SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Wednesday, September 30, 2009
LAWATAN PEMANTAUAN KALI KE 2 PPD TAMPIN
Alhamdulillah...
Pemantauan kali ke 2 PPD Tampin yang diketuai oleh Puan Noraidah , Timbalan PPD Tampin telah berakhir pada tengahari tadi. Lawatan ini adalah untuk melihat perkembangan dan tindakan susulah yang telah diambil oleh pihak sekolah terhadap komen daripada Lawatan Pemantauan pada kali pertama , pada Mac 2009 yang lalu. Alhamdulillah, pada keseluruhannya kita telah berjaya mengambil tindakan penambahbaikan dan tidak banyak komen yang diberikan. Walau bagaimanapun, ada beberapa kelemahan dan kekurangan yang perlu diambil tindakan segera.
Tahniah kepada semua pengurusan, dan guru-guru yang telah bertindak positif terhadap teguran lalu dan berhasil meningkatkan pencapaian kita. Ini membuktikan kerjasama, kesungguhan dan semangat tinggi kita untuk mencapai kecemerlangan, pasti akan membuahkan kejayaan yang gemilang!
Diharapkan kita semua akan terus berusaha meningkatkan pencapaian kita terutama di dalam PMR dan SPM. Tanda-tanda kejayaan telah ada kelihatan dan kita mesti terus berusaha tanpa jemu untuk melakukan yang terbaik. Justeru itu, guru-guru perlu terus mengingatkan dan memberikan dorongan kepada pelajar. Pelajar pula mesti terus berusaha memajukan diri dalam pelajaran dan tetap yakin akan hikmah berusaha gigih. Yakinlah , Allah akan tetap membantu orang yang berjuang ke arah kebaikan.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan dan pegawai atas komen membina , insyaALLAH, kami akan bertindak ke atas semua teguran tersebut...
Saturday, September 26, 2009
KENANGAN SEMASA HARI GURU -2009
Seronok melihatkan kemesraan dan keriangan di kalangan guru dan pelajar dalam meraikan Hari Guru. Hari Guru memang dinantikan bukan sahaja oleh guru-guru malahan oleh pelajar. Pada hari ini bukan sahaja kita melihat kembali sumbangan kita terhadap dunia pendidikan tetapi juga mengkaji hubungan dan kasih kita kepada para pelajar sebagai ana-anak yang dipertanggungjawabkan kepada semua guru untuk dididik sama ada dalam akademik, sukan dan yang paling penting ialah sahsiahnya.
Terima kasih kepada guru yang telah menyumbang tenaga tanpa mengenal penat dan terima kasih anak-anak yang telah memberikan inspirasi dan mengajar erti kasih, ketabahan dan semangat untuk menyumbang ke arah pembentukan insan berguna.
Wednesday, September 23, 2009
SMK JELAI -BERUBAH WAJAH LAGI
Alhamdulillah... berkat doa semua warga sekolah dan ibubapa, SMK Jelai Felda mendapat pembangunan yang telah sekian lam dinantikan. Pertamanya, pembinaan pentas perhimpunan (tambahan) yang dapat menyelesaikan masalah guru-guru perempuan yang terpaksa 'menyelit ' di tepi longkang semasa perhimpunan. Sekarang, mereka sudah 'duduk sama rendah dengan guru lelaki'.
Kita juga mendapat projek pembinaan bilik ketua bidang yang baru di blok B. Semoga dengaan bilik yang baru, selesa dan ada 'privacy' akan menambahkan semangat ketua-ketua bidang dalam merancang program akademik dengan lebih drastik dan rancak lagi.
Astaka di padang juga sudah diganti atapnya dan berubah wajah sedikit. Kita ucapkan terima kasih kepada PPD Tampin dan Unit Pembangunan JPNS, Khususnya Encik Azmi , yang tidak jemu-jemu melayan permintaan kita . Semoga semua ini akan meningkatkan semangat semua warga sekolah untuk lebih cemerlang.
PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH DI SMK JELAI FELDA
SMK Jelai Felda sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah dan bekerjasama dengan Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Agama Daerah Tampin, Pengurusan Felda Wilayah dalam Seminar Pemantapan Akidah. Seramai 500 peserta yang terdiri daripada penoroka Felda di daerah Tampin, Jempol hadir. Pembentang kertas kerja terdiri daripada Mantan Shahibus Samaah Sheikh Murtaza, Ustaz Zaidi ( Mantan Timbalan Mufti NS) . Perasmian penutup disempurnakan oleh Y.B Sahibus Samaah Dato Mohd. Yusof , Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Dengan adanya seminar yang dijalankan di SMK Jelai Felda ini, diharapkan limpahan rahmat serta Nur Islam akan dapat dinikmati oleh anak-anak didik kami di sekolah ini. Semoga anak-anak kami di sini terpelihara daripada godaan syaitan dan sinar islam akan berkembang di sekolah ini.
Monday, September 21, 2009
Majlis Khatam Al-Quran-
Alhamdulillah seramai 100 orang pelajar telah turut serta dalam program ini dan majlis telah diadakan pada 11 September 2009, sempena Majlis Iftar Ramadan peringkat sekolah. Ucapan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menyertainya dan menjayakan program ini, khususnya kepada ustaz dan ustazah serta guru-guru lain yang turut sama. Apa yang membanggakan ialah melihat kumpulan pelajar-pelajar BADAR yang segak dengan pakaian mereka dan bersungguh-sungguh menjayakan program ini.
Pada sebelah malamnya diadakan majlis Iftar Ramadan, solat tarawih yang diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Sheikh Sayyed Abdul Latiff dari ITQANS yang amat mengasyikkan bacaannya. Turut diselitkan dengan tazkirah ramadan oleh saudara Mustakim dari ITQANS. Tetamu pada malam itu terdiri daripada guru-guru, pelajar, PIBG, pengurusan Felda, jemputan dari ITQANS (PAKSI) dan ibu bapa.
Saturday, September 19, 2009
HARI RAYA AIDIL FITRI -DATANG LAGI
Hari ini Aidil Fitri datang lagi... Kehadirannya menandakan tamatnya Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan bulan melatih diri kita untuk menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang di samping meningkatkan amal ibadah. Namun kehadiran syawal bukan bermakna kita akan meninggalkan segala amalan mulia di sepanjang Ramadan. Sebaliknya haruslah meneruskannya di samping kita bergembira meraikan kedatangan syawal ini. Janganlah pula syawal ini menjadi bulan yang dipenuhi dengan nafsu dan amalan buruk sehingga menjejaskan iman dan juga kesihatan diri. Kepada semua diucapkan "SELAMAT HARI RAYA 'maaf zahir dan batin.
Hari raya ini merupakan tahun kedua arwah ibu saya meninggalkan kami dan pada tahun ini pula adik kami menemui Tuhan penciptanya. Kepada kedua-duanya , didoakan agar roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Hari raya juga harus menjadi kita berhati-hati dengan keselamatan kita terutama di jalan raya. Musim perayaan menyaksikan banyak sekali tragedi yang berlaku. Hati-hati dijalanraya dan amalkan berbudi bahasa semasa pemanduan.
Kepada pelajar, peperiksaan PMR dan SPM semakin hampir dengan kehadiran syawal. Semua anak-anak tidak leka dan meneruskan persiapan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Hari raya ini merupakan tahun kedua arwah ibu saya meninggalkan kami dan pada tahun ini pula adik kami menemui Tuhan penciptanya. Kepada kedua-duanya , didoakan agar roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Hari raya juga harus menjadi kita berhati-hati dengan keselamatan kita terutama di jalan raya. Musim perayaan menyaksikan banyak sekali tragedi yang berlaku. Hati-hati dijalanraya dan amalkan berbudi bahasa semasa pemanduan.
Kepada pelajar, peperiksaan PMR dan SPM semakin hampir dengan kehadiran syawal. Semua anak-anak tidak leka dan meneruskan persiapan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)