SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, November 15, 2013

PUAN ZURINA & PUAN AZLIN - MERAIKAN ANAK-ANAK DALAM JAMUAN AKHIR TAHUN-1UIA-

 BERUNTUNG  sangatlah pelajar -pelajar kelas ini yaang mendapat layanan dan sikap keperihatinan yang tinggi daripada 2 orang ibu yang super rajin dan sangat komited ini.

Pada saat ibubapa lain , mungkin tidak sedar akan sessi persekolahan hampir tamat, 2 orang ibu ini , dengan kemurahan hati dan budi baiknya telah menyediakan makanan dan kek untuk meraikan anak-anak yang berada di dalam kelas ini.

Kedua-dua ibu ini adalah antara muka-muka di kalangan ibu bapa yang amat kerap hadir ke sekolah . Kehadiran mereka tanpa mengira waktu dan masa. Mereka akan sentiasa hadir di dalam setiap acara dan majlis yang diadakan di sekolah ini  dan juga akan hadir hampir setiap hari membantu menghias kelas anak-anak mereka di 1UIA dan membantu menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan anak-anak di dalam kelas ini.

Mereka berdua sudah menjadi seperti ibu  bagi anak-anak 1UIA ini tanpa mengira kaum.

Dengan kepakaran dan  ilmu yang ada pada diri mereka, mereka bukan setakat hadir menghias kelas dan menyediakan peralatan pembelajaran di dalam kelas berkenaan , namun mereka juga mampu memberikan khidmat nasihat dan motivasi kepada para pelajar ini.

Antara kebolehan yang ada pada diri Puan Zurina ialah untuk menjadi penceramah atau pembentang kertas kerja atau membuat pembentangan program. Dengan kemampuan ini  juga, beliau telah menjadi pembentang bagi penilaian PIBG Cemerlang paeringkat Negeri yang lalu. Selain itu, Puan Zurina juga seorang yang berbakat di dalam penulisan sajak/ puisi. Dengan bakat dan minat yang ditunjukkan ini, sudah tentulah ia akan menjadi aset poenting di dalam membantu para pelajar di dalam pembelajaran nanti

Pada hari ini juga (14 Nov 2013) , beliau dengan sukarelanya telah sanggup hadir ke SK Taman Tuanku Jaafar untuk membuka kaunter mengedarkan surat jemputan ke program anjuran Sarana SMKTTJ pada 23 Nov nanti. Beliau juga sempat menjawab pelbagai pertanyaan ibu bapa sekolah berkenaan yang hadir menerima keputusan anak mereka pada hari tersebut. Ternyata , beliau bukan sahaja sudah sebati dengan khidmat Sarana ini, malah sudah benar-benar menghayati dan memahami perjalanan sekolah.

Puan Azlin pula adalah bekas setiausaha syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam penyediaan kertas kerja dan projek. Sudah pasti kepakaran mereka ini amat berguna bagi membantu para pelajar terutamanya di dalam bidang penulisan.

Pihajk sekolah amat terhutang budi terhadap kedua-dua ibu ini yang amat komited di dalam membantu Sarana sekolah ini. Didoakan agar mereka dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah untuk terus menabur bakti di sekolah ini.


SMKTTJ amat bangga mendapat ibu-ibu yang hebat seperti mereka berdua ini....





INOVASI TERKINI SARANA SMKTTJ- TAG SARANA




 TERKINI daripada Sarana SMKTTJ adalah penggunaan tag pengenalan kepada semua partners Sarana SMKTTJ iaitu ibubapa, PIBG, komuniti , swasta dan Ngo

Penggunaan tag ini adalah untuk kemudahannsebagai pengenalan diri semua partners SMKTTJ di dalam setiap aktiviti yang diadakan dan juga sebagai pas masuk ke kawasan sekolah pada bila-bila masa.
GO.


Salah satu daripada implikasi perlaksanaan Sarana di dalam sistem pendidikan kita ialah pendidikan khususnya sekolah dan semua pihak yang terlibat perlulah bersikap terbuka.


Keterbukaan sekolah untuk menerima sokongan , pandangan , perkongsiaan idea dan membuat keputusan secara bersama dengan sekolah haruslah diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak  pengurusan sekolah. Ini kerana berlakunya perubahan dalam sistem pendidikan kita iaitu daripada sistem pendidikan yang berasaskan sekolah kepada sistem pendidikan yang berasaskan pembelajaran.

Kini , kuasa dan tanggungjawab untuk mencemerlangkan anak-anak, dan sekolah bukan lagi hanya terletak kepada sekolah, iaitu yang terdiri daripada 4 komponen utama iaitu Pengetua, Guru, PIBG dan pelajar. Kini, ia sudah menjadi tanggungjawab semua  pihak iaitu sama ada pengetua, guru, pelajar PIBG, swasta, komuniti dan swasta. Komuniti di sini bermaksud semua NGO, Agensi awam dan ahli masyarakat yang lain.

Semua pihak ini perlu bergabung dan mengembleng tenaga secxara bersama di dalam memajukan sisitem pendidikan kita. 

Ibu bapa bukan lagi hanya cukup sekadar menghantar anak-anak sehingga ke pintu pagar sekolah, malaah harus masuk ke dalam kawasan sekolah , hatta ke dalam kelas ( dengan izin sekolah) di atas dasar untuk membantu memudahkan tugas guru. Ibu bapa yang mempunyaai kepakaran boleh menggunakaan kepakaran nya untuk membantu P d P guru terutamanya ketika latihan amali atau memberikan tunjukajar  kepada pelajar. Ibubapa boleh berada di sekolah membantu memberikan bimbingan  kepada pelajar di dalam pelbagai bidang atau membantu mengawal keselamatan dan disiplin pelajar. Ibubapa juga boleh membantu menceriakan kawasan dan kelas anak -anak bagi merangsang pembelajaran mereka.

Justeru itu , bagi memastikan segala perkara ini berjaya terlaksana, keterbukaan sekolah terutamanya pengurusan sekolah, amat perlu. Guru-guru harus melihat ibubapa  sebagai sebahagian daripada rakan yang membantu memudahkan urusan para guru. Guru-guru harus melihat segala bantuaan dan kerjasama yang diberikan oleh paraibubapa inii, bukalah sebagai suatu gangguan, malah harus dilihat sebagai bantuan dan kemudahan bagi memastikan para guru mudah menjalankan tugas.
 
Semoga , Sarana SMKTTJ akan lebih meriah dan cemerlang!...InsyaAllah...

Pertemuan bersama dengan bekas pemain tengah hebat Singapura Sdr Ahmad Paijan, di padang SMKTTJ sempena lawatan dan perlawanan persahabatan antara Crest Secondary School, Singapore yang dilatih oleh abang beliau dengan SMKTTJ. Keputusan perlawanan dimenangi oleh SMK TTJ 3-1

Dalam Pertemuan ini kami sempat berbual dan bercerita tentang kisah-kisah lama semasa beliau sebagai seorang pemain yang mewakili skuad kebangsaan Singapura dan pasukan Terengganu dan saya pula sebagai pengadil Kebangsaan yang pernah mengadili perlawanan ketika beliau bermain.KTTJ dengan jaringan 3-1.
Seorang pemain yang cukup hebat yang sukar ditandingi dan seorang yang cukup lembut dan merendah diri di luar padang.
bersama pasukan beliau juga adalah guru-guru dari sekolah berkenaan dan pemain Lion X11.

Tuesday, November 5, 2013

SMKTTJ- Johan Anugerah PIBG Cemerlang NS 2013- Tahniah!

TAHNIAH & SYABAS!
PIBG  CEMERLANG  (Kategorui Bandar) tahun 2013 , Peringkat Negeri Sembilan  telah dimenangi oleh SMKTTJ )  .

Tidaklah menjadi sia-sia pengorbanan dan usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh para guru dan dibantu oleh para penjaga terutamanya para ibu yang bersama-sama terlibat di dalam persediaan menghadapi penilaian ini serta memberikan sokongan moral sejak daripada pertandingan peringkat daerah Seremban tempohari.
Walaupun pada awalnya , kita pernah mengambil keputusan untuk tidak menyertai pertandingan ini  disebabkan kekangan dan kesibukan pelbagai program besar yang baru sahaja tamat, namun di atas sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap guru dan ibu bapa , maka kita memilih untuk turut serta.
Hal ini ditambah lagi dengan status sekolah ini yang telah  menjadi model perlaksanaan Sarana sehingga ke peringkat tertinggi /KPM, maka kita melihat ada keperluannya untuk kita turut bertanding. melalui Sarana, SMKTTJ sebenarnya telah banyak bersedia dengan segala keperluan  seperti yang dikehendaki di dalam penilaian PIBG Cemerlang ini. Justeru itu, dirasakan kita perlu bertanding dan akan menjadi satu perkara yang pelik jika kita tidak turut serta.

Komitmen yang cukup tinggi juga telah ditunjukkan oleh para guru terutamanya di dalam menyediakan bahan-bahan yang lebih lengkap terutamanya berkaitan dokumentasi dan powerpoint untuk persembahan tersebut.
 
Bersama dengan YDP PIBG dan Tuan Pengetua, para guru ini dan beberapa ibu telah bertungkuslumus membuat persediaan sejak pertandingan peringkat daerah yang berlangsung pada 30 Oktober 2013 yang lalu. Persediaan yang dilakukan ini mengheret komitmen yang tinggi  sehingga ke malam hari dan melibatkan masa cuti (ahad) dan cuti Depavalli (Isnin). 

Namun, ternyata pengorbanan ini tidak sia-sia. Berkat ketabahan , kesabaran dan komitmen yang tinggi ini, akhirnya terbalas apabila kita dinobatkan sebagai juara!.
 
Suatu yang amat menarik ialah komitmen pada penjaga yang terdiri daripada suri rumah sepenuh masa ini yang sanggup mengorbankan masa untuk bersama membantu dan memberi sokongan moral . kehadiran mereka bukan sekadar hadir untuk menjadi penonton, namun mereka jugalah yang membantu mengangkat bahan dokumentasi, menyusun dan mengagihkan kepada para juri . Mereka juga sama-sama berbincang dengan para guru untuk memikirkan cara terbaik untuk memberikan persembahan terbaik pada pembentangan penilaian ini.
Inilah hebatnya Sarana!...Sesuatu yang tidak pernah saya alami bersama para penjaga selama ini.!

kini , kita bersedia pula untuk ke peringkat yang tertinggi iaitu peringkat kebangsaan. Semoga semangat dan komitmen ini akan terus kukuh untuk kita sama- sama menjulang nama SMKTTJ.










Buat Anak-Anak Pelajar Tingkatan 5 SMKTTJ yang akan menduduki SPM pada esok pagi:

Segala ilmu sudah diajarkan
Segala petua telah diturunkan
Segala jurus telah ditunjukkan
Segala azimat telah dibekalkan

Segala ranjau dan duri telah dibersihkan
Segala halangan telah dialihkan
Segala musuh sudah ditawan

Jalan berliku sudah diluruskan

Segala tawar telah dijampikan
Segala pesan telah disematkan

Telah dipakaikan segala peralatan
Permaidani kejayaan telah dihamparkan
Hanya menanti restu serta lambaian

Ayuh!

Mulakanlah langkah kejayaan
Dengan doa, restu dan harapan
KepadaNya kita sandarkan

Laluilah dengan keyakinan
Ikutilah cahaya dihujung jalan

Namun ,

Awas anakku,

Ramai sudah yang menemui kegagalan
Kerna angkuh
dan sering kealpaan...

-OMAR BIN AHMAD
5 NOVEMBER 2013

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM. Mulakan dengan mengingatiNya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...