat perjalanan Sarana SMKTTJ telah disampaiakan oleh Tuan pengetua sendiri. Di dalam sessi ini juga beberapa orang penjaga turut berkongsi pengalaman mereka yang terlibat secara terus di dalam perlaksanaan program ini.
Rombongan kedua-dua sekolah ini diketuai sendiri oleh YDP PIBG sekolah-sekolah berkenaan.
Majlis sambutan dimulakan dengan taklimat Sarana dan diikuti dengan sessi soaljawab bersama penjaga SMKTTJ dan diikuti kemudiannya dengan sessi lawatan ke kelas-kelas dan Bilik Operasi Sarana . Ternyata semua ahli rombongan berpuashati dengan aturcara dan penerangan serta lawatan yang diatur. Ternyata mereka amat teruja untuk mengetahui rahsia kejayaan SMKTTJ di dalam melaksananakan program tersebut dan memang berhasrat untuk menjayakannya sekembalinya mereka ke sekolah nanti.
Kesungguhan dan minat yang mendalam yang ditunjukkan oleh ahli rombongan terutamanya YDP PIBG dan AJK PIBG serta guru dan ibubapa kedua-dua sekolah ini, pasti akan menghasilkan sesuatu yang hebat nanti.
Menurut mereka melalui sessi penerangan dan lawatan ini, telah berjaya membuka minda mereka dan menjelaskan lagi kefahaman mereka terhadap program Sarana ini.
Bagi SMKTTJ , kami mendoakan kejayaan mereka untuk melaksanakan program ini, kerana ia benar-benar memberi manfaat kepada sekolah secara keseluruhannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)