SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Thursday, July 22, 2010
PROGRAM PEMBESTARIAN PENDIDIKAN PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2010- PERKONGSIAN PENGALAMAN DENGAN SMK JELAI FELDA
Program ini yang dijalankan di SMK Jelai Felda sebagai tuan rumah, telah diadakan pada 22 Julai 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Seramai 130 peserta yang merangkumi pengetua, Guru Besar dan Penyelaras Bestari sekolah -sekolah daerah Tampin telah hadir.
Program ini merangkumi aktiviti seperti perkongsian pengalaman ke arah pencapaian 5 Bintang oleh Pengetua SMK Jelai Felda dan Encik NoorHaslin yang merupakan penyelaras ICT dan Jurulatih Utama ThinkQuest, Penerangan tentang Pembudayaan ICT oleh Encik Azalan, PP BTPNS. Tetamu kehormat adalah Encik Abdullah Yusof, KPP BTPNS dan Timbalan PPD Tampin , Puan Siti Noredah Ujang.
Disamping itu para peserta telah diberi peluang melawat bilik-bilik khas di sekolah ini iaitu, Makmal Komputer Terbilang, Bilik Akses, Program Pendidikan Khas dan Anjung Juara. Di samping itu para pengetua dan Guru Besar dapat melihat hasil-hasil aktiviti sekolah dan membawa pulang ole2 berupa pamplet daripada setiap unit / bilik terlibat dan kek hasil masakan pelajar pendidikan khas.
Rata-ratanya para peserta berpuasahati dengan program yang diadakan dan berasa kagum dengan pencapaian sekolah dalam setiap bidang yang dipamerkan, terutamanya yang berlaitan dengan projek ThinkQuest dan PBL sekolah. Melihatkan imej pelajar-pelajar program ini sudah cukup untuk menerangkan komitmen dan kesungguhan kita dalam menajayakan program ICT dan melonjakkan nama sekolah.
Terima kasih kepada pihak BTP , PPD dan PKG Gemas yang telah memilih SMK Jelai Felda untuk menjadi peneraju utama program ini. Sekolah akan sentiasa bersedia menerima amanah sesuai dengan hasrat kita menjadi sekolah cemerlang ICT..
KOLAM IKAN...
AKHIRNYA...
Terlaksana juga projek kolam ikan yang dicadangkan sejak sekian lama. Projek ini adalah hasil usaha sendiri bermula daripada kerja mengorek tanah sehinggalah mennyimen dan memasang alatan elektrik serta kerja-kerja pendawaian. Anak=anak ada juga menolong serba sedikit...
Projek ini asalnya dicadangkan dalam saiz kecil sahaja dan dibuat secara 'simple'! Tetapi itulah jadinya...idea datang bertambah-tambah...dan itulah hasil seperti di dalam gambar...Kolam ini bersaiz 4.5 kaki x 11 kaki.
Setakat ini kolam ini mempunyai lebih kurang 50 ekor ikan keli, 5 ekor ikan koi , 3 ekor ikan puyu dan 20 ekor talapia merah..Alhamdulillah ..banyak juga ikan yang hidup..
Seronok bila ada kolam ikan ini. Selain ia menjadi suatu lanskap baru di rumah , ia memberikan ketenangan dengan melihat ikan berlari sambil mendengar bunyi air yang terjun dari pancuran ke dalam kolam. Keseronokan juga lebih terasa apabila ia dihasilkan dengan idea dan keringat sendiri...
Masa yang diambil untuk melakukan kerja membina kolam ini selalunya ialah pada waktu malam (jika bekerja) atau petang (kalau cuti). namun kebanyakannya dilakukan pada waktu malam selepas balik kerja. Selalunya saya bermula pada jam 9 malam hingga jam 12 malam...
Kolam ini tambah menarik pada waktu malam dengan kilauan lampu berkelip-kelip di pohon palma berhampiran kolam.
Perancangan selanjutnya ialah meletakkan kerusi atau bangku, membuat pagola dan menambah jumlah dan spesis ikan...Tentu tambah meriah...!
Apa yang pasti, jika kita ada idea dan lakukannya sendiri, pasti ia akan menjadi sesuatu yang menarik...
Wednesday, July 14, 2010
KOLAM IKAN KELI PPKI SMK JELAI FELDA
SATU LAGI aktiviti dan keunikan PPKI di SMK Jelai Felda yang dicipta iaitu projek menternak ikan keli di dalam kolam. Sebanyak 1300 ekor anak ikan keli telah dilepaskan oleh pengetua dengan disaksikan oleh anak-anak Pendidikan Khas bersama guru-guru dan pembantu pelajar. Projek ini diketuai oleh Pn. Saniah Mamat bersama guru-guru lain. Dianggarkan ikan ini akan dapat dijual dalam tempoh 3 bulan.
Rasa seronok melihat kegembiraan anak-anak pendidikan khas begitu bersemangat menjaga kolam dan memberi makan kepada ikan-ikan. Ada yang menawarkan diri, sanggup menjaga setiap hari sehingga petang, semata-mata untuk memastikan ikan berkenaan sihat dan selamat...Tahniah..
BERAKHIRNYA WORLD CUP...TAHNIAH SEPANYOL..
BERAKHIR SUDAH PIALA DUNIA 2010....
Temasya bolasepak terhebat di muka bumi ini melabuhkan tirainya dengan suasana yang amat menakjubkan! Menakjubkan dari segi mutu permainan dan perlawanan akhir yang mendebarkan. Hanya satu gol sahaj yang memisahkan kejuaraan dan itupun diperolehi setelah berhempaspulas selama 116 minit!
Banyak kontroversi yang berlaku dan debarannya. Pada mata kasar Holland sepatutnya telah menang dengan 2 gol 'pasti' daripada Aron Robben. namun kepantasan dan kehebatan Iker Cassilas ( penjaga gol terbaik dunia),menafikan kejayaan Holland. Sepanyol juga mempunyai peluang terbuka. Namun, kalau diteliti, Sepanyol juga sepatutnya boleh menang mudah dan tidak perlu menunggu hingga ke minit 116. Holland sepatutnya sudah kehilangan 2 pemain sejak awal permainan, jika pengadil mematuhi peraturan dan undang-undang permainan dengan memberikan kad merah kepada 2 pemain Holland yang menendang pemain sepanyol secara 'ganas'! Banyak insiden yang pada pandangan saya pengadil Holland ( sejak perlawanan dengan Brazil lagi). Namun, saya berasa lega, pasukan terbaik dan bermain bersih memenangi perlawanan ini.
Sepanjang kejohanan ini berlangsung terfikir juga , bilakah agaknya Malaysia mampu ke Piala Dunia!.. Memandangkan Jepun dan Korea serta Australia yang mewakili Asia telah menunjukkan peningkata n dan kualiti permainan yang tinggi dan mampu bersaing dengan pasukan hebat di dunia. Jepun dan Korea mampu ke pusingan kedua dan memberikan saingan yang cukup hebat!
Semalam saya terdengar di radio, Malaysia berhasrat untuk memohon menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 bersama Indonesia!..Ha..Ha.. Suatu impian yang menarik...
Namun secara realiti dan jujurnya, Malaysia seharusnya menumpukan usaha ke arah meningkatkan lagi mutu bolasepak di Mlaysia sebelum memasang impian ke Piala Dunia. Biarlah kita masuk ke Piala Dunia atas tiket kelayaakan di atas padang dan bukannya dengan cara pintas seperti menjadi tuan rumah. Tidak dinafikan Malaysia mampu menjadi tuan rumah yang hebat..Namun harus diakui Malaysia tidak layak lagi berada di kejohanan sedemikian , walaupun untuk tempoh 12 tahun ini . Apa guna kita menjadi tuan rumah jika kita dibelasah teruk di atas padang..Kita telahpun menjadi tuan rumah remaja dunia di Kuala Lumpur dahulu..Namun, kita lihatlah bagaimana pasukan kita di atas padang...seolah-olah budak sng pasukan sekolah menentang pasukan liga utama!
Akuilah, banyak lagi yang perlu diperbetulkan dalam bolasepak kita. Rata-rata pasukan yang telah bermain bolasepak di Piala Dunia mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Terdapat pemain yang bermain di liga utama Eropah
2. Berada dalam rangking bawah 40 dalam senarai FIFA
3. Merupakan juara di peringkat benua mereka atau tempat ke 3 terbaik
4. Liga Utama yang mampu menarik pemain ternama dunia/ pemain import terbaik
Sekadar memberikan 4 ciri itu, sudah memadai kita bertanya, MAMPUKAH MALAYSIA..
Lihatlah liga kita dan pembengunan bolasepak kita. Kita tidak ada satupun ciri-ciri di atas!
BERJUMPA LAGI BRAZIL..2014..
Tuesday, July 13, 2010
Muhammad bin Kamarulazizi
SMK Jelai (F) Anjurkan Tabung Misi Kemanusiaan Gaza
Posted on Thursday, July 08, 2010 No Comments
Labels: Bantuan Kemanusiaan Gaza, SMK Felda Jelai, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Lokasi: SMK Jelai (F)
Tarikh: 7 Julai 2010
Sempena hari terbuka sekolah, pihak SMK Jelai Felda telah mengadakan kutipan tabung untuk misi kemanusiaan Gaza dimana sumbangan prihatin ini telah disalurkan kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Usaha murni ini disokong penuh oleh pengetua sekolah, iaitu cikgu Omar Ahmad yang telah menyampaikan wang sumbangan tersebut kepada eksekutif perhubungan korporat Muslim Aid, puan Zarina dan disaksikan oleh Adun Gemas, YB Datuk Hajah Zainab yang turut serta dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut. Dana terkumpul ini adalah hasil sumbangan masyarakat Felda Jelai dan tabung-tabung telah diletakkan di sekitar sekolah termasuk surau serta 4 buah masjid di setiap Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4.
Pihak pengetua, cikgu Omar Ahmad menyarankan agar sumbangan untuk tabung misi kemanusiaan Gaza ini diteruskan sehingga ke bulan Ramadhan, insyaAllah.
Thursday, July 8, 2010
LATIHAN MENEMBAK...
Memang diakui guru-guru berbakat di dalam semua bidang..Guru -guru juga memang bersedia mencuba sesuatu yang baru...
Pada 6 Julai 2010 yang lalu, satu latihan menembak yang dianjurkan oleh unit kadet Polis SMK Jelai Felda dengan kerjasama PDRM Tampin telah mengadakan satu sessi taklimat dan latihan menembak , sebelum latihan sebenar pada 10 Julai 2010 ini di IPK Melaka.
Sempena program itu, para guru yang diketuai oleh pengetua,pengerusi dan AJK PIBG sekolah, semua Guru Penolong Kanan dan beberapa guru lelaki dan wanita telah mengambil bahagian. Ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti Kelab Guru, selepas Pertandingan Bowling Antara Guru-Guru yang diadakan di Gelanggang Bowling Gemas pada 30 Jun 2010 tempohari...
Antara tujuan program ini ialah selain ingin mendapatkan pengalaman mencuba sesuatu yang baru, juga untuk merapatkan hubungan antara guru dan PIBG di dalam program santai selain acara rasmi pendidikan.
Nampak seronok sungguh guru-guru dapat menembak...
Terima kasih kepada PDRM yang telah memberi peluang kepada para guru menyertai program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)