Pengumuman keputusan PMR 2012 pada 19 Disember 2012 yang lalu membawa kenangan manis dan paling gembira bagi para pelajar dan ibu bapa yang berjaya meraih kejayaan cemerlang. Seramai 19 pelajar yang mendapat keputusan semua A, telah diraikan di dalam suatu majlis penyampaian khas pada hari tersebut di bilik Konfrensi sekolah.
Sebelum itu, sekitar jam 11 pagi, Tuan pengetua telah membuat pengumuman keputusan PMR ini di ruang legar sekolah dan seterusnya mengumumkan nama 19 yang mendapat keputusan penuh itu.
Kegahairahan semua calon PMR jelas ketara dengan kehadiran yang ramai dan seawal jam 10 pagi. Pada penyampaian keputusan pada hari ini, perasaan bercampur antara pelajar jelas terbayang. Ada diantara mereka yang ternyata amat gembira dan ada juga yang agak terkejut dengan pencapaian mereka.
Pada peperiksaan PMR pada kali ini, pihak sekolah mengalami kejatuhan sedikit berbanding pencapain pada tahun lalu. Beberapa mata pelajaran mengalami kejatuhan pred purata dan peratusan kelulusan. Ini merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali oleh semua warga pendidik berdasarkan deretan program kecemerlanmgan yang diadakan pada tahun 2012 ini.
Antara mata pelajaran yang menjadi killer subjects pada tahun ini ialah bahasa Melayu, bahasa Inggeris , Matematik dan sains.
Namun kita yakin, para guru sudah merangka program yang teliti bagi mengatasi masalah pada tahun ini bagi memastikan kecemerlangan pada tahun 2013 ini. Kelemahan dan kesilapan perlu diteliti dan dijadikan asas perancangan yang lebih baik pada tahun 2013 ini.
Bagi pelajar , calon PMR pada tahun 2013 ini pula , mereka perlu lah melengkapkan diri mereka segera dengan segala ilmu dan menguasai setiap mata pelajaran demi mencita kejayaan pada tahun ini.
Pihak sekolah juga telah menegaskan supaya Kaedah Pembelajaran Masteri perlulah diterapkan oleh para guru bagi memastikan para pelajar benar-benar menguasai mata pelajaran mereka sebelum memulakan mata pelajaran baru. Jumlah latihan yang lebih banyak dan pemantauan juga akan diketatkan lagi dengan memberikan fokus kepada 6 aspek kritikal iaitu:
a) kehadiran pelajar ke sekolah
b) kehadiran ke sekolah selepas peperiksaan percubaan
c) menjaga masa P & P daripada terbuang
d) memastikan semua kerja rumah di siapkan
e) jumlah latihan terancang bagi semua kelas dan mengikut kategori pelajar
f) bahan berasaskan topikal
Diharapkan pada tahun ini kita akan mencapai kejayaan yang lebih hebat berbanding dengan tahun ini.