SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Sunday, May 20, 2012
Malam BersamaMu Palestine di Bumi Isra'- SMK Tmn Tuanku Jaafar
ALHAMDULILLAH....
Hasrat untuk membantu dan meniimbulkan kesedaran di kalangan seluruh warga SMK Taman Tuanku Jaafar dan komuniti di taman ini tercapai juga hasil usaha Panitia Agama Islam yang te menjemput Prof. Madya Dr, Zainurrashid Bin Zainuddin untuk berkongsi maklumat tentang perjuangan dan pengorabanan bangsa palestine membebaskan tanahair dan menegakkan islam .
Pada 18 Mei 2012, bermula daripada petang hingga ke jam 11.00 malam, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mengisi program berkenaan. Bermula dengan solat maghrib berjemaah , solat hajat khususuntuk memohon kesejahteraan rakyat Palestine, persembahan nasyid dan Qassidah sehinggalahlah kepada ceramah perjuangan Palestine oleh Dr. Zainurrashid, semua munajat ditujukah khas kepada mereka.
Sambutan daripada para pelajar, guru dan masyarakat sekitar amatlah menggalakkan. Sekitar 500 orang pelajar, guru dan masyarakat setempat telah hadir . Turut hadir pada malam itu ialah Yang Berbahagia, Dato Mohd. Nordin Mohammad, iaitu YDP PIBG sekolah dan juga AJKSurau Assobirin dengan satu niat iaitu untuk mengenang akan
kembali perjuangan Palestin ini dan memberikan pendedahan akan kesengsaraan hidup mereka yang menjadi teladan kepada setiap umat manusia.
Ceramah pada malam itu amat berkesan dan menyentuh hati. Dr. Zainurrashid daripada NGO Aman Palestine Berhad dan seorang yang sentiasa berkorban untuk perjuangan rakyat Palestine sejak 10 tahun yang lalu, berjaya menyingkap banyak perkara yang masyarakat luar tidak mengetahui tentang rakyat Palestine khususnya penduduk Gaza yang terkepung oleh Israel dan Mesir yang bersekongkol dengan rejim Yahudi ini. Kesengsaraan dan kematian adalah suatu perkara biasa bagi mereka. Mereka tidak pernah berasa takut untuk mati, malahan sentiasa mencari kematian itu atas jihat dan syahid ke jalan Allah.
Banyak perkara menarik yang masyarakat umum tidak ketahui tentang penduduk Gaza. Antaranya ialah:
1. Walaupun hidup di dalam kesempitan, namun tidak seorangpun rakyatnya menjadi peminta sedekah.
2. Setiap kanak-kanak dan warga Gaza sentiasa mencari kematian dan jihad dan tidak akan pernah gentar untuk berjuang menentang rejim Yahudi Israel.
3. Perdana Menteri Palestin Dr. Ismael Haniyyeh adalah seorang Profesor Universiti, hafaz 30 juzuk Al-Quran dan tinggal di kawasan setinggan bersama rakyatnya.
4. Hampir keseluruhan kanak-kanak Palestin yang berusia seawal 11 tahun telah mampu menghafaz 11 juzuk Al-Quran dan 30 juzuk pada usia 12 atau 13 tahun. Mereka ke sekolah pada waktu pagi seperti biasa dan pada petang hari nya menghafaz Al-Quran.
5. Hampir semua pelajar perubatan di Universiti Gaza mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran
6. Semua polis di Gaza tidak membawa senjata ketika berkawal, solat subuh berjemaah pada setiap hari dan sentiasa peramah dan membantu rakyatnya. Kebanyakan mereka juga adalah hafaz Al-Quran.
Begitulah di antara kehebatan rakyat Gaza ini seperti yang dinyatakan oleh penceramah kita ini. Apa yang nyata, keutuhan dan kekuatan iman mereka ini menjadikan mereka sebagai golongan yang amat ditakuti oleh Israel. Ini berbeza sama sekali dengan penduduk di Tebing Barat yang sudah jauh daripada Islam.
Pada malam itu juga, tuan Pengetua telah menyampaikan sumbangan seluruh warga sekolah untuk membantu penderitaan rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza yang terkepung, dengan jumlah sumbangan sebanyak RM2510.00. Semoga sedikit sumbangan ini akan membantu meringankan penderitaan mereka . InsyaAllah.
Bagi pihak sekolah , kita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan menyumbang kepada tabung Palestine yang kita lancarkan sejak 2 Jumaat yang lalu. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memberi keberkatan kepada kita semua...InsyaAllah..Aminnnn.
Wednesday, May 16, 2012
Hari Guru Di SMK TTJ- Suatu Tranformasi..
Alhamdulillah...Sempena Sambutan Hari Guru2012 yang berlangsung semalam, SMK TTJ bukan sekadar menyambutnya sebagai suatu tradisi tahunan , namun SMKTTJ telah turut melakukan tranformasi di dalam aktiviti sambutan dan juga semangat yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, khususnya para guru sendiri.
Sambutan pada tahun ini, bukan hanya melibatkan para guru dan pelajar sahaja, namun ia disertai oleh semua warga iaitu para guru, staf sokongan, pekerja syarikat pembersihan swasta dan juga PIBG. Di samping itu, agensi luar juga telah turut serta meraikan majlis ini.
Aktivti sambutan, yang diserahkan kepada pihak pelajar, khususnya yang dikendalikan oleh para pengawas , ternyata sesuatu yang istimewa. Sambutannya lebih meriah dengan adanya satu peribahan, kreativiti dan inovasi yang lari daripada rutin. Selain acara formal seperti ucapan Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran serta nyanyian lagu 'Guru Malaysia', majlis juga diserikan dengan nyanyian lagu "Allah selamatkan Guru' oleh para pelajar diiringi dengan gendang. Semua kelas di sekolah ini turut menyediakan banner sambutan dengan corak dan warna yang indah , hasil kreativiti para pelajar.
Acara lain yang turut diadakan adalah 'garden party' oleh semua kelas yang diadakan disekitar perkarangan sekolah secara santai dan juga pelbagai acara permainan yang melibatkan para pelajar dan guru. Pada acara penutupnya pula, persembahan pelajar dengan diiringi oleh Band Sekolah turut menghiburkan semua. Pelbagai anugerah turut diadakan untuk menghargai jasa para guru. Antaranya ialah Guru Popular, Guru Caring, Guru UP-to-date, Guru Legend dan Guru Tranformasi.
Sambutan Hari Guru SMKTTJ kemudiannya bersambung ke acara boling, di Seremban parade. Bakat dan kemahiran para guru serta aksi lucu dipaparkan pada sepanjang program. Namun, apa yang pasti keakraban , kepaduan ikatan dan kerjasama dan komitmen semua guru untuk menjayakan aktiviti ini yang paling menarik dan dikagumi.
Kemuncak sambutan adalah majlis High Tea di Royal Adephi, Seremban yang turut disertai oleh YDP PIBG, Dato Mohd. Nordin Bin Mohamad. Penyampaian hadiah pertandingan boling, telah dilakukan oleh YDP PIBG , yang turut sudi menaja semua hadiah berkenaan.
Ternyata suatu tranformasi telah dilakukan oleh semua warga sekolah yang dapat dibuktikan di dalam majlis sambutan ini:
Pertama: Penglibataan hampir semua guru dan pelajar di dalam semua aktiviti yang diadakan seperti di dalam permainan bolasepak , bola jaring dan sukanneka.
Kedua: penglibatan semua guru di dalam setiap aktiviti yang dilakukan dan komitmen serta kerjasama yang hebat.
Ketiga: Suatu pembaruan dari segi aktiviti sambutan yang julung kali diadakan dan berlainan sama sekali dengan tahun sebelumnya.
Keempat: Penglibatan pelajar, sambutan dan sokongan pelajar terhadap program serta kreativiti yang dihasilkan , ternyata amat memberangsangkan dan dikagumi. Ternyata pelajar kitta mampu melakukan dengan kreatif dan inovatif dengan bantuan dan sokongan yang minimum daripada guru. Bakat pelajar kita, ternyata hebat!
Kelima: Sambutan pada kali ini juga mencapai objektif sebenar sambutan hari Guru. Hari di mana guru diraikan oleh para pelajarnya, guru bermesra dan bergaul rapat dengan pelajarnya, guru dihargai oleh pelajarnya dan guru menunjukkan kepaduan ikatan dan kerjasama yang pasti menjadiu ramuan khusus untuk mencipta kecemerlangan dan,
Akhir sekali, seluruh warga SMKTTJ telah berjaya melakukan suatu TRANFORMASI HEBAT...
SYABAS!Buat semua dan Terima kasih di atas segala yang telah diberikan...
'SELAMAT HARI GURU'...
Friday, May 11, 2012
SMK TTJ di Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah N. Sembilan 2012
Alhamdulillah..selesai sudah tanggungjawab yang diberikan kepada SMKTTJ dan kita mampu melakukannya dengan cemerlang!
Pada Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah 2012 yang berlangsung di Gelanggang Budaya Paroi, Seremban, SMKTTJ telah diamanahkan untuk menngendalikan segala aspek berkaitan dokumentasi, rakaman dan montage. Rangkuman rakaman ini telah dipaparkan untuk tontonan pada hari terakhir karnival iaitu pada upucara penutupan rasmi oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hjh. Kalsom Binti Khalid.
Sejak Jumaat, 4 Mei 2012, krew Lensa , Videografer SMKTTJ bersama Krew daripada Kolej Cosmopoint, Seremban telah bertungkus lumus menyediakan khemah dokumentasi. Dengan badget yang amat kecil dan mustahil untuk dilaksanakan, krew kita dan Cosmopoint telah berjaya menyelesaikan tugas dengan cemerlang. Sebagai sumbangan kepada karnival, kita sedaya upaya menggunakan segala peralatan dan kelengkapan kita sendiri seperti skrin, LCD projektor, tv, mesin pencetak, kamera dan kamera video dengan hampir 10 orang krew lensa,4 krew videografer dan 5 orang guru serta 5 krew daripada Cosmopoint .Tururt membantu adalah saudara Jimmy. Turut turut padang menjayakan tugas ini ialah tuan pengetua sendiri yang bersama sehingga akhir majlis.
Aktiviti di khemah Dokumentasi merupakan aktiviti yang paling sibuk berbanding khemah-khemah jawatankuasa lain. Ini kerana tugas yang dilaksanakan adalah berjalan pada sepanjang masa. Rakaman gambar dan video mesti dilakukan sejak permulaan program dan perlu dicetak dan dipamerkan pada setiap masa. Rakaman video yang merangkumi setiap program pula harus diedit untuk dijadikan video lengkap untuk tontonan selama 8 minit pada majlis penutupan. hal ini menyebabkan keseluruhan tenaga kerja kita berkerja keras untuk memastikan semua gambar dan video dapat dipamerkan dan disiarkan pada majlis tersebut.
Justeru itu, sumbangan krew daripada Cosmopoint Seremban amat dihargai dan kami berbangga dengan anda. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua krew yang terlibat.
Pada, acara bolasepak, pasukan bolasepak perempuan kita memang tiada tandingan! Pasukan kita muncul juara dengan mengalahkan pasukan Seremban 2 dengan jaringan 8-0, Sekolah Sukan NMK Batu Kikir dengan jaringan 3-0. Tahniah dan syabas!
Pasukan bolasepak lelaki kita hanya mampu ke peringkat suku akhir sahaja. pada acara nyanyian, kita juga tidak mencapai kedudukan yang baik.
Ternyata penyertaan kita pada Karnival ini telah berjaya mengangkat nama sekolah kita SMKTTJ ke tempat yang tinggi. Rata-rata semua AJK lain dan orang ramai memuji hasil kerja krew dokumentasi kita yang berjaya menghasilkan sesuatu yang baru. Paparan video ini merupakan paparan kali pertama diadakan pada sepanjang sejarah karnival berjalan. Syabas! Dengan masa yang terlalu singkat , kita mampu melakukan dengan cemerlang!
Semoga kita terus gigih mengangkat nama baik sekolah kita ke mercu yang paling atas. Kita mampu lakukannya dan kita PASTI akan melakukannya lagi di dalam apa juga event yang bakal diadakan.
Komitment, kesungguhan, pengorbanan dan semangat untuk menaikkan nama sekolah dan maruah yang tinggi adalah resepi terbaik untuk mencipta kecemerlangan..
Friday, May 4, 2012
Ceramah Perbankan Islam- Bank Muamalat
Friday, 4 May 2012
CERAMAH PERBANKAN ISLAM (dipetik daripada Blog Tasawwur Islam)
1.0 PENDAHULUAN
Ceramah Perbankan Islam merupakan satu Program Kolaborasi antara PanitiaTasawwur Islam dan Panitia Perdagangan SMKTTJ . Ceramah ini
amat penting kepada pelajar tingkatan 5 untuk memahami tajuk-tajuk berkaitan dengan Muamalah Islam , seterusnya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan SPM 2012.
2.0 RASIONAL
Menambah pengetahuan pelajar tentang Jenis-jenis Muamalah Islam yang merupakan salah satu daripada kandungan Sukatan Tasawwur Islam dan Perdagangan serta Ekonomi Asas.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang Sistem Perbankan Islam.
3.2 Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis Muamalah Islam.
3.3 Dapat mengetahui kepentingan dan kelebihan Sistem Muamalah Islam.
4.0 MATLAMAT
Memberi motivasi kepada pelajar untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Perbankan Islam.
5.0 TARIKH DAN MASA
4 Mei 2012 8. 00 pagi – 10.15 pagi.
6.0 TEMPAT
Dewan Sri Budiman SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
7.0 SASARAN
Semua pelajar Tasawwur Islam , Perdagangan dan Ekonomi Asas.
Pemeriksaan Bai'ah Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
Alhamdulillah...yang ditunggu-tunggu , akhirnya tiba juga.....Memang ia menjadi sesuatu yang amat menekan dan menjadi strees apabila menantikan tibanya pasukan Nazir ke sekolah ini, dari sehari ke sehari...
Bermula daripada pecah berita bahawa SMK TTJ akan didatangi oleh pasukan Nazir oleh Tuan Pengetua pada 19 April 2012 yang lalu, seluruh warga sekolah telah bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi penmeriksaan. Kesibukan daan stress terpancar pada wajah setiap warga sekolah. Fail-Fail dilengkapkan , dan dipunggah ke Bilik Konfrensi serta disusun mengikut arahan yang diberikan , bersedia untuk disemak dan diteliti oleh pasukan Nazir..
Setiap hari masing-masing berteka-teki..Bila mereka akan sampai..Berita kehadiran Nazir ke sekolah-sekolah terpilih yang berhampiran, mengundang spekulasi, SMK TTJ akan didatang oleh mereka pada keesokan harinya... Namun realitinya yang terjadi, mereka hanya tiba pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 4 Mei 2012. Sementara itu, pihak sekolah juga turut dikunjungi oleh pihak Audit sekolah, khas untuk menilai aspek audit dan kewangan sekolah bagi tujuan yang sama.
Akhirnya, kini semuanya telah selesai. Hanya berserah kepada Allah. Kita sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik dan jika rezeki menyebelahi kita , maka insyaAllah , kita akan berjaya...
Pencalonnan Baiah ini , bukan hanya perlu dilihat dari sudut ganjaran kewangan yang akan diperolehi. namun , apa yang lebih penting ialah, pengikhtirafan terhadap hasil kerja keras setiap warga sekolah di dalam meningkatkan kecemerlangan. Memang, jika dilihat pada tahun 2011 yang lalu, memang kita telah melakukan kerja keras untuk mencipta kecemerlangan yang sekaligus merubah imej dan wajah sekolah. Inilah hakkat yang kita perlu banggakan! Kita mampu membuktikan bahawa usaha gigih, komitmen, keyakinan dan dan pengorbanan serta doa adalah antara resepi kejayaan yang telah kita buktikan bersama...
Akhir sekalai, terima kasih kepada semua warga sekolah... InsyaAllah...kita berserah kepada Allah...
Perkhemahan perdana Badan Beruniform SMK Taman Tuanku Jaafar,-2012
Alhamdulillah...Perkhemahan Perdana Badan Beruniform bagi tahun 2012, pada 28 hingga 30 April telah selamat dilangsungkan dengan cemerlang....
Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada para ahli Badan Beruniform daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sMK TTJ telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan yang bermula pada jam 3 petang , hari Jumaat itu telah berlangsung sehingga jam 1 tengahari 30 April 2012. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan Encik Ariffin Bin Khamis, Penolong PPD Seremban. Turut hadir adalah YDP PIBG sekolah yang baru iaitu Dato Mohammad Nordin.
Perkhemahan ini yang pada awalnya dirangcang untuk diadakan di kem MSSNS Asahan, Melaka. Namun disebabkan oleh beberapa masalah yang timbul, perkhemahan ini terpaksa diadakan di padang sekolah sahaja. Namun begitu , ia tidak sedikitpun menjejaskan keseronokan dan kemeriahan suasana perkhemahan. Apa yang pasti, semua peserta kelihatan begitu bersemangat dan ceria.
Pada kali ini , terdapat sedikit pembaruan dilakukan di dalam perlaksanaan program ini. Pertama, modul aktiviti perkhemahan menggunakan modul baru yang lebih ceria dan menarik. Keduanya, perkhemahan ini mencatat sejarah apabila segala urusan memasak dilaksanakan oleh para guru sendiri. tanggungjawab mengetuai jawatankuasa masyarakat diketuai oleh Puan Fadhilah Hashim, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional bersama guru-guru daripada biddang berkenaan dan beberapa orang guru lain.
Perkhemahan sebegini sebenarnya adalah sesuatu yang amat bermakna khususnya kepada para pelajar. di dalam pekhemahan seperti ini pelajar memperolehi ilmu yang jarang mereka dapati di dalam kelas. para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ikhtiar hidup , 'burung hantu' ikatan tali temali dan pelbagai aktiviti lain lagi. Di sini juga para pelajar diajar untuk bekerjasama di dalam kumpulan, mematuhi peraturan, kreativiti dan melakukan aktiviti gotong royong. Segala ilmu ini sudah pastilah amat berguna jika dapat diterapkan di dalam kehidupan seharian mereka. Di sinilah sebenarnya latihan untuk menjadi pemimpin dan pengikut yang hebat.
Bagi pihak sekolah, kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Kerjasama dan pengorbanan setiap guru dan para pelajar yang sanggup mengorbankan tenaga dan masa cuti hujung minggu demi menjayakan program sekolah. Semoga dengan semangat yang hebat ditunjukkan oleh semua warga sekolah , kita akan mudah mencipta kecemerlangan.
Diharapkan, pada tahun hadapan , kita akan membuat beberapa perubahan dan pembaruan bagi memerihkan dan menjadikan perkhemahan kita ini lebih baik dan hebat...
Subscribe to:
Posts (Atom)