SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, August 29, 2013

Menyampaikan Taklimat Sarana Kepada Setiausaha PIBG sekolah-sekolah seluruh Port Dickson-26 Ogos 2013




 Dijemput untuk memberikan taklimat tebtang Sarana kepada semua setiausaha PIBG daerah port Dickson , di SJK(c)  Port Dickson memberikan peluang kepada kami untuk menjelaskan maksud sarana sebenarnya dan bagaimana untuk memulakan  Sarana ini.

Rata-ratanya, kebanyakan orang , sama ada guru atau ibubapa masih tidak faham akan maksud  Sarana ini. Sementara ibu bapa menganggap ia sesuatu yang aneh dan asing, guru-guru pula beranggapan Sarana itu adalah sama seperti PIBG. Jika ditanya kepada sekolah , sama ada sudah memulakan Sarana atau tidak, mereka akan menyatakan sudah. Itulah PIBG!..

Ternyata tahap pemahaman itu masih pada taha[p yang amat rendah.


Melalui taklimat ini , saya dapat menjelaskan jenis-jenis Sarana, konsep dan bagaimana memuakannya. Saya juga sempat menerangkan kepentingan Sarana ini dan isu yang melingkungi perlaksanaan Sarana di sekolah-sekolah.

Sebenarnya, Sarana ini amat mudah. saya jelaskan, apa sahaja usaha yang dilakukan oleh pihka terlibat di dalam Sarana sama ada  ibubapa, komuniti dan swasta untuk membantu sekolah, secara sukarela adalah Sarana. 

Sebagai contoh, jika ada masyarakat yang rumahnya bersebelahan dengan pagar sekolah dan dia ingin membaiki pagar sekolah secara sukarela, maka dia sudahpun melakukan Sarana.

Atau, jika ada ada penjaga yang ingin menghantarkan bunga atau menyusun gubahan atau kedudukan seni taman di sekolah itu, maka dia juga telah melaksanakan Sarana itu.

Pembentangan saya pada pagi tersebut juga turut di sambung sedikit oleh Encik Malik Rejab, Penyelia Petang saya .






Rakaman Program sarana SMKTTJ dalam Wanita Hari Ini (TV3)-29 Ogos 2013

Rakaman Sarana SMKTTJ oleh krew Waniuta Hari Ini (TV3). Aktivitinya ialah melihat sumbangan ibubapa pelajar di SMKTTJ di dalam menghias kelas, menceriakan dan menjayakan bulan kemerdekaan dan mengecat pinti kelas dengan warna dan imej baru. Syabas! kepada ibubapa yang hadir menjayakan program pada pagi ini dan bersungguh-sungguh membantu.
  Ketika pelajar meneruskan P & P , ibubapa menghias kelas dengan tekun. Terima kasih kepada TV3 yang membantu pihak sekolah di dalam menjayakan dan mewar-warkan akan kejayaan SARANA di sekolah ini. Suatu suntikan semangat kepada ibubapa dan pihak sekolah. Sekurang-kurangnya usaha kami ini dihargai oleh pihak KPM dan media di peringkat kebangsaan.

 
Banyak sudah faedah yang diperolehi daripada SARANA ini. Hari ini sambil menikmati sarapan bersama ibubapa ini, seorang ibu menghadiahkan buku-buku latihan untuk kegunaan sekolah dan menawarkan usaha untuk mewar-warkan Sarana SMKTTJ ini di akhbar tempatan melalui suami beliau yang bekerja di Utusan Melayu Bhd....

Ketika saya menyebut tentang hasrat untu menyediakan "day care centre' buat anak-anak guru , kakitangan dan ibubapa di sekolah ini, beliau terus menawrkan diri untuk berkhidmat di pusat tersebut nanti...Alhamdulillah...siapa kata Sarana ini membebankan sekolah...!..
 
Benarlah seperti yang selalu saya sebutkan..."SARANA ibubapa ini adalah suatu rahmat dari Allah, yang banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah dan guru-guru"...Terima kasih buat semua warga SMKTTJ dan ibubapa terhebat...!
 
Aktiviti yang dilakukan pada hari ini adalah mengecat pintu kelas, menghias kelas dengan tema bukan kemerdekaan serta menambahbaik keadaan kelas.
 
 
Kehadiran penjaga untuk aktiviti ini sudah bermula sejak jam 8.00 pagi lagi.  Walaupun hari ini adalah hari bekerja dan mereka sibuk dengan menguruskan keluarga, namun mereka tetap dapat meluangkan masa untuk hadir menjayakan program bersama sekolah. Semangat inilah yang sukar untuk ditemui di kalangan ibubapa di tempat lain.
Kita harap semangat ibubapa di sini , akan dapat membuka mata masyarakat  akan betapa pentingnya penglibatan ibubapa di dalam membantu sekolah dan mencemerlangkan sekolah. memang sukar untuk menyakinkan ibubapa dan masyarakat tentang kepentingan penglibatan mereka di dalam program seperti ini.  Ada ibubapa yang tidak peduli dan ada juga yang tidak ambil pusing langsung tentang perkara ini.
 
 
 
 

Sunday, August 4, 2013

KHATAM AL-QURAN SEMPENA PROG. PEMBUDAYAAN AL-QURAN & TADARUS PERDANA -SARANA , 1 OGOS 2013







KENDURI SARANA SEMPENA PROG. PEMBUDAYAAN AL-QURAN & TADARUS PERDANA-SARANA 2013. 1 OGOS







Alhamdulillah.....Kejayaan program sarana SMKTTJ amat terserlah melalui penglibatan pelbagai pihak di dalam menjayakan kenduri Sarana sempena Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana SMKTTJ bersama Sekolah-sekolah Zon Senawang 2013.

Melalui kenduri sarana ini, kerjasama yang dijalin bagi menjayakan program ini datangnya daripada hampir 28 buah agensi dan badan swasta serta ibubapa yang membantu menjayakannya secara sukarela.








Antara agensi dan badan tertentu yang bersama di dalam program ini ialah:

1. AJK Sarana- Ibubapa
2. Perkep ( persatuan Isteri-Isteri polis Senawang)
3. KPJ Hospital
4. Yayasan pelajaran Mara
5. Cosmopint/ UNIKL
6. PTPL/ MSU
7. Usahanita Negeri sembilan
8. Mystar
9. IKRAM
10. Jabatan Kesihatan
11. Polis
12. Surau Assobirin
13. Kem 15 melayu
14. Maahad Tahfiz Assadiyah
15. Dewan Perniagaan Melayu Negeri sembilan
16 SMATT ( Sekaterat mahasiswa Timur Tengah)

Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program ini pula ialah:

1. SMK Taman Tuanku Jaafar sebagai tuan rumah
2. SMK senawang
3. SMK senawang 3
4. SMK Seremban Jaya
5. Seremban Jaya 2
6. SK Taman Tuanku jaafar
7. SK Taman Tuanku Jaafar 2

Sepanjang program kenduri Sarana ini , sokongan yang diberikan amatlah memberangsangkan. Antara pihak yang telah menghantar anggota untuk menjayakan program ini ialah :

1. PTPL/MSU - - menyediakan 8 periuk besar bubur lambuk dengan 80 orang pelajar dan pegawainya. Segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh MSU

2. Cosmopoint - menyumbang tenaga membantu menyediakan skype dan memasak lauk. Seramai 20 orang pelajar dan pegawai terlibat.

3. Perkep polis Senawang- menyumbang 20 orang tenaga membantu memasak

4. SMATT (- menyumbang dan menaja Imam solat Tarawih daripada Mesir

Banyak lagi pihak yang menyumbang melalui bantuan-bantuan lain seperti menyediakan PA System( polis dan kesihatan), khemas ( Majlis Perbandaran Nilai), dan sebagainya.

Selain itu, bagi menjayakan Sarana ini juga, pihak ibubapa telah berganding sama melalui penglibtan diiri sebagai AJK bahagian-bahagian tertentu daan turut menyumbang tenaga dan wang ringgit menyumbang 44 ekor ayam untuk kenduri ini.

Aktiviti gotong royong kenduri Sarana ini melibatkan aktiviti seperti "

1. Memasak makanan dan lauk untuk berbuka puasa
2. Memasak bubur lambuk
3. Memasak wade dan muruku oleh ibubapa pelajar India


Selain program Kenduri Sarana ini , program pembudayaan Al-Quran ini juga melibatkan aktiviti lain iaitu, Iftar Ramadhan, Solat tarawih, penyampaian sumbangan hari raya untuk anak yatim dan pelajar miskin, pelancaran Tabung Dana pelajar Miskin/ Anak yatim dam majlis penutupan.  Penutupan program dan penyemapaian sijil kepada semua partners yang telah memberi sumbangan di dalam menjayakan program ini.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Shamsul Kahar Mohd. Deli ( EXCO) . turut hadir sama ialah Puan Hjh. Kalsom Khalid, Pengarah JPNS, Dr. Hayati ( Unit PADU, KPM).

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan  berjaya dengan cemerlang. penglibatan semnua pihak menjadi model bagi perlaksanaan sarana di sekolah.

Program ini tambah menarik apabila turut dikunjungi oleh media TV3 ( wanita Hari Ini) dan Nasi Lemak Kopi 0 yang turut membuat rakaman perjalanan program untuk siaran opada 5 Ogos 2013.

Bagi tahun 2014, sebuah NGO daripada Selangor telahpun menyuarakan hasrat untuk turut bersama dan berhasrat untuk menyumbang naskag Al-quran yang cukup banyak serta mahukan agar SMKTTJ menjadi tuan rumah kepada program ini secara terus.






SALAM AIDIL FITRI -BERSAMA TEAM BOLASEPAK PEREMPUAN SMKTTJ -2 OGOS 2013

Sempena menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba, suatu majlis ucap salam antara semua warga sekolah telah diadakna pada harijumaat terakhir sebelum cuti sekolah pada 2 Ogos 2013 yang lalu.

Program ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi memberi peluang dan didikan bagi semua warga sekolah , khususnya para pelajar agar menghargaai jasa guru -guru mereka. dengan mengucapkan Selamat hari raya Aidil Fitri, sekurang-kurangnya para pelajar dapat berterima kasih terhadap segala sumbangan dan penat lelkah guru di dalam  mendidik mereka.




Suatu gambaran yang amat menyeronokkan dan mengharukan juga melihatkan hubungan dan kasih sayang yang ditunjukkan antara guru dan para pelajar.

Bagi para guru juga, mereka dapat melupakan segala persengketaan dan perasaan yang kurang baik , sebaliknya bersalaman dengan penuh kemesraan. 

Sempena majlis ini juga, Tuan Pengetua telah berkesempatan juga beramah mesra dengan pemain-pemain bolasepak perempuan sekolah ini  yang juga menjadi pelatih kepada Tuan Pengetua sendiri.

Kesempatan bergambar bersama dan saling mengucap selamat menyerlahkan keakraban dan hubungan mesra antara pengetua dan anak didik di sekolah ini.

Tidak lupa juga, tuan pengetua berkesempatan menyumbangkan duit raya kepada mereka sebagai tanda ingatan .

sELAMAT hARI rAYA aIDIL FITRI mAAF zAHIR DAN bATIN....

SEKITAR KURSUS REFLEKSILOGI MPV SMKTTJ ..


~KURSUS REFLEKSOLOGI TAPAK KAKI DAN BEKAM ANGIN~
anjuran Panitia MPV dan Sarana Ibu Bapa SMKTTJ

Telah berlangsung pada 23 Julai 2013 jam 8.30 pagi - 1.30 petang di Bilik MPV. Kehadiran adalah terdiri dari pelajar aliran MPV ( 5 UUM ) dan 4 ( UUM ) serta ibu-ibu pelajar MPV. Kursus disampaikan oleh ibu pelajar MPV sendiri iaitu Pn. Maszila bt Kaus pemilik Alya Zahra Traditional SPA Senawang.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...