SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, March 29, 2010
LAWATAN PENILAI CALON TOKOH GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN - PN. SANIAH BT MAMAT
Hari ini adalah hari yang penuh bersejarah bagi Pn. Saniah Mamat dan juga SMK Jelai Felda, apabila rombongan penilai anugerah Tokoh Guru Pendidikan Khas Kebangsaan hadir ke sekolah untuk menilai Pn. Saniah.
Rombongan penilai yang ketuai oleh Tn. Hj. Umbaik , En. Abd. Rahman dan Cik Soleha tib a di perkaranga sekolah sekitar jam 11 pagi dengan diiringi oleh Tn. Hj. Sahar Shaari, Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS, Pn. Siti Noredah Ujang, Tim PPD Tampin, En. Hairolnizam .
Kedatangan rombongan disambut meriah dengan pukulan kompang dan persembahan para pelajar yang terdiri daripada pelajar arus perdana dan pelajar PPKI.
Sesuatu yang amat terharu apabila ramai pemimpin setempat di Felda Jelai, PDK Jelai, guru-guru PPKI dari SK Jelai, SMK Pancur Jaya di Seremban dan badan-badan tertentu seperti Belia Negeri , telah turut hadir menyambut kedatangan rombongan ini dan memberikan sokongan yang kuat terhadap Pn. Saniah.
Di pihak sekolah , sokongan juga hebat dengan beberap orang guru telah bertungkus lumus membantu dan membuat persiapan sejak daripada minggu sebelumnya lagi. Penghargaan yang tinggi diberikan kepada Encik NorHaslin (KB Teknik & Vokasional) yang telah bertungkus lumus menjayakan program hari ini. Sekalung tahniah juga kepada para pentadbir dan pelajar terutama unit wartawan sekolah yang turut membantu sama.
Rata-rat semua yang hadir telah berpuashati dan melahirkan rasa kagum terhadap usaha Pn. Saniah yang telah memartabatkan PPKI di sekolah ini. Kesungguhan , kesabaran, komitmen dan ketokohannya amat dikagumi. Pihak penilai juga berpuashati.
Bagi pihak sekolah, kita memang sentiasa menghargai perjuangan dan jasa bakti beliau yang amat tinggi. Sokongan 100% sentiasa diberikan untuk beliau merealisasikan kreativiti beliau demi kesejahteraan anak-anak istimewa di sini.
Kita doakan agar beliau akan berjaya meraih gelaran tersebut dan sekaligus menaikkan nama sekolah. Ternyatalah KITA MEMANG HEBAT!
Terima kasih kepada semua dan semoga doa kita dimakbulkan ALLAH !
Monday, March 22, 2010
PASUKAN KAWAT SMK JELAI FELDA TETAP GIGIH BERLATIH...
SABAN hari sejak awal tahun ini , malah hampir setiap petang dan setiap hari semasa cuti sekolah dan hujung minggu, pasukan kawat pasukan Kadet Polis sekolah menjalani latihan kawat. Pasukan yang terdiri daripada pelajar perempuan daripada pelnagai tingkatan ini menunjukkan kesungguhan yang amat tinggi, mengasah kebolehan dan kemahiran sebagai persediaan untuk ke pertandingan peringkat daerah dan negeri.
Sudah pasti semangat mereka terus memuncak pada tahun ini dengan adanya tunjuajr daripada Puan Siti Aisyah, yang juga pegawai kadet Inspektor Polis yang bertauliah. Tidak kira panas atau hujan, mereka tetap turun berlatih. Tahniah dan syabas!
Kita telah membuktikan, minat, kesungguhan dan komitmen yang tinggi, pasti akan menghasilkan kejayaan! Kita doakan agar mereka terus berdisiplin, gigih dan cemerlang di dalam tugas mereka.
Thursday, March 18, 2010
E-TUKAR..uNTUK SEMUA PERMOHONAN BERPINDAH...
Mulai tahun ini semua pertukaran guru sama ada pertukaran antara negeri, antara daerah dan dalam daerah , akan dilaksanakan melalui sistem E-Tukar sepertimana pertkaran antara negeri pada tahun-tahun sebelumnya.
Tarikh pertukaran masih lagi sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Jun dan bulan Disember.
Permohonan bagi pertukaran 1 Jun 2010, adalah sebelum atau pada 20 Mei 2010 dan bagi bulan Disember adalah pada bulan Oktober. Permohonan mestilah dilakukan oleh guru sendiri dan disahkan hanya oleh pengetua sahaja.
Bagi pertukaran bulan Jun 2010 ini, mungkin sukar untuk dipenuhi kerana sekarang ini berlaku kekurangan guru yang banyak dan sukar untuk mendapatkan pengganti. Kemungkinan permohonan tidak disokong lah..
Ha..ha..Mungkin adalah yang berhajat nak berpindah tu..Memohon untuk berpindah boleh..hak individu..isi saja borang..Kelulusan..itu hak sekolah lah pula..
Sebenarnya pertukaran guru ini banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Ada setengah kategorp guru yang perlukan syarat -syarat tertentu. Contohnya:
1. Guru MPV- ini golongan guru yang amat sukar untuk bertukar, Bilangan calonnya amat terhad dan optionnya juga kurang...peratusan lulus..amat kecil..
2. Guru SBB -perlu dapat kelulusan daripada Bahagian Sekolah KPM...
3. Pengetua...lagi susah...he..he..tengok kekosongan...
Bagi SMK Jelai Felda, setiap tahun memang ada yang mohon bertukar...sebabnya ..nak balik kampung dan mengajar di sekolah yang terhampir dengan rumah..
Bagi saya, mana-mana pun kita bekerja, yang pentingnya kita selesa dan seronok! Jauh pun ada hikmahnya..jauh berjalan...luas pandangn! Di SMK Jelai Felda ini sebenarnya ada banyak potensi yang tidak ada di sekolah lain. Ada banyak kejayaan yang boleh dicipta dan ada banyak peluang untuk terus meningkat! ANDA BOLEH BERJAYA DI SINI..
Tetapi kalau dah nak pindah juga ,,,apa boleh buat..!
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SEMULA BUAT ANAK-ANAK JELAI DAN RAKAN SEKERJAKU...
Tarikh pertukaran masih lagi sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Jun dan bulan Disember.
Permohonan bagi pertukaran 1 Jun 2010, adalah sebelum atau pada 20 Mei 2010 dan bagi bulan Disember adalah pada bulan Oktober. Permohonan mestilah dilakukan oleh guru sendiri dan disahkan hanya oleh pengetua sahaja.
Bagi pertukaran bulan Jun 2010 ini, mungkin sukar untuk dipenuhi kerana sekarang ini berlaku kekurangan guru yang banyak dan sukar untuk mendapatkan pengganti. Kemungkinan permohonan tidak disokong lah..
Ha..ha..Mungkin adalah yang berhajat nak berpindah tu..Memohon untuk berpindah boleh..hak individu..isi saja borang..Kelulusan..itu hak sekolah lah pula..
Sebenarnya pertukaran guru ini banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Ada setengah kategorp guru yang perlukan syarat -syarat tertentu. Contohnya:
1. Guru MPV- ini golongan guru yang amat sukar untuk bertukar, Bilangan calonnya amat terhad dan optionnya juga kurang...peratusan lulus..amat kecil..
2. Guru SBB -perlu dapat kelulusan daripada Bahagian Sekolah KPM...
3. Pengetua...lagi susah...he..he..tengok kekosongan...
Bagi SMK Jelai Felda, setiap tahun memang ada yang mohon bertukar...sebabnya ..nak balik kampung dan mengajar di sekolah yang terhampir dengan rumah..
Bagi saya, mana-mana pun kita bekerja, yang pentingnya kita selesa dan seronok! Jauh pun ada hikmahnya..jauh berjalan...luas pandangn! Di SMK Jelai Felda ini sebenarnya ada banyak potensi yang tidak ada di sekolah lain. Ada banyak kejayaan yang boleh dicipta dan ada banyak peluang untuk terus meningkat! ANDA BOLEH BERJAYA DI SINI..
Tetapi kalau dah nak pindah juga ,,,apa boleh buat..!
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SEMULA BUAT ANAK-ANAK JELAI DAN RAKAN SEKERJAKU...
Sunday, March 14, 2010
PENTAULIAHAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA TINGKATAN DAN PEN. KETUA TINGKATAN 2010..
PADA 10 mac 2010,yang lalu telah dilangsungkan majlis pentauliahan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan bagi sessi 2010-2011. Majlis diadakan di Dewan Bestari SMK Jelai Felda dan telah dirasmikan oleh Ketua BalaiPolis Gemas, Cif inspektor Tuan Anuar. Turut hadir adalah Encik Haironozam Maarof (Pen. PPD Tampin), YDP PIBG, Encik Abdullah (Pegawai PKG Gemas).
Majlis ini adalah tradisi tahunan sebagai memberi penghormatan dan penghargaan kepada pengawas dan ketua tingkata dan penolong ketua tingkatan terbabit. Tahun ini pembaharuan dibuat dengan melibatkan pentaulian ketua dan penolong ketua tingkatan juga. Dengan ini diharapkan mereka akan berasa bangga dan berasa jasa mereka juga dihargai. Hakikatnya memang begitu. Ketua dan Penolong ketua Tingkata sebenarnya mempunyai peranan dan tugas yang penting dalam membantu sekolah bersama-sama dengan Pengawas sekolah dan Pengawas PSS dalam memantapkan disiplin pelajar dan menerapkan budaya cemerlang kepada semua pelajar.
Bagi pengawas sekolah, mereka adalah tunggak utama yang akan membantu sekolah dalanm melaksanakan visi dan misi sekolah. Pengawas berada di barisan hadapan dalam menjadi model dan memastikan pelajar lain akur dengan kehendak sekolah. Memang tugas mereka sukar dan akan sering berhadapan dengan cabaran. Namun, sebagai pemimpin pelajar, mereka mestilah sudah memahami tugas berkenaan dan bersedia menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang ada. Anggaplah ini sebagai asas dan batu loncatan untuk kita lebih cemerlang dan berjaya sebagai pemimpin di peringkat yang lebih tinggi nanti.
Bagi pengawas PSS, tanggungjawab mereka amat besar. Sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mencatat kejayaan cemerlang menjadi PSS terbaik di peringkat negeri, memerlukan komitmen yang tinggi. Pengawas harus terus bersama guru, menyumbang idea dan menyumbang tenaga ke arah tersebut.
Di samping itu, diharapkan sebagai pemimpin di sekolah ini, mereka semua mestilah mampu menjadi model kepada pelajar lain. Kecemerlangan di dalam akademik, sahsiah, disiplin dan ko-kurikulum menjadi kayu ukur penghormatan semua warga sekolah yang lain terhadap anda! Anda harus sentiasa di hadapan di dalam semua bidang...Harus ada, A TOWERING PERSONALITY'...iaitu personaliti unggul yang menjadi ikutan semua pelajar lain...
TAHNIAH..kepada guru-guru yang terlibat..Encik Nurhaslin Mokkmin & Pn. Siti Aisyah (PSS), Cik Pani Malar & Encik Shahrul (Pengawas Sekolah), dan semua guru tingkatan serta semua pentadbir yang turut sama menyumbang jasa ke arah kejayaan program ini...
TAHNIAH...PELAJAR CEMERLANG SMK JELAI FELDA
TAHNIAH...kepada pelajar yang telah mencatatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh warga sekolah terutamanya para guru yang telah bertungkus lumus membantu kejayaan pelajar. Walaupun pencapaian dari segi GPS kita menurun, namun peningkatan jumlah pelajar yang mencatat kejayaan 4A hingga 8A, amatlah memuaskan. Pada tahun 2008, kita hanya ada 5 orang pelajar yang berada pada tahap tersebut, namun pada tahun 2009, bilangannya meningkat sekali ganda! Tahniah!
Namun, peperiksaan kali ini memberikan gambaran bahawa, kita perlulah berusaha dengan lebih gigih lagi. Pendekatan yang berbeza dan lebih berfokus harus dilaksanakan oleh para guru. Bagi pelajar yang kurang berkeupayaan, mereka mestilah mengubah sikap terhadap pelajaran. Mereka perlu lebih fokus dan serius dalam pelajaran. Sikappelajar yang suka ponteng sekolah, ponteng kelas dan tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran di dalam kelas , akan hanya merugikan pelajar. Pelajar juga perlu menghapuskan sikap ambil mudah terhadap peperiksaan yang dilaksanakan. Peperiksaan adalah penentuan kejayaan di dalam pelajaran. Jika sikap tidak hadir peperiksaan, tidur, atau keluar sebelum waktu peperiksaan tamat, ia akan hanya merugikan pelajar.
Pada tahun 2009, hampir 12 orang pelajar yang tidak hadir ke sekolah (ada yang telah bekerja, berkahwin atau dibuang sekolah) telah hadir menduduki peperiksaan! Hasilnya..semua mereka ini gagal! Inilah salah satu punca yang menarik GPS kita menurun! Itu tidak termasuk pelajar yang hanya hadir beberapa kertas sahaja dan keluar dalam masa 10 minit peperiksaan bermula! Inilah dilema kita !
Kita doakan pada tahun ini, kita akan lebih berjaya. Para guru dan anak-anak didik sekelian...marilah kita tanamkan tekad untuk kita berusaha sedaya upaya untuk mencatatkan kejayaan dan bangun daripada kekecewaan ! Semoga semangat kita tetap tinggi...'ORANG YANG HEBAT ADALAH ORANG YANG MAMPU BANGKIT SETELAH DIA GAGAL DAN MENCATAT KEJAYAAN ..." Semoga kita adalah 'ORANG 'itu..
Thursday, March 4, 2010
ALUMNI SMK JELAI FELDA...
Sekaluung tahniah kepada alumni SMK Jelai Felda yang telah memberikan komitmen untuk membantu memajukan sekolah. Pihak alumni yang telah menghubungi saya dan menyatakan rasa terpanggil untuk membantu adik-adik di SMK Jelai Felda ini, memang sesuatu yang saya tunggu-tunggu.
Sebenarnya, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh alumni sekolah dalam membantu sekolah dan pelajar-pelajarnya. Alumni sebagai bekas pelajar yang telah tamat sekolah dan berjaya dalam bidang masing-masing boleh menjadi penyuntik semangat kepada pelajar sedia ada untuk mencapai kejayaan. Sekurang-kurangnya pelajar ini akan sedar bahawa walaupun sekolah ini berada di felda, jauh dari bandar besar, tetapi, ia telah mampu melahirkan pelajar-pelajarnya yang hebat dan berjaya. inilah yang sentiasa ditekankan di sekolah. Pelajar harus punyai kekuatan mental dan berjiwa besar untuk berjaya. Banyak kejayaan telah dicipta di sekolah ini. Namun kadang-kala, generasi atau pelajar sedia ada ini tidak begitu 'nampak' akan kehebatan dan kejayaan tersebut. Oleh itu, alumni adalah model kepada kejayaan dan kehebatan tersebut dan itulah hendak kita tonjolkan kepada pelajar-pelajar di sini.
Saya berharap agar alumni sekolah ini dapat tampil ke sekolah dan berbincang ke arah kemajuan sekolah khususnya kejayaan adik-adik di sekolah ini. Sekolah sentiasa bersikap terbuka, membuka seluas-luasnya pintu kerjasama dan penglibatan masyarakat dan agensi atau badan tertentu yang mempunyai cita-cita melihat kejayaan anak bangsa di Jelai ini. Ini selaras dengan konsep 'memasyarakatkan sekolah dan menyekolahkan masyarakat' yang kita amalkan di sekolah ini.
Sebenarnya kita telah menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO seperti Muslim Aid Asia, Muslim Aid Malaysia, Perimu, Mains, Uniten dan sebagainya. Kita juga telah mempunyai rakan koloberasi dengan sekolah di Bandung , Indonesia melalui projek Thinkquest. Usaha sedang dilakukan untuk mengadakan lawatan ke Indonesia bagi memulakan hubungan 2 hala antara SMK Jelai Felda dan SMA di Bandung.
Tahniah kepada Alumni dan kami menanti kedatangan anda semua...
Hazlin Ramli
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling ) UTM
SPM 1996
Sheh Yackop b. Abd KArim
Ahli Geologi,Petronas
SPM 1996
Mohd Zulmi b. Nuruddin
Guru
SPM 1997
mohd idham bin aziz, spm 2000,
pembantu perubatan klinik kesihatan gemencheh n.9
NOORASHIKIN ABD. RASHID
Kerjaya : GIS executive @ Mapinfo (M) Sdn Bhd
Tarikh Blaja : Form 1 (1994) and SPM (1998)
Kelulusan : Diploma Ukur Tanah '00 dr Polisas and Degree GIS from UTM'07
JUWAINI BINTI MOHAMAD RASHID
(1998-2000)FORM 3-FORM 5
kerjaya: ASSISTENT DENTAL SURGERY........
ARMY......
Subscribe to:
Posts (Atom)