SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, December 29, 2012

Tahniah..Pelajar Cemerlang PMR 2012...


 Pengumuman keputusan PMR 2012 pada 19 Disember 2012 yang lalu  membawa kenangan manis dan paling gembira bagi para pelajar dan ibu bapa yang berjaya meraih kejayaan cemerlang. Seramai 19 pelajar yang mendapat keputusan semua A, telah diraikan di dalam suatu majlis penyampaian khas pada hari tersebut di bilik Konfrensi sekolah. 

Sebelum itu, sekitar jam 11 pagi, Tuan pengetua telah membuat pengumuman keputusan PMR ini di ruang legar sekolah dan seterusnya mengumumkan nama 19 yang mendapat keputusan penuh itu.




Kegahairahan semua calon PMR jelas ketara dengan kehadiran yang ramai dan seawal jam 10 pagi. Pada penyampaian keputusan pada hari ini, perasaan bercampur antara pelajar jelas terbayang.  Ada diantara mereka yang ternyata amat gembira  dan ada juga yang agak terkejut dengan pencapaian mereka. 



Pada peperiksaan PMR pada kali ini, pihak sekolah mengalami kejatuhan sedikit berbanding pencapain pada tahun lalu. Beberapa mata pelajaran mengalami kejatuhan pred purata dan peratusan kelulusan. Ini merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali oleh semua warga pendidik berdasarkan deretan program kecemerlanmgan yang diadakan pada tahun 2012 ini. 


Antara mata pelajaran yang menjadi killer subjects pada tahun ini ialah bahasa Melayu, bahasa Inggeris , Matematik dan sains.





Namun kita yakin, para guru sudah merangka program yang teliti bagi mengatasi masalah pada tahun ini bagi memastikan kecemerlangan pada tahun 2013 ini. Kelemahan dan kesilapan perlu diteliti dan dijadikan asas perancangan yang lebih baik pada tahun 2013 ini.





Bagi pelajar , calon PMR pada tahun 2013 ini pula , mereka perlu lah melengkapkan diri mereka segera dengan segala ilmu dan menguasai setiap mata pelajaran  demi mencita kejayaan pada tahun ini.




Pihak sekolah juga telah menegaskan supaya Kaedah Pembelajaran Masteri perlulah diterapkan oleh para guru bagi memastikan para pelajar benar-benar menguasai mata pelajaran mereka sebelum memulakan mata pelajaran baru. Jumlah latihan yang lebih banyak dan pemantauan juga akan diketatkan lagi dengan memberikan fokus kepada 6 aspek kritikal iaitu:

a) kehadiran pelajar ke sekolah
b) kehadiran ke sekolah selepas peperiksaan percubaan
c) menjaga masa P & P daripada terbuang
d) memastikan semua kerja rumah di siapkan 
e) jumlah latihan terancang bagi semua kelas dan mengikut kategori pelajar
f) bahan berasaskan topikal

Diharapkan pada tahun ini kita akan mencapai kejayaan yang lebih hebat berbanding dengan tahun ini.

Pendaftaran Tingkatan 1 2013...


 

 Pada tahun ini , sekolah telah merima kemasukan pelajar ke tingkatan 1 yang ramai , iaitu hampir mnenceceah seramai 400 orang pelajar. Permintaan untuk memasuki sekolah ini telah meningkat. Pada tahun ini juga , terdapat ramai pelajar-pelajar daripada luar Taman Tuanku Jaafar yang memohon untyuk masuk bersekolah di sini. Ada pelajar yang datang sejauh Kuala Lumpur dan petaling Jaya. 


 

Selain daripada itu, buat pertama kalinya juga , seramai 25 pelajar daripada Program pembanguna Bolasepak Remaja Perempuan FAM akan mendaftar masuk bersekolah di sekolah ini . OPelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 daripada Sabah, Serawak, Pahang , Selangor dan Kuala Lumpur, di samping pemain -pemain SMK TJJ yang turut terpilih di dalam skuad ini 

Program pada pagi ini , turut disertakan dengan sesi taklimat ringkas perjalanan sekolah dan perancangan dan hala tuju sekolah yang disampaikan oleh Tuaan Pengetua dan diikuti dengan taklimat persediaan pelajar tingkatan 1 oleh Penyelia Petang , Encik Malik Rejab. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Datin Khalijah , AJK PIBG sekolah di samping guru penolong kanan dan ketua bidang serta para guru.

Di dalam ucapannya Tuan Pengetua menyarankan agar ibu bapa memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih kepada anak-anak di sekolah menengah ini , kerana cabaran dan pemikiran pelajar yang sudah semakin bijak berbanding di sekolah rendah. Menurut beliau, pelajar di sekolah menengah telah terdedah dengan sikap dan perangai pelajar yang lebih dewasa dan dikhuatiri akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh.

Tuan Pengetua juga menyarankan agar ibu bapa tidak terlalu mudah mempercayai kata-kata anak-anak . Sebaliknya, mereka harus mempunyai perasaan syak wasangka yang tinggi dan berhubung dengan pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat sebenar. Ini bagi mengelakkan ibu bapa tertipu.

Beliau juga menyarankan agar ibu bapa memberikan sumbangan dan  kepakaran yang ada pada mereka untuk sama-sama membantu sekolah, sesuai dengan program SARANA yang dicadangkan oleh KPM. Salah satu program rintis yang dicadangkan oleh Tuan Pengetua ialah , kelas Prep Malam, yang memerlukan sokongan dan komitmen setiap ibu bapa untuk melaksanakannya. Cadangan perlaksanaan adalah pada Febuari 2013 ini nanti.




Pendaftaran berjalan lancar dan cepat kerana pada kali ini tiada sebarang kutipan sumbangan PIBG yang dilakukan. Para ibu bapa juga agak mudah berurusan kerana semakan pendaftran awal kemasukan pelajar telah diadakan sebelum ini.

Pada tahun , sebanyak 8 kelas tingkatan 1 dan 2  ,( berbanding 7 pada tahun lepas ) yang akan di bawa ke sesi pagi. Kelas tersebut ialah kelas UIA, UM, UKM dan USIM ( kelas sukan).

Di samping itu juga, berlaku pertambahan pelajar Pendidikan Khas seramai 16 orang yang menjadikan jumlahnya 40 orang.  Pertambahan ini mengakibatkan kita mengalami ketiadaan ruang kelas untuk menenempatkan mereka . Pihak sekolah telahpun memaklumkan kepada pihak JPNS sejak awal tahun 2011 yang lalu. Diharapkan akan adalah sebarang tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah ini.

Pihak sekolah ingin  mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang menjayakan program ini dan kepada ibu bapa yang terus menaruh harapan dan kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka di sini.







Friday, December 21, 2012

Wajah baru 2013

Susunan baru di Gallery Juara



Susunan baru dan bunga baru

Bahagian Luar Parking Pengetua

Ruangan Parking pengetua

Menambah seri kawasan parking pengetua

Add caption

Pekerja yang membantu En. Malik

Pereka Lanskap ,En. Malik ,P.Petang

Dibantu oleh pekerja yang bersemangat

A New landmark

Innovasi 2013

Menyerlahkan keindahan

Suasana yang lebih aman

Pereka dengan hasil kerjanya

Add caption

Sentuhan pakar dan minat si pelajar









Monday, December 3, 2012

Terima Kasih Pak Donny ( Rumah Zakat- Bandung)...








Surat Perpisahan Inbox x Dony Nur Rakhman Dec 3 (1 day ago) to me Translate message Turn off for: Indonesian Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Pak Omar yang Baik, Bersama email ini, saya informasikan bahwa saya tidak lagi bergabung dengan Rumah Zakat dimulai hari ini, Senin tanggal 3 Desember 2012. Saya sangat menghargai interaksi dan kerjasama yang telah kita jalin selama ini.Terimakasih atas kepercayaan dan kerjasama Bapak. Saya juga sangat menghargai apabila hubungan kerjasama ini dapat tetap terjalin dengan baik. Untuk meneruskan hubungan ini, Bapak dapat menghubungi Ibu Asriyanti Octaviana pada alamat email: asri.rumahzakat@gmail.com. Sekali lagi, saya ucapkan banyak terimakasih atas support dan kerjasama kita. -- Best regards Dony Nur Rakhman Overseas Marketing Dept.Head Rumah Zakat Turangga st no.25c Bandung West Java m : 08562010188 e : dony_nur@rumahzakat.org id ym : d_finiarel www.rumahzakat.org BIG Smile Indonesia Bersama Rumah Zakat, Berbagi itu… Gaya.



Omar Ahmad 3:37 PM (20 hours ago) to Dony Assalammualaikum, Pak Donny yang Budiman, Berita yang mengejutkan dan menyedihkan juga buat saya, bapak yang baik akan meninggalkan Rumah Zakat. Namun, saya ucapkan terima kasih di atas kerjasama yang dijalin bersama Rumah Zakat melalui bapak dan semoga bapak akan sukses di dalam apa juga bidang yang bapak ceburi. Cuma kalau diizinkan , bisa bapak memberitahu ke mana bapak selepas ini. Dipohon juga agar hubungan ini akan berterusan walau di mana bapak berada. InsyaAllah, saya akan hubungi Ibu Asriyanti untuk kerjasama seterusnya. Semoga bapak akan sentiasa di bawah lindungan dan peliharaan Allah... wassalam, Bapak Omar Ahmad, SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Bersama Rumah Zakat, Berbagi itu… Gaya. Rekening Donasi : BCA : 094.3016.001 Mandiri : 132 000 481 974 5





ssalammualaikum, Inbox x Omar Ahmad 3:42 PM (20 hours ago) to asri.rumahzakat Assalammualaikum, Ibu Asriyanti yang budiman, Saya , Bapak Omar Ahmad, daripada SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Sebelum ini , kita pernah bertemu lewat usaha Bapak Donny semasa kami berkunjung ke Rumah Zakat pada Januari 2012 yang lalu. Mungkin ibu masih bisa mengingatinya lagi. Saya dimaklumkan oleh Pak Donny, bahawa beliau sudah tidak bersama lagi dengan Rumah Zakat. Kami berharap, agar hubungan antara SMK Taman Tuanku Jaafar dengan Rumah Zakat akan berjalan terus dan semoga kami bisa menyumbang lagi kepada Rumah Zakat. Wassalam, Bapak Omar Ahmad



asriyanti asriyanti 5:03 PM (18 hours ago) to me Translate message Turn off for: Malay Wa'alaikumsalam Warahmatullah Wabarakatuh, Bismillahirahmanirahim, Bapak Omar Ahmad yang di Rahmati Allah :) Alhamdulillah terima kasih atas sambutan baiknya kepada Rumah Zakat Bapak Omar Ahmad. Insya Allah sementara ini saya yang akan menggantikan Pak Donny. Insya Allah hubungan baik yang telah dibangun antara Bapak Omar Ahmad dan Bapak Donny dapat dilanjutkan kembali dengan saya sehingga silaturahim antara SMK Taman Tuanku Jaafar dengan Rumah Zakat dapat tetap terjalin dengan baik. :) Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Asriyanti :) -- Asriyanti Octaviana Internet Marketing Leader Jl. Turangga No.25 C, Bandung t : +62 22 733 2407 f : +62 22 733 2478 m: +62 813 9489 9588 www.rumahzakat.org BIG Smile Indonesia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...