Saya
terasa cukup terharu, apabila dalam perjalanan pulang (jam 5 petang)
,di pintu pagar sekolah, saya terserempak dengan sepasang suami isteri
yang hebat ini, membimbit set drill dan alatan lain menuju ke dalam
kawasan sekolah. .Saya sempat memberi salam dan bertanyakan kepada
mereka: "Nak ke mana pulak ni!", tegur saya
dari dalaam kereta.. Nak ke kelas...Meja budak dah patah.." , kata
Hj. Idrus sambil isterinya tertawa kecil... "Wah! Ini memang
hebat...Terima kasihlah...", kata saya mengagumi komitmen kedua suami
isteri ini...
Begitulah , kehebatan sarana yang berlaku di sekolah ini.
ini merupakan salah satu daripada puluhan pemandangan dan perisrtiwa
hebat yang berlaku di sekolah ini sejak Sarana dimulakan di sekolah ini
sekitar bulan febuari 2013 yang lalu.
Bagi sebahaagian ibubapa di
sekolah ini seperti kedua-dua suni isteri ini, kehadiran mereka ke
sekolah bukan suatu yang janggal. Wajah mereka berdua ini adalah
sebahagian daripada wajah-wajah ibubapa hebat di sekolah ini yang
seringkali dapat dilihat pada setiapo masa di sekolah ini. Bukan
sekadar mereka hadir pada majlis-majlis yang diadakan, malah mereka lah
di antara yang sangat aktif menjayakan Sarana di sekolah ini.
Pada pagi
sebelumnya, mereka berdua ini adalah merupakan sebahagian daripada
ibubapa yang hadir ke sekolah menjadi jurucakap Sarana yang memberikan
penerangan kepada rombongan Pengetua dan Guru besar serta pegawai dari
PPD Port Dickson dan beberapa guru daripada SMK Dato Shamsudin Naim.
Ibubapa ini sudah begitu arif tentang perjalanan sekolah ini dan
betul-betul memahami tentang Sarana di sekolah ini. Justeru itu, pihak
sekolah memang telah memberikan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada
ibubapa di sekolah ini untuk bercakap tentang Sarana kepada tetamu atau
pelawat yang berkunjung ke sekolah ini. Tuan Hj. Idrus daan Hjh. Siti
Amrah juga adalah merupada AJK Sarana ibubapa peringkat sekolah dan
kelas anak mereka iaitu kelas 2UM. Komitmen mereka berdua cukup
terserlah dan tidak hairanlah kelas anak mereka ini (2UM) adalah antara
kelas terbaik dari segi keceriaan dan penglibatan ibubapanya. Kelas ini
jugalah yang telah berjaya mencuit hati Timbalan Ketua Pengarah KPM,
Dato Dr.Khir Yusof semasa beliau melawat sekolah ini pada 16 September
2013 yang lalu. Buat Tuan Hj. Idrus dan Hjh. Siti Amrah...saya
benar-benar kagum dan terharu...Hanya ucapan terimakasih dan doa moga
tuan berdua dipanjang kan usia dan diberikan kesihatan yang berpanjang
serta semangat yang kuat untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan
sekolah ini...Amin...